Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 1

وَالذَّارِيَاتِ ذَرْوًا

 

Translation

Demi angin yang menerbangkan dengan sesungguh-sungguhnya.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 2

فَالْحَامِلَاتِ وِقْرًا

 

Translation

Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya ke tempat yang dikehendaki.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 3

فَالْجَارِيَاتِ يُسْرًا

 

Translation

Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 4

فَالْمُقَسِّمَاتِ أَمْرًا

 

Translation

Dan malaikat-malaikat yang membahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 5

إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ

 

Translation

Bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu mengenai hari akhirat tetap benar.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 6

وَإِنَّ الدِّينَ لَوَاقِعٌ

 

Translation

Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 7

وَالسَّمَاء ذَاتِ الْحُبُكِ

 

Translation

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 8

إِنَّكُمْ لَفِي قَوْلٍ مُّخْتَلِفٍ

 

Translation

Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlain-lain pendapat mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 9

يُؤْفَكُ عَنْهُ مَنْ أُفِكَ

 

Translation

Dipalingkan daripada perselisihan itu orang yang telah dipalingkan Allah.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 10

قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ

 

Translation

Binasalah orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 11

الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ

 

Translation

Iaitu orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan hari pembalasan.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 12

يَسْأَلُونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ

 

Translation

Mereka bertanya secara mengejek: Bilakah datangnya hari pembalasan itu?



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 13

يَوْمَ هُمْ عَلَى النَّارِ يُفْتَنُونَ

 

Translation

Hari itu ialah hari mereka diseksa dengan dibakar atas api Neraka.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 14

ذُوقُوا فِتْنَتَكُمْ هَذَا الَّذِي كُنتُم بِهِ تَسْتَعْجِلُونَ

 

Translation

Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 15

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang bertaqwa ditempatkan di dalam syurga, dengan mata air-mata air terpancar.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 16

آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ

 

Translation

Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 17

كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

 

Translation

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 18

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

 

Translation

Dan diakhir malam mereka beristighfar kepada Allah.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 19

وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ

 

Translation

Dan pada harta-harta mereka, ada hak untuk orang miskin yang meminta dan yang tidak meminta.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 20

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

 

Translation

Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang yang mahu mencapai pengetahuan yang yakin.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 21

وَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

 

Translation

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan?



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 22

وَفِي السَّمَاء رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ

 

Translation

Dan di langit pula terdapat rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah dijanjikan kepada kamu.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 23

فَوَرَبِّ السَّمَاء وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ

 

Translation

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya janji itu benar, sebagaimana benarnya kamu dapat berkata-kata.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 24

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ

 

Translation

Sudahkah sampai kepadamu wahai Muhammad perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 25

إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ

 

Translation

Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam: Salam sejahtera! Jawabnya: Salam sejahtera! mereka ini orang yang tidak dikenal.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 26

فَرَاغَ إِلَى أَهْلِهِ فَجَاء بِعِجْلٍ سَمِينٍ

 

Translation

Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 27

فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ

 

Translation

Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Mengapa kamu tidak makan?



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 28

فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ وَبَشَّرُوهُ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ

 

Translation

Ia merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: Janganlah takut. Dan mereka memberi berita gembira kepadanya dengan seorang anak yang berilmu.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 29

فَأَقْبَلَتِ امْرَأَتُهُ فِي صَرَّةٍ فَصَكَّتْ وَجْهَهَا وَقَالَتْ عَجُوزٌ عَقِيمٌ

 

Translation

Maka datanglah isterinya dengan menjerit kehairanan lalu menepuk mukanya sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 30

قَالُوا كَذَلِكَ قَالَ رَبُّكِ إِنَّهُ هُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ

 

Translation

Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman; Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 31

قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا الْمُرْسَلُونَ

 

Translation

Nabi Ibrahim bertanya: Selain dari itu apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 32

قَالُوا إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَى قَوْمٍ مُّجْرِمِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 33

لِنُرْسِلَ عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن طِينٍ

 

Translation

Supaya Kami timpakan mereka dengan batu-batu dari tanah yang dibakar.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 34

مُسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ لِلْمُسْرِفِينَ

 

Translation

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang yang melampaui batas.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 35

فَأَخْرَجْنَا مَن كَانَ فِيهَا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Maka Kami perintahkan mereka mengeluarkan orang yang beriman yang tinggal di situ.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 36

فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِّنَ الْمُسْلِمِينَ

 

Translation

Maka Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang Islam yang beriman kepada Nabi Lut.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 37

وَتَرَكْنَا فِيهَا آيَةً لِّلَّذِينَ يَخَافُونَ الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

 

Translation

Dan Kami tinggalkan di negeri itu sebagai tanda bagi orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 38

وَفِي مُوسَى إِذْ أَرْسَلْنَاهُ إِلَى فِرْعَوْنَ بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Dan pada Nabi Musa, tatkala Kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 39

فَتَوَلَّى بِرُكْنِهِ وَقَالَ سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ

 

Translation

Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: Musa itu adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila!



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 40

فَأَخَذْنَاهُ وَجُنُودَهُ فَنَبَذْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ وَهُوَ مُلِيمٌ

 

Translation

Lalu kami mengambil Firaun bersama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 41

وَفِي عَادٍ إِذْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الرِّيحَ الْعَقِيمَ

 

Translation

Dan juga pada kaum 'Aad ketika Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang membinasakan.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 42

مَا تَذَرُ مِن شَيْءٍ أَتَتْ عَلَيْهِ إِلَّا جَعَلَتْهُ كَالرَّمِيمِ

 

Translation

Angin itu tidak meninggalkan sesuatu pun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya seperti debu.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 43

وَفِي ثَمُودَ إِذْ قِيلَ لَهُمْ تَمَتَّعُوا حَتَّى حِينٍ

 

Translation

Dan kisah kaum Thamud ketika dikatakan kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu yang termaklum!



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 44

فَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ وَهُمْ يَنظُرُونَ

 

Translation

Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir, sedang mereka melihatnya.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 45

فَمَا اسْتَطَاعُوا مِن قِيَامٍ وَمَا كَانُوا مُنتَصِرِينَ

 

Translation

Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak mendapat pertolongan.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 46

وَقَوْمَ نُوحٍ مِّن قَبْلُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ

 

Translation

Dan kaum Nuh sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 47

وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

 

Translation

Dan langit itu kami dirikan dengan kekuasaan Kami. Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 48

وَالْأَرْضَ فَرَشْنَاهَا فَنِعْمَ الْمَاهِدُونَ

 

Translation

Dan bumi pula Kami hamparkan; maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 49

وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

 

Translation

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 50

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Maka segeralah kamu kembali kepada Allah, sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 51

وَلَا تَجْعَلُوا مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah, sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 52

كَذَلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ

 

Translation

Demikianlah tidak datang seorang Rasul pun kepada kaum sebelum mereka, melainkan ada yang berkata: Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 53

أَتَوَاصَوْا بِهِ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ

 

Translation

Adakah mereka semua telah berpesan-pesan untuk melemparkan tuduhan itu? Bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 54

فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَا أَنتَ بِمَلُومٍ

 

Translation

Oleh itu, berpalinglah daripada mereka, kerana engkau tidak akan disalahkan.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 55

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

 

Translation

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 57

مَا أُرِيدُ مِنْهُم مِّن رِّزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَن يُطْعِمُونِ

 

Translation

Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 58

إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

 

Translation

Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 59

فَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا ذَنُوبًا مِّثْلَ ذَنُوبِ أَصْحَابِهِمْ فَلَا يَسْتَعْجِلُونِ

 

Translation

Maka sesungguhnya bagi orang yang zalim itu ada azab seperti azab rakan mereka. Maka janganlah mereka meminta kepada-Ku untuk disegerakan.



Surah Adz Dzaariyat

 

Ayat 60

فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِن يَوْمِهِمُ الَّذِي يُوعَدُونَ

 

Translation

Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.