Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 1

حم

 

Translation

Haa, Miim.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 2

وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ

 

Translation

Demi Al-Qur'an! Kitab yang menerangkan kebenaran.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 3

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 4

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

 

Translation

Padanya dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 5

أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

 

Translation

Iaitu perkara-perkara dari sisi Kami; sesungguhnya Kamilah yang mengutus Rasul-rasul.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 6

رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

Translation

Sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 7

رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ

 

Translation

Tuhan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang yang yakin.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 8

لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan; Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang lalu.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 9

بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ يَلْعَبُونَ

 

Translation

Bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 10

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاء بِدُخَانٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang nyata.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 11

يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Translation

Yang akan menimpa seluruh manusia sehingga mereka akan berkata: Inilah azab yang pedih.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 12

رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ

 

Translation

Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 13

أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءهُمْ رَسُولٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Bagaimana mereka dapat beringat? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keteranga yang nyata!



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 14

ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ

 

Translation

Kemudian mereka berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata: Dia seorang yang diajar, dia juga seorang yang gila!



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 15

إِنَّا كَاشِفُو الْعَذَابِ قَلِيلًا إِنَّكُمْ عَائِدُونَ

 

Translation

Sesungguhnya kalaulah Kami hapuskan azab itu sedikit pun, nescaya kamu akan kembali ingkar.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 16

يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرَى إِنَّا مُنتَقِمُونَ

 

Translation

Ingatlah! Pada hari Kami timpakan kamu dengan paluan yang besar; sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa dengan azab yang seberat-beratnya.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 17

وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَاءهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan mereka pun telah didatangi oleh seorang Rasul yang mulia.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 18

أَنْ أَدُّوا إِلَيَّ عِبَادَ اللَّهِ إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

 

Translation

Berikanlah kepadaku hamba-hamba Allah itu; sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 19

وَأَنْ لَّا تَعْلُوا عَلَى اللَّهِ إِنِّي آتِيكُم بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 20

وَإِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُمْ أَن تَرْجُمُونِ

 

Translation

Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhanmu, daripada kamu merejam aku.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 21

وَإِنْ لَّمْ تُؤْمِنُوا لِي فَاعْتَزِلُونِ

 

Translation

Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah hubungan denganku.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 22

فَدَعَا رَبَّهُ أَنَّ هَؤُلَاء قَوْمٌ مُّجْرِمُونَ

 

Translation

Maka ia berdoa kepada Tuhannya: Sesungguhnya mereka ini adalah kaum yang berdosa.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 23

فَأَسْرِ بِعِبَادِي لَيْلًا إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ

 

Translation

Lalu diperintahkan kepadanya: Bawalah hamba-hamba-Ku keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 24

وَاتْرُكْ الْبَحْرَ رَهْوًا إِنَّهُمْ جُندٌ مُّغْرَقُونَ

 

Translation

Dan biarkanlah laut itu dalam keadaan terbelah, kerana sesungguhnya mereka yang mengejarmu adalah tentera yang akan ditenggelamkan.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 25

كَمْ تَرَكُوا مِن جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

 

Translation

Banyak sungguh kebun-kebun dan mata air yang mereka tinggalkan.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 26

وَزُرُوعٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ

 

Translation

Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 27

وَنَعْمَةٍ كَانُوا فِيهَا فَاكِهِينَ

 

Translation

Dan juga kemewahan hidup, yang sekian lama mereka menikmatinya.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 28

كَذَلِكَ وَأَوْرَثْنَاهَا قَوْمًا آخَرِينَ

 

Translation

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orangnya, milik kaum lain.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 29

فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاء وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنظَرِينَ

 

Translation

Mereka itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 30

وَلَقَدْ نَجَّيْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنَ الْعَذَابِ الْمُهِينِ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 31

مِن فِرْعَوْنَ إِنَّهُ كَانَ عَالِيًا مِّنَ الْمُسْرِفِينَ

 

Translation

Dari Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong lagi termasuk orang yang melampaui batas.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 32

وَلَقَدِ اخْتَرْنَاهُمْ عَلَى عِلْمٍ عَلَى الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan Kami menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia pada zaman itu.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 33

وَآتَيْنَاهُم مِّنَ الْآيَاتِ مَا فِيهِ بَلَاء مُّبِينٌ

 

Translation

Dan Kami berikan kepada mereka berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 34

إِنَّ هَؤُلَاء لَيَقُولُونَ

 

Translation

Berbalik kepada kisah kaum musyrik Mekah yang berkata.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 35

إِنْ هِيَ إِلَّا مَوْتَتُنَا الْأُولَى وَمَا نَحْنُ بِمُنشَرِينَ

 

Translation

Hanyalah mati kita yang pertama di dunia, dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi;



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 36

فَأْتُوا بِآبَائِنَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

 

Translation

Jika tidak, maka bawakanlah datuk nenek kami yang telah mati; kalau betul kamu orang yang benar!



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 37

أَهُمْ خَيْرٌ أَمْ قَوْمُ تُبَّعٍ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ أَهْلَكْنَاهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

 

Translation

(Mengapa mereka masih degil dalam kekufuran?) Adakah mereka yang lebih kekuatannya atau kaum Tubba dan orang yang terdahulu dari mereka? Orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang yang berdosa.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 38

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ

 

Translation

Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta apa ada di antara keduanya, secara main-main.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 39

مَا خَلَقْنَاهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Tidaklah Kami menciptakan keduanya melainkan kerana menzahirkan perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 40

إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ مِيقَاتُهُمْ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Sesungguhnya hari pemutusan untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 41

يَوْمَ لَا يُغْنِي مَوْلًى عَن مَّوْلًى شَيْئًا وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

 

Translation

Iaitu hari seorang sahabat karib tidak dapat memberi sebarang perlindungan kepada sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 42

إِلَّا مَن رَّحِمَ اللَّهُ إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 43

إِنَّ شَجَرَةَ الزَّقُّومِ

 

Translation

Ingatlah, sesungguhnya pokok Zaqqum itu.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 44

طَعَامُ الْأَثِيمِ

 

Translation

Buahnya menjadi makanan bagi orang yang berdosa dalam Neraka.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 45

كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ

 

Translation

Makanan itu pula panas seperti tembaga cair, mendidih dalam perut.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 46

كَغَلْيِ الْحَمِيمِ

 

Translation

Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 47

خُذُوهُ فَاعْتِلُوهُ إِلَى سَوَاء الْجَحِيمِ

 

Translation

Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 48

ثُمَّ صُبُّوا فَوْقَ رَأْسِهِ مِنْ عَذَابِ الْحَمِيمِ

 

Translation

Kemudian curahkanlah di atas kepalanya, azab seksa dari air panas yang menggelegak.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 49

ذُقْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْكَرِيمُ

 

Translation

Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat!



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 50

إِنَّ هَذَا مَا كُنتُم بِهِ تَمْتَرُونَ

 

Translation

Sesungguhnya inilah dia azab seksa yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 51

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang bertakwa akan ditempatkan di tempat tinggal yang aman sentosa.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 52

فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

 

Translation

Iaitu di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 53

يَلْبَسُونَ مِن سُندُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُّتَقَابِلِينَ

 

Translation

Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; sentiasa berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 54

كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

 

Translation

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 55

يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَاكِهَةٍ آمِنِينَ

 

Translation

Mereka meminta di dalam Syurga itu segala jenis buah-buahan yang mereka ingini, dalam keadaan aman sentosa.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 56

لَا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَى وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

 

Translation

Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu kecuali mati yang mereka rasai di dunia dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab Neraka;



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 57

فَضْلًا مِّن رَّبِّكَ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

 

Translation

Sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu; yang demikian itulah kemenangan yang besar.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 58

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

 

Translation

Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Qur'an dengan bahasamu, ialah supaya mereka beringat dan insaf untuk beriman dan mematuhinya.



Surah Ad Dukhaan

 

Ayat 59

فَارْتَقِبْ إِنَّهُم مُّرْتَقِبُونَ

 

Translation

Maka tunggulah kesudahan mereka, sesungguhnya mereka juga menunggu akan kesudahanmu.