Surah Yusuf

 

Ayat 1

الر تِلْكَ ءايَتُ الْكِتَبِ الْمُبِينِ

 

Translation

Alif, Laam, Raa. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Qur'an yang menyatakan kebenaran.



Surah Yusuf

 

Ayat 2

اِنَّا انزَلْنَهُ قُرْءنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

 

Translation

Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur'an yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.



Surah Yusuf

 

Ayat 3

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـذَا الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ

 

Translation

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahikan kepadamu Al-Qur'an ini, padahal engkau sebelum datangnya wahi itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.



Surah Yusuf

 

Ayat 4

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

 

Translation

(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.



Surah Yusuf

 

Ayat 5

قَالَ يبُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُءْيَاكَ عَلَى اِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا اِنَّ الشَّيْطَنَ لِلْاِنسَنِ عَدُوٌّ مُبِينٌ

 

Translation

Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu tancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.



Surah Yusuf

 

Ayat 6

وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَاْوِيلِ الْاحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَى ءالِ يَعْقُوبَ كَمَا اتَمَّهَا عَلَى ابَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ اِبْرَهِيمَ وَاِسْحَقَ اِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

 

Translation

Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu ta'bir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Yaqub sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.



Surah Yusuf

 

Ayat 7

لَقَدْ كَانَ فِي يُوسُفَ وَاِخْوَتِهِ ءايَتٌ لِلسَّائِلِينَ

 

Translation

Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).



Surah Yusuf

 

Ayat 8

اِذْ قَالُوا لَيُوسُفُ وَاخُوهُ احَبُّ اِلَى ابِينَا مِنَّا وَنَحْنُ عُصْبَةٌ اِنَّ ابَانَا لَفِي ضَلَلٍ مُبِينٍ

 

Translation

(Kisah itu bermula) tatkala saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih di sayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.



Surah Yusuf

 

Ayat 9

اقْتُلُوا يُوسُفَ اوْ اطْرَحُوهُ ارْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ ابِيكُمْ وَتَكُونُوا مِنْ بَعْدِهِ قَوْمًا صَلِحِينَ

 

Translation

(Ramai di antara mereka berkata): Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna.



Surah Yusuf

 

Ayat 10

قَالَ قَآئِلٌ مَّنْهُمْ لاَ تَقْتُلُواْ يُوسُفَ وَأَلْقُوهُ فِي غَيَابَةِ الْجُبِّ يَلْتَقِطْهُ بَعْضُ السَّيَّارَةِ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ

 

Translation

Salah seorang di antara mereka berkata: Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam perigi, supaya ia di pungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu.



Surah Yusuf

 

Ayat 11

قَالُوا يَابَانَا مَا لَكَ لَا تَاْمَنَّا عَلَى يُوسُفَ وَاِنَّا لَهُ لَنَصِحُونَ

 

Translation

Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?



Surah Yusuf

 

Ayat 12

أَرْسِلْهُ مَعَنَا غَدًا يَرْتَعْ وَيَلْعَبْ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

 

Translation

Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersukaria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya.



Surah Yusuf

 

Ayat 13

قَالَ اِنِّي لَيَحْزُنُنِي انْ تَذْهَبُوا بِهِ وَاخَافُ انْ يَاْكُلَهُ الذِّئْبُ وَانْتُمْ عَنْهُ غَفِلُونَ

 

Translation

Bapa mereka menjawab: Pemergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan aku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya.



Surah Yusuf

 

Ayat 14

قَالُواْ لَئِنْ أَكَلَهُ الذِّئْبُ وَنَحْنُ عُصْبَةٌ إِنَّا إِذًا لَّخَاسِرُونَ

 

Translation

Mereka berkata: Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi.



Surah Yusuf

 

Ayat 15

فَلَمَّا ذَهَبُوا بِهِ وَاجْمَعُوا انْ يَجْعَلُوهُ فِي غَيَبَتِ الْجُبِّ وَاوْحَيْنَا اِلَيْهِ لَتُنَبِّئَنَّهُمْ بِامْرِهِمْ هَذَا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan Kami pula ilhamkan kepadanya: Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat, dan) akan memberitahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak teringat lagi kepadanya).



Surah Yusuf

 

Ayat 16

وَجَاءُو ابَاهُمْ عِشَاءً يَبْكُونَ

 

Translation

Dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat-buat) menangis.



Surah Yusuf

 

Ayat 17

قَالُوا يَابَانَا اِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ وَتَرَكْنَا يُوسُفَ عِنْدَ مَتَعِنَا فَاكَلَهُ الذِّئْبُ وَمَا انْتَ بِمُؤْمِنٍ لَنَا وَلَوْ كُنَّا صَدِقِينَ

 

Translation

Mereka berkata: Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kamu, lalu ia dimakan serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya akan kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar.



Surah Yusuf

 

Ayat 18

وَجَاءُو عَلَى قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ انفُسُكُمْ امْرًا فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

 

Translation

Dan (bagi mengesahkan dakwaan mereka itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan-Nya, mengenai apa yang kamu katakan itu.



Surah Yusuf

 

Ayat 19

وَجَاءَتْ سَيَّارَةٌ فَارْسَلُوا وَارِدَهُمْ فَادْلَى دَلْوَهُ قَالَ يَبُشْرَى هَذَا غُلَمٌ وَاسَرُّوهُ بِضَعَةً وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

 

Translation

Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan); lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) iapun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru dengan katanya: Hai! (Ini) sungguh menggembirakan! Ini adalah seorang budak lelaki (yang cantik parasnya). Mereka sembunyikan Yusuf sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.



Surah Yusuf

 

Ayat 20

وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنْ الزَّهِدِينَ

 

Translation

Dan mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang yang tidak menghargainya.



Surah Yusuf

 

Ayat 21

وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَهُ مِنْ مِصْرَ لِامْرَاتِهِ اكْرِمِي مَثْوَهُ عَسَى انْ يَنفَعَنَا اوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا وَكَذَلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْارْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِنْ تَاْوِيلِ الْاحَادِيثِ وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى امْرِهِ وَلَكِنَّ اكْثَرَ الن

 

Translation

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta'bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.



Surah Yusuf

 

Ayat 22

وَلَمَّا بَلَغَ اشُدَّهُ ءاتَيْنَهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Dan ketika Yusuf sampai ke peingkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.



Surah Yusuf

 

Ayat 23

وَرَوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتْ الْابْوَبَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ اِنَّهُ رَبِّي احْسَنَ مَثْوَايَ اِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّلِمُونَ

 

Translation

Dan wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya, merayu Yusuf untuk dirinya; dan dia menutup pintu serta berkata: Kemarilah kamu. Jawab Yusuf: Aku berlindung kepada Allah; sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang yang zalim tidak akan berjaya.



Surah Yusuf

 

Ayat 24

وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا انْ رَءا بُرْهَنَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ اِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ

 

Translation

Dan wanita itu berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pun berkehendak kepada wanita itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya. Demikianlah, Kami jauhkan Yusuf dari keburukan dan perbuatan keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang ikhlas.



Surah Yusuf

 

Ayat 25

وَاسْتَبَقَا الْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُ مِنْ دُبُرٍ وَالْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَا الْبَابِ قَالَتْ مَا جَزَاءُ مَنْ ارَادَ بِاهْلِكَ سُوءًا اِلَّا انْ يُسْجَنَ اوْ عَذَابٌ الِيمٌ

 

Translation

Dan keduanya berkejaran ke pintu, wanita itu menarik baju Yusuf dari belakang hingga koyak; lalu keduanya mendapati suami wanita itu di muka pintu. Wanita itu berkata: Tiada balasan bagi orang yang berbuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyeksanya.



Surah Yusuf

 

Ayat 26

قَالَ هِيَ رَوَدَتْنِي عَنْ نَفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ اهْلِهَا اِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنْ الْكَذِبِينَ

 

Translation

Yusuf berkata: Dia yang menggoda diriku dan seorang dari keluarga perempuan itu tampil memberi pendapatnya dengan berkata: Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan wanita itu, dan menjadilah Yusuf dari orang yang dusta.



Surah Yusuf

 

Ayat 27

وَاِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنْ الصَّدِقِينَ

 

Translation

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah wanita itu, dan Yusuf adalah dari orang yang benar.



Surah Yusuf

 

Ayat 28

فَلَمَّا رَءا قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ اِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ اِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ

 

Translation

Setelah dia melihat baju Yusuf koyak di belakang, berkatalah ia: Sesungguhnya inilah tipu dayamu hai wanita; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar.



Surah Yusuf

 

Ayat 29

يُوسُفُ اعْرِضْ عَنْ هَذَا وَاسْتَغْفِرِي لِذَنْبِكِ اِنَّكِ كُنتِ مِنْ الْخَاطِءِينَ

 

Translation

Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan kamu wahai isteriku, mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya kamu dari orang yang bersalah!



Surah Yusuf

 

Ayat 30

وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَات ُ الْعَزِيزِ تُرَوِدُ فَتَهَا عَنْ نَفْسِهِ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا اِنَّا لَنَرَهَا فِي ضَلَلٍ مُبِينٍ

 

Translation

Dan perempuan-perempuan di bandar Mesir berkata: Isteri al-Aziz itu memujuk hambanya berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya itu amat mendalam kepada Yusuf; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata.



Surah Yusuf

 

Ayat 31

فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ ارْسَلَتْ اِلَيْهِنَّ وَاعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَءا وَءاتَتْ كُلَّ وَحِدَةٍ مِنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتْ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ فَلَمَّا رَايْنَهُ اكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ ايْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَشَ لِلَّهِ مَا هَذَا بَشَرًا ا

 

Translation

Maka apabila ia mendengar cacian mereka, iapun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada tiap-tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan berkatalah ia kepada Yusuf: Keluarlah di hadapan mereka. Maka tatkala mereka melihatnya, mereka kagum pada wajahnya, dan mereka melukakan tangan mereka sambil berkata: Maha Sempurna Allah! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain, melainkan malaikat yang mulia!



Surah Yusuf

 

Ayat 32

قَالَتْ فَذَلِكُنَّ الَّذِي لُمْتُنَّنِي فِيهِ وَلَقَدْ رَوَدتُّهُ عَنْ نَفْسِهِ فَاسْتَعْصَمَ وَلَئِنْ لَمْ يَفْعَلْ مَا ءامُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُوناَ مِنَ الصَّغِرِينَ

 

Translation

Zulaikha berkata: Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak; dan sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi orang yang hina.



Surah Yusuf

 

Ayat 33

قَالَ رَبِّ السِّجْنُ احَبُّ اِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي اِلَيْهِ وَاِلَّا تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ اصْبُ اِلَيْهِنَّ وَاكُنْ مِنْ الْجَهِلِينَ

 

Translation

Yusuf berkata: Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang wanita-wanita itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak jauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang yang jahil.



Surah Yusuf

 

Ayat 34

فَاسْتَجَابَ لَهُ رَبُّهُ فَصَرَفَ عَنْهُ كَيْدَهُنَّ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

Translation

Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dia dijauhkan dari tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Yusuf

 

Ayat 35

ثُمَّ بَدَا لَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا رَاوْا الاْءيَتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ

 

Translation

Kemudian timbul fikiran bagi suami wanita itu, sesudah melihat tanda-tanda supaya Yusuf harus dipenjarakan hingga ke suatu masa.



Surah Yusuf

 

Ayat 36

وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيَانِ قَالَ احَدُهُمَا اِنِّي ارَنِي اعْصِرُ خَمْرًا وَقَالَ الاْءخَرُ اِنِّي ارَنِي احْمِلُ فَوْقَ رَاْسِي خُبْزًا تَاْكُلُ الطَّيْرُ مِنْهُ نَبِّئْنَا بِتَاْوِيلِهِ اِنَّا نَرَكَ مِنْ الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Dan masuklah bersamanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur. Dan berkata yang lain: Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang dimakan sebahagiannya oleh burung. Teranglah kepada kami akan ta'birnya. Sesungguhnya kami memandangmu dari orang yang berbuat kebaikan.



Surah Yusuf

 

Ayat 37

قَالَ لَا يَاْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِ اِلَّا نَبَّاْتُكُمَا بِتَاْوِيلِهِ قَبْلَ انْ يَاْتِيَكُمَا ذَلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي اِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُمْ بِالاْءخِرَةِ هُمْ كَفِرُونَ

 

Translation

Kata Yusuf: Tidak datang kepadamu suatu makanan yang diberikan kepada kamu, melainkan aku dapat memberitahu kepadamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia di bawa kepadamu. Demikianlah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya aku meninggalkan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari Akhirat.



Surah Yusuf

 

Ayat 38

وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ ءابَاءي اِبْرَهِيمَ وَاِسْحَقَ وَيَعْقُوبَ مَا كَانَ لَنَا انْ نُشْرِكَ بِاللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ذَلِكَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ اكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

 

Translation

Dan aku menurut Agama bapa dan datuk nenekku Ibrahim, Ishaq dan Yakub. Tidak patut bagi kita menyekutukan sesuatu dengan Allah. Demikianlah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.



Surah Yusuf

 

Ayat 39

يَصَحِبَيِ السِّجْنِ ءارْبَابٌ مُتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ امْ اللَّهُ الْوَحِدُ الْقَهَّارُ

 

Translation

Wahai sahabatku sepenjara, menyembah tuhan-tuhan yang pelbagai itukah yang lebih baik atau Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?



Surah Yusuf

 

Ayat 40

مَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِهِ اِلَّا اسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا انْتُمْ وَءابَاؤُكُمْ مَا انزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَنٍ اِنْ الْحُكْمُ اِلَّا لِلَّهِ امَرَ الَّا تَعْبُدُوا اِلَّا اِيَّاهُ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ اكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَ

 

Translation

Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.



Surah Yusuf

 

Ayat 41

يَصَحِبَيِ السِّجْنِ امَّا احَدُكُمَا فَيَسْقِي رَبَّهُ خَمْرًا وَامَّا الاْءخَرُ فَيُصْلَبُ فَتَاْكُلُ الطَّيْرُ مِنْ رَاْسِهِ قُضِيَ الْامْرُ الَّذِي فِيهِ تَسْتَفْتِيَانِ

 

Translation

Wahai sahabatku sepenjara! Adapun salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum tuannya. Adapun yang seorang lagi, maka ia akan dipalang, serta burung pula akan makan dari kepalanya. Telah selesailah perkara yang kamu tanyakan itu.



Surah Yusuf

 

Ayat 42

وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ انَّهُ نَاجٍ مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ فَانسَهُ الشَّيْطَنُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ

 

Translation

Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu. maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebut hal Yusuf kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.



Surah Yusuf

 

Ayat 43

وَقَالَ الْمَلِكُ اِنِّي ارَى سَبْعَ بَقَرَتٍ سِمَانٍ يَاْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنْبُلَتٍ خُضْرٍ وَاُخَرَ يَابِسَتٍ يايُّهَا الْمَلَاُ افْتُونِي فِي رُءْيَي اِنْ كُنتُمْ لِلرُّءيَا تَعْبُرُونَ

 

Translation

Dan raja Mesir berkata: Sesungguhnya aku mimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menta'birkan mimpi.



Surah Yusuf

 

Ayat 44

قَالُوا اضْغَثُ احْلَمٍ وَمَا نَحْنُ بِتَاْوِيلِ الْاحْلَمِ بِعَلِمِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang yang mengetahui mimpi-mimpi itu.



Surah Yusuf

 

Ayat 45

وَقَالَ الَّذِي نَجَا مِنْهُمَا وَا׀دَّكَرَ بَعْدَ اُمَّةٍ انَا اُنَبِّئُكُمْ بِتَاْ׀ˆِيلِهِ فَارْسِلُونِ

 

Translation

Dan berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan teringat akan Yusuf sesudah beberapa waktu: Aku akan memberitahu kepada kamu akan orang yang pandai menta'birnya. Oleh itu, hantarkanlah daku pergi kepadanya.



Surah Yusuf

 

Ayat 46

يُوسُفُ ايُّهَا الصِّدِّيقُ افْتِنَا فِي سَبْعِ بَقَرَتٍ سِمَانٍ يَاْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعِ سُنْبُلَتٍ خُضْرٍ وَاُخَرَ يَابِسَتٍ لَعَلِّي ارْجِعُ اِلَى النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَعْلَمُونَ

 

Translation

Yusuf, wahai orang yang benar! Ta'birkanlah kepada kami tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan yang lain kering; supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta'birnya.



Surah Yusuf

 

Ayat 47

قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَابًا فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ اِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تَاْكُلُونَ

 

Translation

Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.



Surah Yusuf

 

Ayat 48

ثُمَّ يَاْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَاْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ اِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تُحْصِنُونَ

 

Translation

Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih.



Surah Yusuf

 

Ayat 49

ثُمَّ يَاْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ

 

Translation

Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil.



Surah Yusuf

 

Ayat 50

وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ فَلَمَّا جَاءَهُ الرَّسُولُ قَالَ ارْجِعْ اِلَى رَبِّكَ فَسءَْلْهُ مَا بَالُ النِّسْوَةِ الَّتِي قَطَّعْنَ ايْدِيَهُنَّ اِنَّ رَبِّي بِكَيْدِهِنَّ عَلِيمٌ

 

Translation

Dan berkatalah raja Mesir: Bawalah ia kepadaku! Maka tatkala utusan raja datang kepada Yusuf, berkatalah ia: Kembalilah kepada tuanmu maka tanyalah kepadanya: Apa halnya para wanita yang melukakan tangan mereka? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui akan tipu daya mereka.



Surah Yusuf

 

Ayat 51

قَالَ مَا خَطْبُكُنَّ اِذْ رَوَدتُّنَّ يُوسُفَ عَنْ نَفْسِهِ قُلْنَ حَشَ لِلَّهِ مَا عَلِمْنَا عَلَيْهِ مِنْ سُوءٍ قَالَتْ امْرَاتُُّ الْعَزِيزِ الءنَ حَصْحَصَ الْحَقُّ انَا رَوَدتُّهُ عَنْ نَفْسِهِ وَاِنَّهُ لَمِنْ الصَّدِقِينَ

 

Translation

Raja bertanya para wanita itu: Apahal kamu, semasa memujuk Yusuf mengenai dirinya? Mereka menjawab: Jauh-Nya Allah dari segala cacat cela, kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf. Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar.



Surah Yusuf

 

Ayat 52

ذَلِكَ لِيَعْلَمَ انِّي لَمْ اخُنْهُ بِالْغَيْبِ وَانَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي كَيْدَ الْخَائِنِينَ

 

Translation

Demikianlah, supaya ia mengetahui bahawa aku tidak mengkhianatinya semasa ia tidak hadir; dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang yang khianat.



Surah Yusuf

 

Ayat 53

وَمَا اُبَرِّئُ نَفْسِي اِنَّ النَّفْسَ لَامَّارَةٌ بِالسُّوءِ اِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي اِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Yusuf

 

Ayat 54

وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ اسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِي فَلَمَّا كَلَّمَهُ قَالَ اِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ امِينٌ

 

Translation

Dan raja berkata: Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Maka tatkala ia bercakap-cakap dengannya, berkatalah raja: Sesungguhnya engkau pada hari ini, seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai dikalangan kami.



Surah Yusuf

 

Ayat 55

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْارْضِ اِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

 

Translation

Yusuf berkata: Jadikan aku penjaga perbendaharaan hasil bumi ini; sesungguhnya aku penjaga yang baik, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.



Surah Yusuf

 

Ayat 56

وَكَذَلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْارْضِ يَتَبَوَّاُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَنْ نَشَاءُ وَلَا نُضِيعُ اجْرَ الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan pahala orang yang berbuat baik.



Surah Yusuf

 

Ayat 57

وَلَاجْرُ الاْءخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ ءامَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang yang beriman serta sentiasa bertakwa.



Surah Yusuf

 

Ayat 58

وَجَاءَ اِخْوَةُ يُوسُفَ فَدَخَلُوا عَلَيْهِ فَعَرَفَهُمْ وَهُمْ لَهُ مُنكِرُونَ

 

Translation

Dan datanglah saudara-saudara Yusuf, lalu masuklah mereka mendapatkannya; Yusuf dengan serta-merta kenal mereka, sedang mereka tidak mengenalinya.



Surah Yusuf

 

Ayat 59

وَلَمَّا جَهَّزَهُمْ بِجَهَازِهِمْ قَالَ ائْتُونِي بِاخٍ لَكُمْ مِنْ ابِيكُمْ الَا تَرَوْنَ انِّي اُوفِي الْكَيْلَ وَانَا خَيْرُ الْمُنزِلِينَ

 

Translation

Dan tatkala Yusuf menyediakan untuk mereka bekalan mereka, berkatalah ia: Pada kali yang lain bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa. Tidakkah kamu melihat, bahawa aku menyempurnakan bekalan makanan kamu, dan bahawa aku sebaik-baik penerima tetamu?



Surah Yusuf

 

Ayat 60

فَاِنْ لَمْ تَاْتُونِي بِهِ فَلَا كَيْلَ لَكُمْ عِندِي وَلَا تَقْرَبُونِ

 

Translation

Oleh itu, kalau kamu tidak membawanya kepadaku, maka kamu tidak akan mendapat bekalan makanan di sisiku, dan janganlah kamu menghampiriku lagi.



Surah Yusuf

 

Ayat 61

قَالُوا سَنُرَوِدُ عَنْهُ ابَاهُ وَاِنَّا لَفَعِلُونَ

 

Translation

Mereka menjawab: Kami akan memujuk bapanya melepaskan dia untuk bersama kami, dan sesungguhnya kami akan melakukannya.



Surah Yusuf

 

Ayat 62

وَقَالَ لِفِتْيَنِهِ اجْعَلُوا بِضَعَتَهُمْ فِي رِحَالِهِمْ لَعَلَّهُمْ يَعْرِفُونَهَا اِذَا انقَلَبُوا اِلَى اهْلِهِمْ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

 

Translation

Dan berkatalah Yusuf kepada orang suruhannya: Masukkanlah barang-barang dagangan mereka pada tempat simpanan barang di kenderaan mereka, supaya mereka mengetahuinya kelak ketika mereka kembali kepada keluarga mereka, dan supaya mereka datang lagi ke negeri ini.



Surah Yusuf

 

Ayat 63

فَلَمَّا رَجَعُوا اِلَى ابِيهِمْ قَالُوا يَابَانَا مُنِعَ مِنَّا الْكَيْلُ فَارْسِلْ مَعَنَا اخَانَا نَكْتَلْ وَاِنَّا لَهُ لَحَفِظُونَ

 

Translation

Maka tatkala mereka kembali, berkatalah mereka: Wahai ayah kami! Kami tidak akan diberi bekalan makanan kiranya Bunyamin tidak pergi bersama. Oleh itu, hantarkanlah dia bersama kami, supaya kami dapat lagi bekalan makanan; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya.



Surah Yusuf

 

Ayat 64

قَالَ هَلْ ءامَنُكُمْ عَلَيْهِ اِلَّا كَمَا امِنتُكُمْ عَلَى اخِيهِ مِنْ قَبْلُ فَاللَّهُ خَيْرٌ حَفِظًا وَهُوَ ارْحَمُ الرَّحِمِينَ

 

Translation

Bapa mereka berkata: Aku tidak mempercayai kamu akan menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu. Oleh itu, Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan.



Surah Yusuf

 

Ayat 65

وَلَمَّا فَتَحُوا مَتَعَهُمْ وَجَدُوا بِضَعَتَهُمْ رُدَّتْ اِلَيْهِمْ قَالُوا يَابَانَا مَا نَبْغِي هَذِهِ بِضَعَتُنَا رُدَّتْ اِلَيْنَا وَنَمِيرُ اهْلَنَا وَنَحْفَظُ اخَانَا وَنَزْدَادُ كَيْلَ بَعِيرٍ ذَلِكَ كَيْلٌ يَسِيرٌ

 

Translation

Dan semasa mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang dagangan mereka telah dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata: Wahai ayah kami! Apa yang kita kehendaki lagi? Ini barang-barang tukaran kita telah dikembalikan kepada kita. Dan dapatlah kami memberi makan keluarga kami, dan akan menjaga saudara kami, serta mendapat tambahan makanan sebanyak beban seekor unta lagi. Pemberian tambahan yang sebanyak itu mudah sekali ditunaikannya.



Surah Yusuf

 

Ayat 66

قَالَ لَنْ اُرْسِلَهُ مَعَكُمْ حَتَّى تُؤْتُونِ مَوْثِقًا مِنْ اللَّهِ لَتَاْتُنَنِي بِهِ اِلَّا انْ يُحَاطَ بِكُمْ فَلَمَّا ءاتَوْهُ مَوْثِقَهُمْ قَالَ اللَّهُ عَلَى مَا نَقُولُ وَكِيلٌ

 

Translation

Bapa mereka berkata: Aku tidak akan melepaskan dia pergi bersama kamu, sehingga kamu beri kepadaku satu perjanjian yang teguh dengan nama Allah, bahawa kamu akan kembalikannya kepadaku, kecuali jika kamu semua dikepong musuh. Maka tatkala mereka memberikan janji yang teguh kepadanya, berkatalah ia: Allah jualah yang menjadi Saksi dan Pengawas atas apa yang kita semua katakan itu.



Surah Yusuf

 

Ayat 67

وَقَالَ يَبَنِيَّ لَا تَدْخُلُوا مِنْ بَابٍ وَحِدٍ وَادْخُلُوا مِنْ ابْوَبٍ مُتَفَرِّقَةٍ وَمَا اُغْنِي عَنكُمْ مِنْ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ اِنْ الْحُكْمُ اِلَّا لِلَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَعَلَيْهِ فَلْيَتَوَكَّلْ الْمُتَوَكِّلُونَ

 

Translation

Dan ia berkata lagi: Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan Allah. Kuasa menetapkan sesuatu hanya tertentu bagi Allah. Kepada-Nyalah aku berserah diri, dan kepada-Nyalah hendaknya berserah orang yang mahu berserah diri.



Surah Yusuf

 

Ayat 68

وَلَمَّا دَخَلُوا مِنْ حَيْثُ امَرَهُمْ ابُوهُمْ مَا كَانَ يُغْنِي عَنْهُمْ مِنْ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ اِلَّا حَاجَةً فِي نَفْسِ يَعْقُوبَ قَضَهَا وَاِنَّهُ لَذُو عِلْمٍ لِمَا عَلَّمْنَهُ وَلَكِنَّ اكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan tatkala mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yakub. Dan sesungguhnya ia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.



Surah Yusuf

 

Ayat 69

وَلَمَّا دَخَلُوا عَلَى يُوسُفَ ءاوَى اِلَيْهِ اخَاهُ قَالَ اِنِّي انَا اخُوكَ فَلَا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

 

Translation

Dan semasa mereka masuk mendapatkan Yusuf, ia menempatkan saudaranya Bunyamin bersamanya, sambil berkata kepadanya: Sesungguhnya akulah saudaramu Yusuf, oleh itu janganlah engkau berdukacita disebabkan apa yang mereka lakukan.



Surah Yusuf

 

Ayat 70

فَلَمَّا جَهَّزَهُمْ بِجَهَازِهِمْ جَعَلَ السِّقَايَةَ فِي رَحْلِ اخِيهِ ثُمَّ اذَّنَ مُؤَذِّنٌ ايَّتُهَا الْعِيرُ اِنَّكُمْ لَسَرِقُونَ

 

Translation

Maka tatkala ia membekalkan mereka dengan bekalan makanan mereka, lalu ia meletakkan bijana minuman raja di kenderaan saudaranya Bunyamin, kemudian menyeru seorang penyeru: Wahai orang kafilah ini, sesungguhnya kamu adalah pencuri.



Surah Yusuf

 

Ayat 71

قَالُوا وَاقْبَلُوا عَلَيْهِمْ مَاذَا تَفْقِدُونَ

 

Translation

Mereka bertanya sambil menghadap ke arah orang menteri yang menuduh itu: Apa benda kamu yang kehilangan?



Surah Yusuf

 

Ayat 72

قَالُوا نَفْقِدُ صُوَاعَ الْمَلِكِ وَلِمَنْ جَاءَ بِهِ حِمْلُ بَعِيرٍ وَانَا بِهِ زَعِيمٌ

 

Translation

Mereka menjawab: Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi sebanyak muatan seekor unta, dan aku menjamin pemberian itu.



Surah Yusuf

 

Ayat 73

قَالُوا تَاللَّهِ لَقَدْ عَلِمْتُمْ مَا جِئْنَا لِنُفْسِدَ فِي الْارْضِ وَمَا كُنَّا سَرِقِينَ

 

Translation

Mereka berkata: Demi Allah! Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa kedatangan kami bukanlah untuk merosakan bumi ini, dan kami bukanlah pencuri.



Surah Yusuf

 

Ayat 74

قَالُوا فَمَا جَزَؤُهُ اِنْ كُنتُمْ كَذِبِينَ

 

Translation

Orang menteri bertanya: Maka apa balasan pencuri itu, jika kamu berdusta?



Surah Yusuf

 

Ayat 75

قَالُوا جَزَؤُهُ مَنْ وُجِدَ فِي رَحْلِهِ فَهُوَ جَزَؤُهُ كَذَلِكَ نَجْزِي الظَّلِمِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Balasannya orang yang didapati benda itu padanya, maka dialah sebagai balasannya. Demikianlah kami membalas orang yang zalim.



Surah Yusuf

 

Ayat 76

فَبَدَا بِاوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَاءِ اخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِنْ وِعَاءِ اخِيهِ كَذَلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ مَا كَانَ لِيَاْخُذَ اخَاهُ فِي دِينِ الْمَلِكِ اِلَّا انْ يَشَاءَ اللَّهُ نَرْفَعُ دَرَجَتٍ مَنْ نَشَاءُ وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ

 

Translation

Maka Yusuf pun mulailah memeriksa karung barang mereka sebelum memeriksa karung barang saudara kandungnya, kemudian ia mengeluarkannya dari karung barang saudaranya itu. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika Allah kehendaki. Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui.



Surah Yusuf

 

Ayat 77

قَالُوا اِنْ يَسْرِقْ فَقَدْ سَرَقَ اخٌ لَهُ مِنْ قَبْلُ فَاسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ قَالَ انْتُمْ شَرٌّ مَكَانًا وَاللَّهُ اعْلَمُ بِمَا تَصِفُونَ

 

Translation

Mereka berkata: Kalau dia mencuri maka sesungguhnya saudaranya pernah juga mencuri dahulu. Maka Yusuf menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakannya kepada mereka, sambil berkata: Kamulah yang lebih buruk keadaannya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu katakan itu.



Surah Yusuf

 

Ayat 78

قَالُوا يَايُّهَا الْعَزِيزُ اِنَّ لَهُ ابًا شَيْخًا كَبِيرًا فَخُذْ احَدَنَا مَكَانَهُ اِنَّا نَرَكَ مِنْ الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Mereka merayu dengan berkata: Wahai Al Aziz! Sesungguhnya ia, mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. Oleh itu, ambillah salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu dari orang yang sentiasa berbudi.



Surah Yusuf

 

Ayat 79

قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ انْ نَاْخُذَ اِلَّا مَنْ وَجَدْنَا مَتَعَنَا عِنْدَهُ اِنَّا اِذًا لَظَلِمُونَ

 

Translation

Yusuf berkata: Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil seseorang kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang yang zalim.



Surah Yusuf

 

Ayat 80

فَلَمَّا اسْتَيْءسُوا مِنْهُ خَلَصُوا نَجِيًّا قَالَ كَبِيرُهُمْ الَمْ تَعْلَمُوا انَّ ابَاكُمْ قَدْ اخَذَ عَلَيْكُمْ مَوْثِقًا مِنْ اللَّهِ وَمِنْ قَبْلُ مَا فَرَّطتُمْ فِي يُوسُفَ فَلَنْ ابْرَحَ الْارْضَ حَتَّى يَاْذَنَ لِي ابِي اوْ يَحْكُمَ اللَّهُ لِي

 

Translation

Maka apabila mereka berputus asa dari keputusan itu, mereka mengasingkan diri lalu berunding tentang hal itu. Berkatalah saudara mereka yang sulung: Tidakkah kamu ketahui bahawa bapa kita telah mengambil janji dari kamu yang dikuatkan dengan nama Allah, dan dahulu pun kamu telah mensia-siakan Yusuf? Maka, aku tidak akan tinggalkan negeri ini sehingga bapaku izinkan aku kembali, atau sehingga Allah menghukumku untuk meninggalkan negeri ini, dan Dialah Hakim yang seadil-adilnya.



Surah Yusuf

 

Ayat 81

ارْجِعُوا اِلَى ابِيكُمْ فَقُولُوا يَابَانَا اِنَّ ابْنَكَ سَرَقَ وَمَا شَهِدْنَا اِلَّا بِمَا عَلِمْنَا وَمَا كُنَّا لِلْغَيْبِ حفِظِينَ

 

Translation

Kembalilah kamu kepada bapamu dan katakanlah Wahai ayah kami! Sesungguhnya anakmu Bunyamin telah mencuri dan tidaklah kami menyaksikan melainkan apa yang kami ketahui dan kami tidaklah dapat menjaga perkara yang ghaib.



Surah Yusuf

 

Ayat 82

وَسْءلْ الْقَرْيَةَ الَّتِي كُنَّا فِيهَا وَالْعِيرَ الَّتِي اقْبَلْنَا فِيهَا وَاِنَّا لَصَدِقُونَ

 

Translation

Dan tanyalah kepada penduduk negeri yang kami ada di sana dan kafilah yang kami balik bersamanya. Sesungguhnya kami adalah orang yang benar.



Surah Yusuf

 

Ayat 83

قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ انفُسُكُمْ امْرًا فَصَبْرٌ جَمِيلٌ عَسَى اللَّهُ انْ يَاْتِيَنِي بِهِمْ جَمِيعًا اِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

 

Translation

Berkatalah ia: Hanya dirimu memandang baik suatu perkara yang kamu rancangkan. Maka bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.



Surah Yusuf

 

Ayat 84

وَتَوَلَّى عَنْهُمْ وَقَالَ يَاسَفَى عَلَى يُوسُفَ وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ

 

Translation

Dan ia berpaling dari mereka sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya, kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati.



Surah Yusuf

 

Ayat 85

قَالُوا تَاللَّهِ تَفْتوَاُ تَذْكُرُ يُوسُفَ حَتَّى تَكُونَ حَرَضًا اوْ تَكُونَ مِنْ الْهَلِكِينَ

 

Translation

Mereka berkata: Demi Allah, ayah tak habis-habis ingat kepada Yusuf, sehingga ayah menjadi sakit merana, atau menjadi dari orang yang binasa.



Surah Yusuf

 

Ayat 86

قَالَ اِنَّمَا اشْكُوا بَثِّي وَحُزْنِي اِلَى اللَّهِ وَاعْلَمُ مِنْ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

 

Translation

Yakub berkata: Sesungguhnya aku hanya adukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah, dan aku mengetahui dari Allah, apa yang kamu tidak ketahui.



Surah Yusuf

 

Ayat 87

يَبَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَاخِيهِ وَلَا تَايْءَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ اِنَّهُ لَا يَايْءسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ اِلَّا الْقَوْمُ الكَفِرُونَ

 

Translation

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya Bunyamin, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.



Surah Yusuf

 

Ayat 88

فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَيْهِ قَالُوا يَايُّهَا الْعَزِيزُ مَسَّنَا وَاهْلَنَا الضُّرُّ وَجِئْنَا بِبِضَعَةٍ مُزْجَةٍ فَاوْفِ لَنَا الْكَيْلَ وَتَصَدَّقْ عَلَيْنَا اِنَّ اللَّهَ يَجْزِي الْمُتَصَدِّقِينَ

 

Translation

Maka setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: Wahai Al aziz, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan, dan kami datang dengan membawa barang-barang yang tidak berharga. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan berdermalah kepada kami; Sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang yang bermurah hati menderma.



Surah Yusuf

 

Ayat 89

قَالَ هَلْ عَلِمْتُمْ مَا فَعَلْتُمْ بِيُوسُفَ وَاخِيهِ اِذْ انْتُمْ جَهِلُونَ

 

Translation

Yusuf berkata: Tahukah kamu apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil?



Surah Yusuf

 

Ayat 90

قَالُوا اءِنَّكَ لَانْتَ يُوسُفُ قَالَ انَا يُوسُفُ وَهذَا اخِي قَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا اِنَّهُ مَنْ يَتَّقِ وَيَصْبِرْ فَاِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ اجْرَ الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Mereka bertanya: Engkaukah Yusuf? Ia menjawab: Akulah Yusuf dan ini adikku. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat-Nya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang yang berbuat kebaikan.



Surah Yusuf

 

Ayat 91

قَالُوا تَاللَّهِ لَقَدْ ءاثَرَكَ اللَّهُ عَلَيْنَا وَاِنْ كُنَّا لَخَطِءينَ

 

Translation

Mereka berkata: Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan kamu daripada kami; dan sesungguhnya kamilah orang yang bersalah.



Surah Yusuf

 

Ayat 92

قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمْ الْيَوْمَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ وَهُوَ ارْحَمُ الرَّحِمِينَ

 

Translation

Yusuf berkata: Tidak ada cercaan atasmu hari ini, semoga Allah mengampunkan dosamu, dan Dialah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.



Surah Yusuf

 

Ayat 93

اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَذَا فَالْقُوهُ عَلَى وَجْهِ ابِي يَاْتِ بَصِيرًا وَاْتُونِي بِاهْلِكُمْ اجْمَعِينَ

 

Translation

Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan ke muka ayahku nanti ia akan dapat melihat, dan bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya.



Surah Yusuf

 

Ayat 94

وَلَمَّا فَصَلَتْ الْعِيرُ قَالَ ابُوهُمْ اِنِّي لَاجِدُ رِيحَ يُوسُفَ لَوْلَا انْ تُفَنِّدُونِ

 

Translation

Dan semasa kafilah menuju ke tempat bapa mereka, berkatalah bapa mereka: Sesungguhnya aku terhidu bau Yusuf, jika kamu tidak menyangka aku nyanyuk.



Surah Yusuf

 

Ayat 95

قَالُوا تَاللَّهِ اِنَّكَ لَفِي ضَلَلِكَ الْقَدِيمِ

 

Translation

Mereka berkata: Demi Allah! Sesungguhnya ayah masih dalam keadaan tidak siumanmu yang lama.



Surah Yusuf

 

Ayat 96

فَلَمَّا انْ جَاءَ الْبَشِيرُ الْقَهُ عَلَى وَجْهِهِ فَارْتَدَّ بَصِيرًا قَالَ الَمْ اقُلْ لَكُمْ اِنِّي اعْلَمُ مِنْ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

 

Translation

Maka sebaik sahaja datang pembawa berita gembira itu, diletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yakub berkata: Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?



Surah Yusuf

 

Ayat 97

قَالُوا يَابَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا اِنَّا كُنَّا خَطِءينَ

 

Translation

Mereka berkata: Wahai ayah kami! Mohonkanlah keampunan bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang yang bersalah.



Surah Yusuf

 

Ayat 98

قَالَ سَوْفَ اسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي اِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Nabi Yakub berkata: Aku akan mintakan ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Yusuf

 

Ayat 99

فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَى يُوسُفَ ءاوَى اِلَيْهِ ابَوَيْهِ وَقَالَ ادْخُلُوا مِصْرَ اِنْ شَاءَ اللَّهُ ءامِنِينَ

 

Translation

Maka tatkala mereka masuk menemui Yusuf, dipeluk kedua ibu bapanya sambil berkata: Masuklah ke negeri Mesir, insya-Allah kamu berada di dalam aman.



Surah Yusuf

 

Ayat 100

وَرَفَعَ ابَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا وَقَالَ يَابَتِ هَذَا تَاْوِيلُ رُءيَي مِنْ قَبْلُ قَدْ جَعَلَهَا رَبِّي حَقًّا وَقَدْ احْسَنَ بِي اِذْ اخْرَجَنِي مِنْ السِّجْنِ وَجَاءَ بِكُمْ مِنْ الْبَدْوِ مِنْ بَعْدِ انْ نَزَغَ الشَّيْطَنُ ب

 

Translation

Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan berkatalah Yusuf: Wahai ayahku! Inilah dia takbir mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu kemari dari desa sesudah Syaitan merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbir-Nya bagi apa yang dikehendaki-Nya; sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.



Surah Yusuf

 

Ayat 101

رَبِّ قَدْ ءاتَيْتَنِي مِنْ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَاْوِيلِ الْاحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَوَتِ وَالْارْضِ انْتَ وَلِيِّ فِي الدُّنْيَا وَالاْءخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَالْحِقْنِي بِالصَّلِحِينَ

 

Translation

Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan dan mengajarku sebahagian dari ilmu ta'bir mimpi. Wahai Tuhan pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku dunia dan akhirat; matikanlah aku dalam Islam, dan temukanlah aku dengan orang yang salih.



Surah Yusuf

 

Ayat 102

ذَلِكَ مِنْ انْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ اِلَيْكَ وَمَا كُنتَ لَدَيْهِمْ اِذْ اجْمَعُوا امْرَهُمْ وَهُمْ يَمْكُرُونَ

 

Translation

Demikianlah sebahagian dari berita ghaib yang Kami wahikan kepadamu, sedang kamu tidak ada bersama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan, dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat.



Surah Yusuf

 

Ayat 103

وَمَا اكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan kebanyakan manusia tidak beriman walaupun engkau sangat inginkan supaya mereka beriman.



Surah Yusuf

 

Ayat 104

وَمَا تَسْءَلُهُمْ عَلَيْهِ مِنْ اجْرٍ اِنْ هُوَ اِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَلَمِينَ

 

Translation

Padahal engkau tidak meminta kepada mereka upah tentang seruanmu, sedang Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.



Surah Yusuf

 

Ayat 105

وَكَايِّنْ مِنْ ءايَةٍ فِي السَّمَوَتِ وَالْارْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ عَنْهَا مُعْرِضُونَ

 

Translation

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka lalui sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.



Surah Yusuf

 

Ayat 106

وَمَا يُؤْمِنُ اكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ اِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ

 

Translation

Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukan-Nya.



Surah Yusuf

 

Ayat 107

افَامِنُوا انْ تَاْتِيَهُمْ غَشِيَةٌ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ اوْ تَاْتِيَهُمْ السَّاعَةُ بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Adakah mereka merasa aman dari didatangi azab Allah yang meliputi mereka, atau didatangi Kiamat secara tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedarinya?



Surah Yusuf

 

Ayat 108

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي ادْعُوا اِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ انَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَنَ اللَّهِ وَمَا انَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ

 

Translation

Katakanlah: Inilah jalanku, aku menyeru kepada agama Allah atas bukti yang nyata. Aku dan orang yang mengikutiku; Maha Suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.



Surah Yusuf

 

Ayat 109

وَمَا ارْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ اِلَّا رِجَالًا نُوحِي اِلَيْهِمْ مِنْ اهْلِ الْقُرَى افَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْارْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَدَارُ الاْءخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا افَلَا تَعْقِلُونَ

 

Translation

Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki dari penduduk bandar, yang Kami wahikan kepada mereka. Maka mengapa orang itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?



Surah Yusuf

 

Ayat 110

حَتَّى اِذَا اسْتَيْءَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا انَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَنْ نَشَاءُ وَلَا يُرَدُّ بَاْسُنَا عَنْ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

 

Translation

Hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah pertolongan Kami, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan azab Kami tidak akan dapat ditolak daripada kaum yang berdosa.



Surah Yusuf

 

Ayat 111

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِاُوْلِي الْالْبَبِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. Bukanlah ia suatu cerita yang dibuat-buat, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab sebelumnya, dan sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.