Surah Thaahaa

 

Ayat 1

طه

 

Translation

Taa, Haa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 2

مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءانَ لِتَشْقَى

 

Translation

Kami tidak menurunkan Al-Qur'an kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 3

إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَى

 

Translation

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah Allah.



Surah Thaahaa

 

Ayat 4

تَنزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَوَتِ الْعُلَي

 

Translation

Diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.



Surah Thaahaa

 

Ayat 5

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

 

Translation

Iaitu Allah Ar-Rahmaan, yang bersemayam di atas Arasy.



Surah Thaahaa

 

Ayat 6

لَهُ مَا فِي السَّمَوَتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى

 

Translation

Dialah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya, dan yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.



Surah Thaahaa

 

Ayat 7

وَإِنْ تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى

 

Translation

Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa, maka sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.



Surah Thaahaa

 

Ayat 8

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى

 

Translation

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagi-Nyalah segala nama yang baik.



Surah Thaahaa

 

Ayat 9

وَهَلْ أَتَكَ حَدِيثُ مُوسَى

 

Translation

Dan sudahkah sampai kepadamu wahai Muhammad perihal Nabi Musa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 10

إِذْ رَءا نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي ءانَسْتُ نَارًا لَعَلِّي ءاتِيكُمْ مِنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى

 

Translation

Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu penunjuk jalan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 11

فَلَمَّا أَتَهَا نُودِي يَمُوسَى

 

Translation

Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, kedengaran ia diseru: wahai Musa!



Surah Thaahaa

 

Ayat 12

إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

 

Translation

Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.



Surah Thaahaa

 

Ayat 13

وَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَى

 

Translation

Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul, maka dengarlah apa yang akan diwahikan kepadamu.



Surah Thaahaa

 

Ayat 14

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمْ الصَّلَوةَ لِذِكْرِي

 

Translation

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 15

إِنَّ السَّاعَةَ ءاتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى

 

Translation

Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang, Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 16

فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَهُ فَتَرْدَى

 

Translation

Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman dengannya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 17

وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَمُوسَى

 

Translation

Dan apa bendanya yang di tangan kananmu itu wahai Musa?



Surah Thaahaa

 

Ayat 18

قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّؤا عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَى غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَءارِبُ أُخْرَى

 

Translation

Nabi Musa menjawab: Ini tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan, dan aku memukul daun kayu dengannya untuk kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu.



Surah Thaahaa

 

Ayat 19

قَالَ أَلْقِهَا يَمُوسَى

 

Translation

Allah Ta'ala berfirman: Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!



Surah Thaahaa

 

Ayat 20

فَأَلْقَهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَى

 

Translation

Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.



Surah Thaahaa

 

Ayat 21

قَالَ خُذْهَا وَلَا تَخَفْ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا الْأُولَى

 

Translation

Allah berfirman:Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.



Surah Thaahaa

 

Ayat 22

وَاضْمُمْ يَدَكَ إِلَى جَنَاحِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ ءايَةً أُخْرَى

 

Translation

Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.



Surah Thaahaa

 

Ayat 23

لِنُرِيَكَ مِنْ ءايَتِنَا الْكُبْرَى

 

Translation

Berlakunya yang demikian itu kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu, sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.



Surah Thaahaa

 

Ayat 24

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى

 

Translation

Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas.



Surah Thaahaa

 

Ayat 25

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي

 

Translation

Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;



Surah Thaahaa

 

Ayat 26

وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي

 

Translation

Dan mudahkanlah bagiku, tugasku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 27

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي

 

Translation

Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 28

يَفْقَهُوا قَوْلِي

 

Translation

Supaya mereka faham perkataanku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 29

وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي

 

Translation

Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 30

هَرُونَ أَخِي

 

Translation

Iaitu Harun, saudaraku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 31

اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي

 

Translation

Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 32

وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي

 

Translation

Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 33

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا

 

Translation

Supaya kami sentiasa menyebut dan memuji-Mu.



Surah Thaahaa

 

Ayat 34

وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا

 

Translation

Dan supaya kami sentiasa menyebut dan mengingati-Mu.



Surah Thaahaa

 

Ayat 35

إِنَّكَ كُنْتَ بِنَا بَصِيرًا

 

Translation

Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami.



Surah Thaahaa

 

Ayat 36

قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَمُوسَى

 

Translation

Allah berfirman: Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!



Surah Thaahaa

 

Ayat 37

وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَيْكَ مَرَّةً أُخْرَى

 

Translation

Dan demi sesungguhnya! Kami telah pun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.



Surah Thaahaa

 

Ayat 38

إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّكَ مَا يُوحَى

 

Translation

Tatkala Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 39

أَنْ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِي وَعَدُوٌّ لَهُ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عينِي

 

Translation

Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuh-Ku dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan perasaan kasih sayang terhadapmu; dan supaya engkau terpelihara dengan pengawasan-Ku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 40

إِذْ تَمْشِي أُخْتُكَ فَتَقُولُ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَنْ يَكْفُلُهُ فَرَجَعْنَكَ إِلَى أُمِّكَ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ وَقَتَلْتَ نَفْسًا فَنَجَّيْنَكَ مِنْ الْغَمِّ وَفَتَنَّكَ فُتُونًا فَلَبِثْتَ سِنِينَ فِي أَهْلِ مَدْيَنَ ثُمَّ جِئْتَ

 

Translation

Tatkala saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata: Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya? Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenteram hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali; Maka engkau tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk negeri Madyan, kemudian engkau datang pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!



Surah Thaahaa

 

Ayat 41

وَاصْطَنَعْتُكَ لِنَفْسِي

 

Translation

Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi Rasul-Ku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 42

اذْهَبْ أَنْتَ وَأَخُوكَ بِءايَتِي وَلَا تَنِيا فِي ذِكْرِي

 

Translation

Pergilah, engkau dan saudaramu membawa mukjizat-mukjizat-Ku, dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati-ku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 43

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى

 

Translation

Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 44

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

 

Translation

Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga ia beringat atau takut.



Surah Thaahaa

 

Ayat 45

قَالَا رَبَّنَا إِنَّنَا نَخَافُ أَنْ يَفْرُطَ عَلَيْنا أَوْ أَنْ يَطْغَى

 

Translation

Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami, atau ia akan melampaui batas.



Surah Thaahaa

 

Ayat 46

قَالَ لَا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى

 

Translation

Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu mendengar dan melihat.



Surah Thaahaa

 

Ayat 47

فَأْتِيَاهُ فَقُولَا إِنَّا رَسُولَا رَبِّكَ فَأَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَءيلَ وَلَا تُعَذِّبْهُمْ قَدْ جِئْنَكَ بِءايَةٍ مِنْ رَبِّكَ وَالسَّلَمُ عَلَى مَنْ اتَّبَعَ الْهُدَى

 

Translation

Maka pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah: Bahawa kami ini utusan dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani Israil mengikut kami, dan janganlah engkau menyeksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda dari Tuhanmu! Dan selamatlah ke atas orang yang menurut petunjuk agama Allah.



Surah Thaahaa

 

Ayat 48

إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا أَنَّ الْعَذَابَ عَلَى مَنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى

 

Translation

Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa ditimpakan kepada orang yang mendustakan dan berpaling daripada ayat-ayat Allah.



Surah Thaahaa

 

Ayat 49

قَالَ فَمَنْ رَبُّكُمَا يَمُوسَى

 

Translation

Setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu, Firaun berkata: Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?



Surah Thaahaa

 

Ayat 50

قَالَ رَبُّنَا الَّذِي أَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى

 

Translation

Musa menjawab: Tuhan Kami ialah yang telah memberikan segala sesuatu akan makhluk-Nya kemudian Ia menunjukkan akan caranya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 51

قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَى

 

Translation

Firaun bertanya lagi: Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?



Surah Thaahaa

 

Ayat 52

قَالَ عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي فِي كِتَبٍ لَا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنسَى

 

Translation

Nabi Musa menjawab: Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan tidak pernah lupa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 53

الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ الْأَرْضَ مَهْدًا وَسَلَكَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلًا وَأَنزَلَ مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ أَزْوَجًا مِنْ نَبَاتٍ شَتَّى

 

Translation

Dialah Tuhan yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 54

كُلُوا وَارْعَوْا أَنْعَمَكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَتٍ لِأُوْلِي النُّهَى

 

Translation

Makanlah kamu dan beri makanlah binatang ternak kamu; sesungguhnya yang demikian adalah tanda kemurahan Allah bagi orang yang berakal.



Surah Thaahaa

 

Ayat 55

مِنْهَا خَلَقْنَكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى

 

Translation

Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.



Surah Thaahaa

 

Ayat 56

وَلَقَدْ أَرَيْنَهُ ءايَتِنَا كُلَّهَا فَكَذَّبَ وَأَبَى

 

Translation

Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Fir'aun tanda-tanda kekuasaan Kami; dalam pada itu ia mendustakannya dan enggan beriman.



Surah Thaahaa

 

Ayat 57

قَالَ أَجِئْتَنَا لِتُخْرِجَنَا مِنْ أَرْضِنَا بِسِحْرِكَ يَمُوسَى

 

Translation

Firaun berkata: Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?



Surah Thaahaa

 

Ayat 58

فَلَنَأْتِيَنَّكَ بِسِحْرٍ مِثْلِهِ فَاجْعَلْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ مَوْعِدًا لَا نُخْلِفُهُ نَحْنُ وَلَا أَنْتَ مَكَانًا سُوًى

 

Translation

Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak.



Surah Thaahaa

 

Ayat 59

قَالَ مَوْعِدُكُمْ يَوْمُ الزِّينَةِ وَأَنْ يُحْشَرَ النَّاسُ ضُحًى

 

Translation

Nabi Musa menjawab: Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha.



Surah Thaahaa

 

Ayat 60

فَتَوَلَّى فِرْعَوْنُ فَجَمَعَ كَيْدَهُ ثُمَّ أَتَى

 

Translation

Maka Firaun pun berpaling, lalu ia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian ia datang ke tempat perlawanan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 61

قَالَ لَهُمْ مُوسَى وَيْلَكُمْ لَا تَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا فَيُسْحِتَكُمْ بِعَذَابٍ وقدْ خَابَ مَنْ افْتَرَى

 

Translation

Nabi Musa berkata kepada mereka:Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Ia akan membinasakan kamu dengan azab seksa; dan sesungguhnya orang yang berdusta tetap hampa dan kecewa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 62

فَتَنَزَعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ وَأَسَرُّوا النَّجْوَى

 

Translation

Maka mereka pun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai perkara sihir mereka, dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 63

قَالُوا إِنْ هَذَانِ لَسَحِرَنِ يُرِيدَانِ أَنْ يُخْرِجَاكُمْ مِنْ أَرْضِكُمْ بِسِحْرِهِمَا وَيَذْهَبَا بِطَرِيقَتِكُمْ الْمُثْلَى

 

Translation

Mereka berkata: Kedua orang ini, sebenarnya dua ahli sihir yang bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihir mereka, dan hendak melenyapkan kepercayaan serta adat peraturan kamu yang utama.



Surah Thaahaa

 

Ayat 64

فَأَجْمِعُوا كَيْدَكُمْ ثُمَّ ائْتُوا صَفًّا وَقَدْ أَفْلَحَ الْيَوْمَ مَنْ اسْتَعْلَى

 

Translation

Maka satukanlah helah kamu, kemudian datanglah kamu dalam satu barisan; dan sesungguhnya beruntunglah orang yang menang pada hari ini.



Surah Thaahaa

 

Ayat 65

قَالُوا يَمُوسَى إِمَّا أَنْ تُلْقِيَ وَإِمَّا أَنْ نَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى

 

Translation

Mereka berkata: Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?



Surah Thaahaa

 

Ayat 66

قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِنْ سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى

 

Translation

Nabi Musa menjawab: Bahkan kamulah campak dahulu. Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.



Surah Thaahaa

 

Ayat 67

فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُوسَى

 

Translation

Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 68

قُلْنَا لَا تَخَفْ إِنَّكَ أَنْتَ الْأَعْلَى

 

Translation

Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

 

Translation

Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan segala sihir yang mereka lakukan, sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.



Surah Thaahaa

 

Ayat 70

فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا ءامَنَّا بِرَبِّ هَرُونَ وَمُوسَى

 

Translation

maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 71

قَالَ ءامَنْتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ ءاذَنَ لَكُمْ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمْ الَّذِي عَلَّمَكُمْ السِّحْرَ فَلَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ مِنْ خِلَفٍ وَﻷُصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ وَلَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَا أَشَدُّ عَذَابًا وَأَبْقَى

 

Translation

Firaun berkata: Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku izinkan bagi kamu? Sesungguhnya dialah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan berselang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal.



Surah Thaahaa

 

Ayat 72

قَالُوا لَنْ نُؤْثِرَكَ عَلَى مَا جَاءَنَا مِنْ الْبَيِّنَتِ وَالَّذِي فَطَرَنَا فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَوةَ الدُّنْيَا

 

Translation

Mereka menjawab: Kami tidak sekali-kali akan mengutamakan daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang nyata, dan tuhan yang telah menjadikan kita semua. Maka hukumlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.



Surah Thaahaa

 

Ayat 73

إِنَّا ءامَنَّا بِرَبِّنَا لِيَغْفِرَ لَنَا خَطَينَا وَمَا أَكْرَهْتَنَا عَلَيْهِ مِنْ السِّحْرِ وَاللَّهُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

 

Translation

Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkan-Nya kesalahan-kesalahan kami, dan segala yang engkau paksakan akan kami untuk melakukan sihir. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahala-Nya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 74

إِنَّهُ مَنْ يَأْتِ رَبَّهُ مُجْرِمًا فَإِنَّ لَهُ جَهَنَّمَ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَي

 

Translation

Sebenarnya sesiapa yang mendatangi Tuhannya di akhirat sedang ia bersalah, maka sesungguhnya adalah baginya Neraka Jahanam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.



Surah Thaahaa

 

Ayat 75

وَمَنْ يَأْتِهِ مُؤْمِنًا قَدْ عَمِلَ الصَّلِحَتِ فَأُوْلَئِكَ لَهُمْ الدَّرَجَتُ الْعُلَى

 

Translation

Dan sesiapa yang datang kepada-Nya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka itu tempat yang tinggi darjatnya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 76

جَنَّتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَرُ خَلِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاءُ مَنْ تَزَكَّى

 

Translation

Iaitu Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan yang demikian itu ialah balasan orang yang suci.



Surah Thaahaa

 

Ayat 77

وَلَقَدْ أَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي فَاضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِي الْبَحْرِ يَبَسًا لَا تَخَفُ دَرَكًا وَلَا تَخْشَى

 

Translation

Dan sesungguhnya! Kami telah wahikan kepada Nabi Musa: Hendaklah engkau membawa hamba-hambaku keluar mengembara, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada di tangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam.



Surah Thaahaa

 

Ayat 78

فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ بِجُنُودِهِ فَغَشِيَهُمْ مِنْ الْيَمِّ مَا غَشِيَهُمْ

 

Translation

Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 79

وَأَضَلَّ فِرْعَوْنُ قَوْمَهُ وَمَا هَدَى

 

Translation

Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah ia membawa mereka ke jalan yang benar.



Surah Thaahaa

 

Ayat 80

يَبَنِي إِسْرَءيلَ قَدْ أَنجَيْنَكُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ وَوَعَدْنَكُمْ جَانِبَ الطُّورِ الْأَيْمَنَ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكُمْ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى

 

Translation

Wahai Bani Israil! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari seteru kamu, dan Kami telah janjikan kamu di sebelah kanan Gunung Tursina itu; dan Kami turunkan kepada kamu, Manna dan Salwa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 81

كُلُوا مِنْ طَيِّبَتِ مَا رَزَقْنَكُمْ وَلَا تَطْغَوْا فِيهِ فَيَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبِي وَمَنْ يَحْلِلْ عَلَيْهِ غَضَبِي فَقَدْ هَوَى

 

Translation

Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaan-Ku; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia. "



Surah Thaahaa

 

Ayat 82

وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِمَنْ تَابَ وَءامَنَ وَعَمِلَ صَلِحًا ثُمَّ اهْتَدَى

 

Translation

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap menurut petunjuk.



Surah Thaahaa

 

Ayat 83

وَمَا أَعْجَلَكَ عَنْ قَوْمِكَ يَمُوسَى

 

Translation

Dan apakah yang menyebabkan kamu segera datang ke mari lebih dahulu dari kaummu wahai Musa?



Surah Thaahaa

 

Ayat 84

قَالَ هُمْ أُولَاءِ عَلَى أَثَرِي وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضَى

 

Translation

Nabi Musa menjawab: Mereka itu ada mengiringi daku; dan aku segera datang kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Engkau redha akan daku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 85

قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِنْ بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمْ السَّامِرِيُّ

 

Translation

Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah mengenakan fitnah akan kaummu sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Saamiri.



Surah Thaahaa

 

Ayat 86

فَرَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَنَ أَسِفًا قَالَ يَقَوْمِ أَلَمْ يَعِدْكُمْ رَبُّكُمْ وَعْدًا حَسَنًا أَفَطَالَ عَلَيْكُمْ الْعَهْدُ أَمْ أَرَدْتُمْ أَنْ يَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبٌ مِنْ رَبِّكُمْ فَأَخْلَفْتُمْ مَوْعِدِي

 

Translation

Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata: Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa menerima perjanjian itu? Atau kamu sengaja mengkehendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?



Surah Thaahaa

 

Ayat 87

قَالُوا مَا أَخْلَفْنَا مَوْعِدَكَ بِمَلْكِنَا وَلَكِنَّا حُمِّلْنَا أَوْزَارًا مِنْ زِينَةِ الْقَوْمِ فَقَذَفْنَهَا فَكَذَلِكَ أَلْقَى السَّامِرِيُّ

 

Translation

Mereka menjawab: Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang dari perhiasan orang Mesir itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api, maka demikianlah juga Saamiri mencampakkan apa yang dibawanya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 88

فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَهُ خُوَارٌ فَقَالُوا هَذَا إِلَهُكُمْ وَإِلَهُ مُوسَى فَنَسِيَ

 

Translation

Kemudian dia keluarkan untuk mereka seekor anak lembu yang bertubuh dan bersuara, lalu mereka berkata: Inilah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 89

أَفَلَا يَرَوْنَ أَلَّا يَرْجِعُ إِلَيْهِمْ قَوْلًا وَلَا يَمْلِكُ لَهُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا

 

Translation

Apakah mereka tidak berfikir bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak kuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat.



Surah Thaahaa

 

Ayat 90

وَلَقَدْ قَالَ لَهُمْ هَرُونُ مِنْ قَبْلُ يَقَوْمِ إِنَّمَا فُتِنتُمْ بِهِ وَإِنَّ رَبَّكُمْ الرَّحْمَنُ فَاتَّبِعُونِي وَأَطِيعُوا أَمْرِي

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: Wahai kaumku, hanya kamu diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 91

قَالُوا لَنْ نَبْرَحَ عَلَيْهِ عَكِفِينَ حَتَّى يَرْجِعَ إِلَيْنَا مُوسَى

 

Translation

Mereka menjawab: Kami tidak akan meninggalkan menyembah patung ini, kami akan menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami.



Surah Thaahaa

 

Ayat 92

قَالَ يَهَرُونُ مَا مَنَعَكَ إِذْ رَأَيْتَهُمْ ضَلُّوا

 

Translation

Sekembalinya Nabi Musa berkata: Wahai Harun, apakah yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka telah sesat.



Surah Thaahaa

 

Ayat 93

أَلَّا تَتَّبِعَنِ أَفَعَصَيْتَ أَمْرِي

 

Translation

Apakah engkau tidak mengikut aku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?



Surah Thaahaa

 

Ayat 94

قَالَ يَبْنَؤُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي إِنِّي خَشِيتُ أَنْ تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِي إِسْرَءيلَ وَلَمْ تَرْقُبْ قَوْلِي

 

Translation

Nabi Harun menjawab: Wahai anak ibuku! Janganlah engkau merenggut janggutku dan janganlah menarik rambut kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata: Engkau telah memecah belahkan Bani Israil dan engkau tidak mengambil berat pesananku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 95

قَالَ فَمَا خَطْبُكَ يَاسَمِرِيُّ

 

Translation

Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Saamiri lalu bertanya: Apa pula halmu, wahai Saamiri?



Surah Thaahaa

 

Ayat 96

قَالَ بَصُرْتُ بِمَا لَمْ يَبْصُرُوا بِهِ فَقَبَضْتُ قَبْضَةً مِنْ أَثَرِ الرَّسُولِ فَنَبَذْتُهَا وَكَذَلِكَ سَوَّلَتْ لِي نَفْسِي

 

Translation

Ia menjawab: Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 97

قَالَ فَاذْهَبْ فَإِنَّ لَكَ فِي الْحَيَوةِ أَنْ تَقُولَ لَا مِسَاسَ وَإِنَّ لَكَ مَوْعِدًا لَنْ تُخْلَفَهُ وَانظُرْ إِلَى إِلَهِكَ الَّذِي ظَلَتَ عَلَيْهِ عَاكِفًا لَنُحَرِّقَنَّهُ ثُمَّ لَنَنسِفَنَّهُ فِي الْيَمِّ نَسْفًا

 

Translation

Nabi Musa berkata kepada Saamiri: pergilah, kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: Jangan sentuh daku, dan sesungguhnya telah dijanjikan untukmu balasan Akhirat yang engkau tidak akan terlepas darinya. Dan lihatlah kepada tuhanmu yang kamu tetap yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian Kami akan menaburkan serbuknya di laut.



Surah Thaahaa

 

Ayat 98

إِنَّمَا إِلَهُكُمْ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَسِعَ كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا

 

Translation

Sesungguhnya Tuhanmu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuan-Nya akan tiap-tiap sesuatu.



Surah Thaahaa

 

Ayat 99

كَذَلِكَ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ مَا قَدْ سَبَقَ وَقَدْ ءاتَيْنَكَ مِنْ لَدُنَّا ذِكْرًا

 

Translation

Demikianlah Kami ceritakan kepadamu, sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu; dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami peringatan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 100

مَنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَمَةِ وِزْرًا

 

Translation

Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Qur'an itu, maka sesungguhnya ia pada hari Kiamat menanggung beban dosa yang berat.



Surah Thaahaa

 

Ayat 101

خَلِدِينَ فِيهِ وَسَاءَ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَمَةِ حِمْلًا

 

Translation

Mereka kekal di dalam azab dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka di hari Kiamat.



Surah Thaahaa

 

Ayat 102

يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ وَنَحْشُرُ الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ زُرْقًا

 

Translation

Iaitu hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 103

يَتَخَفَتُونَ بَيْنَهُمْ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا عَشْرًا

 

Translation

Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja.



Surah Thaahaa

 

Ayat 104

نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ إِذْ يَقُولُ أَمْثَلُهُمْ طَرِيقَةً إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا يَوْمًا

 

Translation

Kami lebih mengetahui akan apa yang mereka katakan, ketika orang yang lebih tepat pendapatnya berkata: Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 105

وَيَسْءلُونَكَ عَنْ الْجِبَالِ فَقُلْ يَنسِفُهَا رَبِّي نَسْفًا

 

Translation

Dan mereka bertanya kepadamu dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.



Surah Thaahaa

 

Ayat 106

فَيَذَرُهَا قَاعًا صَفْصَفًا

 

Translation

Lalu Ia membiarkan tapak gunung-ganang itu dibumi rata lagi licin.



Surah Thaahaa

 

Ayat 107

لَا تَرَى فِيهَا عِوَجًا وَلَا أَمْتًا

 

Translation

Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.



Surah Thaahaa

 

Ayat 108

يَوْمَئِذٍ يَتَّبِعُونَ الدَّاعِي لَا عِوَجَ لَهُ وَخَشَعَتْ الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمَنِ فَلَا تَسْمَعُ إِلَّا هَمْسًا

 

Translation

Pada hari itu mereka menurut seruan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 109

يَوْمَئِذٍ لَا تَنفَعُ الشَّفَعَةُ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَنُ وَرَضِيَ لَهُ قَوْلًا

 

Translation

Pada hari itu, tidak lagi berfaedah syafaat kecuali orang yang diizinkan oleh Allah, dan orang yang diredhai perkataannya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 110

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْمًا

 

Translation

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka, dan apa yang di belakang mereka dari perkara Akhirat; sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi.



Surah Thaahaa

 

Ayat 111

وَعَنَتْ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا

 

Translation

Dan tunduklah segala muka kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Kekal Mentadbirkan makhluk-Nya; dan sesungguhnya rugilah orang yang memikul kezaliman.



Surah Thaahaa

 

Ayat 112

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنْ الصَّلِحَتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا يَخَافُ ظُلْمًا وَلَا هَضْمًا

 

Translation

Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang amal soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikit pun dari pahalanya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 113

وَكَذَلِكَ أَنزَلْنَاهُ قُرْءانًا عَرَبِيًّا وَصَرَّفْنَا فِيهِ مِنْ الْوَعِيدِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا

 

Translation

Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Qur'an sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan Kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan bagi faedah mereka.



Surah Thaahaa

 

Ayat 114

فَتَعَلَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْءانِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَى إِلَيْكَ وَحْيُهُ وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

 

Translation

Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar. Dan janganlah engkau tergesa-gesa membaca Al-Qur'an sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 115

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى ءادَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

 

Translation

Dan sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman.



Surah Thaahaa

 

Ayat 116

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَئِكَةِ اسْجُدُوا لِاءدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى

 

Translation

Dan tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia enggan sujud.



Surah Thaahaa

 

Ayat 117

فَقُلْنَا يَءادَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنْ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى

 

Translation

Maka Kami berfirman: Wahai Adam, sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; maka janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan yang demikian engkau akan menderita.



Surah Thaahaa

 

Ayat 118

إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَى

 

Translation

Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam syurga itu dan tidak akan bertelanjang.



Surah Thaahaa

 

Ayat 119

وَأَنَّكَ لَا تَظْمَؤا فِيهَا وَلَا تَضْحَى

 

Translation

Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari.



Surah Thaahaa

 

Ayat 120

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَنُ قَالَ يَءادَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى

 

Translation

Maka Syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon khuldi yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?



Surah Thaahaa

 

Ayat 121

فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْءتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَعَصَى ءادَمُ رَبَّهُ فَغَوَى

 

Translation

Maka mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga, dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 122

ثُمَّ اجْتَبَهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَى

 

Translation

Kemudian Tuhannya memilihnya dengan diberi taufik untuk bertaubat, lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.



Surah Thaahaa

 

Ayat 123

قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى

 

Translation

Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari syurga itu bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya ia tidak akan sesat dan ia tidak akan menderita azab.



Surah Thaahaa

 

Ayat 124

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَمَةِ أَعْمَى

 

Translation

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta.



Surah Thaahaa

 

Ayat 125

قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا

 

Translation

Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?



Surah Thaahaa

 

Ayat 126

قَالَ كَذَلِكَ أتَتْكَ ءايَتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى

 

Translation

Allah berfirman: Demikianlah! Telah datang ayat-ayat Kami kepadamu, lalu kamu melupakannya, dan demikianlah kamu pada hari ini dilupakan.



Surah Thaahaa

 

Ayat 127

وَكَذَلِكَ نَجْزِي مَنْ أَسْرَفَ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِءايَتِ رَبِّهِ وَلَعَذَابُ الْاءخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَى

 

Translation

Dan demikianlah Kami membalas akan orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keteranganTuhannya; dan demi sesungguhnya azab Akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.



Surah Thaahaa

 

Ayat 128

أَفَلَمْ يَهْدِ لَهُمْ كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنْ الْقُرُونِ يَمْشُونَ فِي مَسَكِنِهِمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَتٍ لِأُوْلِي النُّهَى

 

Translation

Adakah belum jelas lagi kepada mereka; berapa banyak Kami telah binasakan kaum-kaum sebelum mereka, sedang mereka lalu di tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya yang demikian adalah tanda-tanda bagi orang yang berakal fikiran.



Surah Thaahaa

 

Ayat 129

وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ لَكَانَ لِزَامًا وَأَجَلٌ مُسَمًّى

 

Translation

Dan jikalau tidak kerana telah terdahulu Kalimah Tuhanmu wahai Muhammad, nescaya balasan jenayah mereka sudah semestinya berlaku.



Surah Thaahaa

 

Ayat 130

فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ ءانَائ اليْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَى

 

Translation

Maka bersabarlah engkau wahai Muhammad akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan sebelah siang; supaya engkau mendapat keredhaan-Nya.



Surah Thaahaa

 

Ayat 131

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَجًا مِنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَوةِ الدُّنيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَى

 

Translation

Dan janganlah engkau tujukan pandangan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di Akhirat lebih baik dan lebih kekal.



Surah Thaahaa

 

Ayat 132

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَوةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْءلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَقِبَةُ لِلتَّقْوَى

 

Translation

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.



Surah Thaahaa

 

Ayat 133

وَقَالُوا لَوْلَا يَأْتِينَا بِءايَةٍ مِنْ رَبِّهِ أَوَلَمْ تَأْتِهِمْ بَيِّنَةُ مَا فِي الصُّحُفِ الْأُولَى

 

Translation

Dan mereka yang kafir berkata: Mengapa ia tidak membawa kepada kami satu tanda mukjizat dari Tuhannya? Bukankah telah datang kepada mereka berbagai-bagai keterangan dan khasnya Al-Qur'an yang menjadi kenyataan yang menerangkan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab yang dahulu?



Surah Thaahaa

 

Ayat 134

وَلَوْ أَنَّا أَهْلَكْنَهُمْ بِعَذَابٍ مِنْ قَبْلِهِ لَقَالُوا رَبَّنَا لَوْلَا أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا فَنَتَّبِعَ ءايَتِكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَذِلَّ وَنَخْزَى

 

Translation

Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan suatu azab sebelum datangnya Al-Qur'an ini, tentulah mereka akan berkata: Wahai Tuhan kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat yang dibawanya, sebelum kami menjadi hina dan malu?



Surah Thaahaa

 

Ayat 135

قُلْ كُلٌّ مُتَرَبِّصٌ فَتَرَبَّصُوا فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ أَصْحَبُ الصِّرَطِ السَّوِيِّ وَمَنْ اهْتَدَى

 

Translation

Katakanlah: Masing-masing menunggu; maka tunggulah! Kelak kamu akan mengetahui siapa di atas jalan yang lurus, dan siapa yang mendapat petunjuk.