|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Segala puji bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi-Nyalah segala puji di akhirat; dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang dikeluarkan daripadanya, dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya; dan Dialah yang Maha Mengasihani, lagi Maha Pengampun. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Dan orang kafir berkata: Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami. Katakanlah: Bahkan! demi Tuhanku yang mengetahui perkara yang ghaib, Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Supaya Tuhan membalas orang yang beriman dan beramal soleh; mereka itu akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation Dan orang yang berusaha menentang ayat-ayat Kami; mereka itu akan beroleh azab, dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Dan orang yang diberi ilmu pengetahuan, yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Dan orang kafir berkata: Mahukah kami tunjukkan kepadamu seorang lelaki yang akan menjelaskan kepadamu bahawa apabila kamu hancur sehancur-hancurnya, sesungguhnya kamu akan dihidupkan semula dalam bentuk kejadian yang baharu? |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation Adakah ia berdusta terhadap Allah, atau ada penyakit gila padanya? Bahkan orang yang tidak percaya kepada hari akhirat tetap beroleh azab seksa yang amat buruk dan berada dalam kesesatan yang jauh. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka dari langit dan bumi? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Daud kurnia dari Kami dengan firman: Hai, gunung-ganang ulangilah mengucap tasbih bersama dengannya! Dan begitu juga burung-burung. Kami juga telah melembutkan besi bagi-Nya. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Buatlah baju besi yang luas, dan sempurnakanlah jalinannya; dan kerjakanlah amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Melihat apa yang kamu kerjakan. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 12 | |
|
| |
|
Translation Dan bagi Sulaiman Kami tundukkan angin untuk perjalanannya diwaktu pagi sebulan, dan petangnya sebulan; dan Kami alirkan bagi-Nya mata air dari tembaga; dan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan rasakannya azab neraka. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 13 | |
|
| |
|
Translation Mereka bekerja untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk yang tetap di atas tungkunya. Beramallah kamu wahai keluarga Daud dengan bersyukur kepada Allah! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 14 | |
|
| |
|
Translation Setelah Kami tetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka akan kematiannya melainkan anai-anai yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, nyatalah kepada jin itu, bahawa jika mereka mengetahui hal ghaib, nescaya mereka tidak di dalam azab yang menghina. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 15 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya bagi penduduk Saba, ada tanda-tanda yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kebun, yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun! |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 16 | |
|
| |
|
Translation Maka mereka berpaling, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang besar, dan Kami gantikan kedua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai buah yang pahit, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon bidara. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 17 | |
|
| |
|
Translation Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan tidaklah Kami membalas melainkan kepada orang yang sangat kufur. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 18 | |
|
| |
|
Translation Dan di antara tempat tinggal mereka dengan bandar yang Kami limpahkan berkat kepadanya, Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan, dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya. Berjalanlah kamu di negeri itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dengan aman. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 19 | |
|
| |
|
Translation Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami, dan mereka menzalimi diri sendiri; lalu Kami jadikan mereka buah mulut orang ramai, serta Kami pecah-belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya pada kisah mereka ada tanda-tanda bagi setiap orang yang sabar, lagi bersyukur. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 20 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang yang beriman. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 21 | |
|
| |
|
Translation Dan tiadalah bagi Iblis, kuasa menyesatkan mereka, melainkan sebagai ujian bagi pengetahuan Kami tentang siapakah yang beriman kepada hari akhirat daripada orang yang ragu-ragu terhadapnya. Dan ingatlah Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 22 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang perkongsian dengan Allah dalam mencipta langit dan bumi, dan Allah pula tidak bagi-Nya sebarang pertolongan dari mereka. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 23 | |
|
| |
|
Translation Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan-Nya sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka, berkatalah mereka: Apakah yang dikatakan Tuhanmu? Mereka menjawab: Kebenaran; dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 24 | |
|
| |
|
Translation Bertanyalah: Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Katakanlah: Allah; dan sesungguhnya kami atau kamu tetap di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang jelas nyata. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 25 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan kami, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 26 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Tuhan kita akan menghimpunkan kita semua, kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dialah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 27 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Tunjukkanlah kepadaku tuhanmu yang kamu kaitkan dengan Allah sebagai sekutu. Tidak! bahkan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 28 | |
|
| |
|
Translation Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 29 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka bertanya: Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang yang benar? |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 30 | |
|
| |
|
Translation Jawablah: Untuk kamu disediakan satu hari yang kamu tidak dapat melambatkannya sesaat pun, dan tidak pula kamu dapat menyegerakannya. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 31 | |
|
| |
|
Translation Dan orang kafir berkata: Kami tidak akan beriman kepada Al-Qur'an ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya. Dan kalau kamu melihat ketika orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhan mereka, masing-masing tuduh menuduh antara satu sama lain. Orang yang tertindas berkata kepada orang yang sombong: Kalaulah tidak kerana kamu, tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 32 | |
|
| |
|
Translation Orang yang sombong itu berkata kepada orang yang tertindas: Kamikah yang menghalang kamu daripada menerima petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? Bahkan kamulah orang yang berdosa. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 33 | |
|
| |
|
Translation Dan berkata orang yang tertindas kepada orang yang sombong itu: Tidak! Bahkan perbuatan kamu memperdayakan kami malam dan siang, Terjemahan ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu bagi-Nya. Dan mereka menyatakan perasaan sesal semasa melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 34 | |
|
| |
|
Translation Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri seorang pemberi amaran melainkan orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu utuskan membawanya. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 35 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka berkata lagi: Kami lebih banyak harta benda dan anak-pihak, dan kami tidak akan diseksa. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 36 | |
|
| |
|
Translation Katakan: Sesungguhnya Tuhanku meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki dan menyempitkannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 37 | |
|
| |
|
Translation Dan tidaklah hartamu dan tidak juga anak-pihakmu yang mendampingkan kamu di sisi Kami, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka balasan yang berlipat-ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan ditempatkan dalam mahligai dengan aman sentosa. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 38 | |
|
| |
|
Translation Dan orang yang berusaha menentang ayat-ayat Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri, mereka itu akan berada di dalam azab seksa. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 39 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 40 | |
|
| |
|
Translation Dan pada hari Allah menghimpunkan mereka semua, kemudian Ia bertanya kepada malaikat: Adakah orang ini, menyembah kamu dahulu? |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 41 | |
|
| |
|
Translation Malaikat menjawab: Maha Suci Engkau. Engkaulah pelindung kami bukan mereka. Bahkan mereka adalah menyembah Jin; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 42 | |
|
| |
|
Translation Maka pada hari ini, sebahagian di antara kamu tidak berkuasa memberi sebarang manfaat, dan tidak pula dapat menolak sesuatu bahaya daripadanya: dan Kami katakan kepada orang yang zalim itu: Rasalah azab neraka yang kamu dahulu dustakannya. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 43 | |
|
| |
|
Translation Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang nyata, berkatalah mereka: Orang ini tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalangmu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu; dan mereka berkata lagi: Al-Qur'an ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka; dan berkatalah orang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 44 | |
|
| |
|
Translation Dan Kami tidak pernah memberikan kepada mereka Kitab-kitab untuk dibaca, dan Kami tidak pernah utus kepada mereka sebelummu seorang pemberi amaran. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 45 | |
|
| |
|
Translation Dan umat sebelum mereka telah mendustakannya, sedang mereka itu tidak mencapai sepersepuluh dari apa yang Kami beri kepada umat yang terdahulu itu; lalu mereka mendustakan Rasul-rasul-Ku. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaan-Ku. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 46 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Aku hanyalah menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu hendaklah kamu menghadap kepada Allah berdua-dua atau sendirian kemudian berfikirlah, sebenarnya tidaklah sahabatmu itu berpenyakit gila; ia hanyalah seorang pemberi amaran kepadamu, sebelum datang azab yang berat. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 47 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepadamu maka upah itu adalah untukmu; tidak lain upahku hanyalah dari Allah, dan Ia Maha Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 48 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku, menurunkan wahi dengan perkara yang benar; Ia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 49 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Telah datang kebenaran, dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 50 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang diwahikan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 51 | |
|
| |
|
Translation Dan jika engkau melihat ketika mereka gelisah takut serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya, dan mereka pun diambil dari tempat dekat. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 52 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka berkata: Kami sekarang beriman kepada Allah; dan bagaimana caranya mereka dapat mencapai iman dari tempat yang jauh? |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 53 | |
|
| |
|
Translation Pada hal mereka telah mengingkarinya sebelum itu, dan mereka pula selalu melemparkan tuduhan terhadap kebenaran itu dari tempat yang jauh. |
|
Surah Saba' |
|
|
Ayat 54 | |
|
| |
|
Translation Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman) yang mereka inginkan, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa dahulu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keraguan yang mendalam. |