Surah Saad

 

Ayat 1

ص وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ

 

Translation

Saad; demi Al-Qur'an yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.



Surah Saad

 

Ayat 2

بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي عِزَّةٍ وَشِقَاقٍ

 

Translation

Bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran.



Surah Saad

 

Ayat 3

كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ فَنَادَوْا وَلَاتَ حِينَ مَنَاصٍ

 

Translation

Berapa banyak umat yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat itu bukanlah saat melepaskan diri.



Surah Saad

 

Ayat 4

وَعَجِبُوا أَن جَاءهُم مُّنذِرٌ مِّنْهُمْ وَقَالَ الْكَافِرُونَ هَذَا سَاحِرٌ كَذَّابٌ

 

Translation

Dan mereka merasa hairan, bahawa mereka didatangi pemberi amaran dari kalangan mereka. Dan orang kafir berkata: Ini adalah ahli sihir, lagi pendusta.



Surah Saad

 

Ayat 5

أَجَعَلَ الْآلِهَةَ إِلَهًا وَاحِدًا إِنَّ هَذَا لَشَيْءٌ عُجَابٌ

 

Translation

Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!



Surah Saad

 

Ayat 6

وَانطَلَقَ الْمَلَأُ مِنْهُمْ أَنِ امْشُوا وَاصْبِرُوا عَلَى آلِهَتِكُمْ إِنَّ هَذَا لَشَيْءٌ يُرَادُ

 

Translation

Dan keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka dengan berkata: Berjalanlah dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhanmu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang sangat-sangat dikehendaki.



Surah Saad

 

Ayat 7

مَا سَمِعْنَا بِهَذَا فِي الْمِلَّةِ الْآخِرَةِ إِنْ هَذَا إِلَّا اخْتِلَاقٌ

 

Translation

Kami tidak pernah mendengar tentang itu dalam agama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata.



Surah Saad

 

Ayat 8

أَأُنزِلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ مِن بَيْنِنَا بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ مِّن ذِكْرِي بَلْ لَمَّا يَذُوقُوا عَذَابِ

 

Translation

Patutkah wahi peringatan itu diturunkan kepadanya di antara kita? Bahkan mereka ragu-ragu tentang peringatan-Ku itu, Bahkan mereka belum lagi merasai azab.



Surah Saad

 

Ayat 9

أَمْ عِندَهُمْ خَزَائِنُ رَحْمَةِ رَبِّكَ الْعَزِيزِ الْوَهَّابِ

 

Translation

Adakah di sisi mereka perbendaharaan rahmat Tuhanmu Yang Maha Kuasa, lagi Yang Maha Melimpah pemberian-Nya?



Surah Saad

 

Ayat 10

أَمْ لَهُم مُّلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَلْيَرْتَقُوا فِي الْأَسْبَابِ

 

Translation

Atau adakah mereka menguasai langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya? Jika ada, maka biarlah mereka mendaki tangga-tangga langit.



Surah Saad

 

Ayat 11

جُندٌ مَّا هُنَالِكَ مَهْزُومٌ مِّنَ الْأَحْزَابِ

 

Translation

Satu pasukan tentera dari kumpulan-kumpulan yang menentang kebenaran, yang pada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan.



Surah Saad

 

Ayat 12

كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَعَادٌ وَفِرْعَوْنُ ذُو الْأَوْتَادِ

 

Translation

Sebelum mereka itu, kaum Nabi Nuh, dan 'Aad, serta Firaun yang mempunyai kerajaan yang kuat, telah juga mendustakan Rasul masing-masing.



Surah Saad

 

Ayat 13

وَثَمُودُ وَقَوْمُ لُوطٍ وَأَصْحَابُ الأَيْكَةِ أُوْلَئِكَ الْأَحْزَابُ

 

Translation

Dan Thamud, dan kaum Nabi Lut, serta penduduk Aikah; merekalah kumpulan-kumpulan yang menentang kebenaran.



Surah Saad

 

Ayat 14

إِن كُلٌّ إِلَّا كَذَّبَ الرُّسُلَ فَحَقَّ عِقَابِ

 

Translation

Tidak ada satupun dari kaum-kaum yang tersebut, melainkan telah mendustakan Rasul-rasul; maka berhaklah mereka ditimpa azab.



Surah Saad

 

Ayat 15

وَمَا يَنظُرُ هَؤُلَاء إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً مَّا لَهَا مِن فَوَاقٍ

 

Translation

Dan orang yang menentang Nabi Muhammad, tidak menunggu melainkan satu jeritan suara yang tidak akan berulang lagi.



Surah Saad

 

Ayat 16

وَقَالُوا رَبَّنَا عَجِّل لَّنَا قِطَّنَا قَبْلَ يَوْمِ الْحِسَابِ

 

Translation

Dan mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal.



Surah Saad

 

Ayat 17

اصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَاذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُودَ ذَا الْأَيْدِ إِنَّهُ أَوَّابٌ

 

Translation

Bersabarlah terhadap apa yang mereka katakan, dan ingatlah hamba Kami Daud, yang memiliki kekuatan; sesungguhnya ia seorang yang kembali bertaubat.



Surah Saad

 

Ayat 18

إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِشْرَاقِ

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan pagi.



Surah Saad

 

Ayat 19

وَالطَّيْرَ مَحْشُورَةً كُلٌّ لَّهُ أَوَّابٌ

 

Translation

Dan Kami mudahkan unggas turut berhimpun untuk bertasbih memuji Kami; tiap-tiap satunya kembali bertaubat kepada-Nya.



Surah Saad

 

Ayat 20

وَشَدَدْنَا مُلْكَهُ وَآتَيْنَاهُ الْحِكْمَةَ وَفَصْلَ الْخِطَابِ

 

Translation

Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya kebijaksanaan dan kepetahan berkata-kata.



Surah Saad

 

Ayat 21

وَهَلْ أَتَاكَ نَبَأُ الْخَصْمِ إِذْ تَسَوَّرُوا الْمِحْرَابَ

 

Translation

Dan sudahkah sampai kepadamu berita orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat.



Surah Saad

 

Ayat 22

إِذْ دَخَلُوا عَلَى دَاوُودَ فَفَزِعَ مِنْهُمْ قَالُوا لَا تَخَفْ خَصْمَانِ بَغَى بَعْضُنَا عَلَى بَعْضٍ فَاحْكُم بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَلَا تُشْطِطْ وَاهْدِنَا إِلَى سَوَاء الصِّرَاطِ

 

Translation

Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: Janganlah takut, Kami ini adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui batas keadilan, serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.



Surah Saad

 

Ayat 23

إِنَّ هَذَا أَخِي لَهُ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ نَعْجَةً وَلِيَ نَعْجَةٌ وَاحِدَةٌ فَقَالَ أَكْفِلْنِيهَا وَعَزَّنِي فِي الْخِطَابِ

 

Translation

Sebenarnya orang ini ialah saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dia berkata: Serahkanlah yang seekor itu kepadaku, dan ia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu.



Surah Saad

 

Ayat 24

قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَى نِعَاجِهِ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنْ الْخُلَطَاء لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَّا هُمْ وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ فَاسْتَغْفَرَ رَ

 

Translation

Nabi Daud berkata: Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu sebagai tambahan kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang yang bergaul itu, setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang yang beriman dan beramal salih; sedang mereka amatlah sedikit! Dan Nabi Daud mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya, lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia kembali bertaubat.



Surah Saad

 

Ayat 25

فَغَفَرْنَا لَهُ ذَلِكَ وَإِنَّ لَهُ عِندَنَا لَزُلْفَى وَحُسْنَ مَآبٍ

 

Translation

Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang baik.



Surah Saad

 

Ayat 26

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

 

Translation

Wahai Daud, sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan benar; dan janganlah kamu menurut nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.



Surah Saad

 

Ayat 27

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ

 

Translation

Dan tiadalah kami ciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang sia-sia; yang demikian adalah sangkaan orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang yang kafir itu dari azab neraka.



Surah Saad

 

Ayat 28

أَمْ نَجْعَلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَالْمُفْسِدِينَ فِي الْأَرْضِ أَمْ نَجْعَلُ الْمُتَّقِينَ كَالْفُجَّارِ

 

Translation

Patutkah Kami jadikan orang yang beriman dan beramal salih itu sama seperti orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah kami jadikan orang yang bertakwa sama seperti orang yang berdosa?



Surah Saad

 

Ayat 29

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

 

Translation

Inilah Kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan keberkatan, untuk mereka perhatikan ayat-ayatnya, dan agar orang yang berakal mengambil iktibar.



Surah Saad

 

Ayat 30

وَوَهَبْنَا لِدَاوُودَ سُلَيْمَانَ نِعْمَ الْعَبْدُ إِنَّهُ أَوَّابٌ

 

Translation

Dan Kami telah kurniakan anak kepada Nabi Daud bernama Sulaiman; ia adalah sebaik-baik hamba, lagi sentiasa rujuk kembali bertaubat.



Surah Saad

 

Ayat 31

إِذْ عُرِضَ عَلَيْهِ بِالْعَشِيِّ الصَّافِنَاتُ الْجِيَادُ

 

Translation

Tatkala Nabi Sulaiman dipertunjukkan kepadanya pada suatu petang, sekumpulan kuda yang diam semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.



Surah Saad

 

Ayat 32

فَقَالَ إِنِّي أَحْبَبْتُ حُبَّ الْخَيْرِ عَن ذِكْرِ رَبِّي حَتَّى تَوَارَتْ بِالْحِجَابِ

 

Translation

Sulaiman berkata: Sesungguhnya aku mengutamakan kesukaanku daripada mengingati Tuhanku, sehingga matahari melindungi dirinya di belakang tabir.



Surah Saad

 

Ayat 33

رُدُّوهَا عَلَيَّ فَطَفِقَ مَسْحًا بِالسُّوقِ وَالْأَعْنَاقِ

 

Translation

Bawa balik kuda itu kepadaku; lalu ia pun mengusap betis dan leher kuda itu seekor demi seekor.



Surah Saad

 

Ayat 34

وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَانَ وَأَلْقَيْنَا عَلَى كُرْسِيِّهِ جَسَدًا ثُمَّ أَنَابَ

 

Translation

Dan sesungguhnya! Kami telah menguji Sulaiman, dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad; kemudian ia kembali bertaubat kepada Kami.



Surah Saad

 

Ayat 35

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَّا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

 

Translation

Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunilah aku, dan kurniakanlah kepadaku kerajaan yang tidak ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; Sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.



Surah Saad

 

Ayat 36

فَسَخَّرْنَا لَهُ الرِّيحَ تَجْرِي بِأَمْرِهِ رُخَاء حَيْثُ أَصَابَ

 

Translation

Maka Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.



Surah Saad

 

Ayat 37

وَالشَّيَاطِينَ كُلَّ بَنَّاء وَغَوَّاصٍ

 

Translation

Dan Kami mudahkan baginya memerintah Jin Syaitan; semuanya pandai mendirikan bangunan dan ahli penyelam.



Surah Saad

 

Ayat 38

وَآخَرِينَ مُقَرَّنِينَ فِي الْأَصْفَادِ

 

Translation

Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.



Surah Saad

 

Ayat 39

هَذَا عَطَاؤُنَا فَامْنُنْ أَوْ أَمْسِكْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

 

Translation

Inilah pemberian Kami, maka berikanlah kepada sesiapa yang engkau suka, atau tahankanlah pemberian itu; dengan tidak ada sebarang hitungan.



Surah Saad

 

Ayat 40

وَإِنَّ لَهُ عِندَنَا لَزُلْفَى وَحُسْنَ مَآبٍ

 

Translation

Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya pada hari akhirat kelak.



Surah Saad

 

Ayat 41

وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ

 

Translation

Dan ingatlah hamba Kami Nabi Ayub, ketika ia berdoa kepada Tuhannya: Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan kesusahan dan azab seksa.



Surah Saad

 

Ayat 42

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

 

Translation

(Maka kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya: Hentakkanlah bumi dengan kakimu, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin.



Surah Saad

 

Ayat 43

وَوَهَبْنَا لَهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُم مَّعَهُمْ رَحْمَةً مِّنَّا وَذِكْرَى لِأُوْلِي الْأَلْبَابِ

 

Translation

Dan kami kurniakan kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagi satu rahmat dari kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang berakal.



Surah Saad

 

Ayat 44

وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَاضْرِب بِّهِ وَلَا تَحْنَثْ إِنَّا وَجَدْنَاهُ صَابِرًا نِعْمَ الْعَبْدُ إِنَّهُ أَوَّابٌ

 

Translation

Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): Ambillah dengan tanganmu seikat jerami maka pukullah isterimu dengannya; dan janganlah kamu merosakkan sumpahmu itu. Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya.



Surah Saad

 

Ayat 45

وَاذْكُرْ عِبَادَنَا إبْرَاهِيمَ وَإِسْحَقَ وَيَعْقُوبَ أُوْلِي الْأَيْدِي وَالْأَبْصَارِ

 

Translation

Dan ingatlah hamba-hamba Kami, Ibrahim, Ishaq dan Yaqub, yang mempunyai kekuatan dan pandangan yang mendalam tentang agamanya.



Surah Saad

 

Ayat 46

إِنَّا أَخْلَصْنَاهُم بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.



Surah Saad

 

Ayat 47

وَإِنَّهُمْ عِندَنَا لَمِنَ الْمُصْطَفَيْنَ الْأَخْيَارِ

 

Translation

Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang pilihan yang sebaik-baiknya.



Surah Saad

 

Ayat 48

وَاذْكُرْ إِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَذَا الْكِفْلِ وَكُلٌّ مِّنْ الْأَخْيَارِ

 

Translation

Dan ingatlah Ismail, Alyasak, dan Zulkifli; dan mereka adalah dari orang yang terpilih.



Surah Saad

 

Ayat 49

هَذَا ذِكْرٌ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَآبٍ

 

Translation

Ini adalah peringatan bagi mereka. Dan sesungguhnya bagi orang yang bertakwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya.



Surah Saad

 

Ayat 50

جَنَّاتِ عَدْنٍ مُّفَتَّحَةً لَّهُمُ الْأَبْوَابُ

 

Translation

Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka.



Surah Saad

 

Ayat 51

مُتَّكِئِينَ فِيهَا يَدْعُونَ فِيهَا بِفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ وَشَرَابٍ

 

Translation

Mereka bersukaria dalam Syurga itu sambil berteleku di atas pelamin; sambil meminta buah-buahan dan minuman yang berbagai jenis dan kelazatannya.



Surah Saad

 

Ayat 52

وَعِندَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ أَتْرَابٌ

 

Translation

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu kepada mereka semata, lagi yang sebaya umurnya.



Surah Saad

 

Ayat 53

هَذَا مَا تُوعَدُونَ لِيَوْمِ الْحِسَابِ

 

Translation

Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!



Surah Saad

 

Ayat 54

إِنَّ هَذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُ مِن نَّفَادٍ

 

Translation

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.



Surah Saad

 

Ayat 55

هَذَا وَإِنَّ لِلطَّاغِينَ لَشَرَّ مَآبٍ

 

Translation

Nikmat-nikmat ini adalah untuk orang yang bertakwa. Dan sesungguhnya bagi orang yang zalim adalah seburuk-buruk tempat kembali.



Surah Saad

 

Ayat 56

جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا فَبِئْسَ الْمِهَادُ

 

Translation

Iaitu Neraka Jahanam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahanam.



Surah Saad

 

Ayat 57

هَذَا فَلْيَذُوقُوهُ حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ

 

Translation

Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, iaitu air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir untuk minuman mereka;



Surah Saad

 

Ayat 58

وَآخَرُ مِن شَكْلِهِ أَزْوَاجٌ

 

Translation

Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi.



Surah Saad

 

Ayat 59

هَذَا فَوْجٌ مُّقْتَحِمٌ مَّعَكُمْ لَا مَرْحَبًا بِهِمْ إِنَّهُمْ صَالُوا النَّارِ

 

Translation

Inilah golongan yang masuk berasak-asak bersama kamu. Tidak ada ucapan selamat untuk mereka kerana mereka pun akan masuk neraka.



Surah Saad

 

Ayat 60

قَالُوا بَلْ أَنتُمْ لَا مَرْحَبًا بِكُمْ أَنتُمْ قَدَّمْتُمُوهُ لَنَا فَبِئْسَ الْقَرَارُ

 

Translation

Pengikut mereka menjawab: Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab kepada kami, Maka amatlah buruknya Neraka ini sebagai tempat penetapan.



Surah Saad

 

Ayat 61

قَالُوا رَبَّنَا مَن قَدَّمَ لَنَا هَذَا فَزِدْهُ عَذَابًا ضِعْفًا فِي النَّارِ

 

Translation

Mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab yang berlipat-ganda di dalam neraka.



Surah Saad

 

Ayat 62

وَقَالُوا مَا لَنَا لَا نَرَى رِجَالًا كُنَّا نَعُدُّهُم مِّنَ الْأَشْرَارِ

 

Translation

Dan penduduk Neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri; Mengapa kita tidak melihat orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang jahat?



Surah Saad

 

Ayat 63

أَتَّخَذْنَاهُمْ سِخْرِيًّا أَمْ زَاغَتْ عَنْهُمُ الْأَبْصَارُ

 

Translation

Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?



Surah Saad

 

Ayat 64

إِنَّ ذَلِكَ لَحَقٌّ تَخَاصُمُ أَهْلِ النَّارِ

 

Translation

Sesungguhnya segala yang diterangkan itu adalah benar, iaitu perbalahan dan cercaan penduduk Neraka sesama sendiri.



Surah Saad

 

Ayat 65

قُلْ إِنَّمَا أَنَا مُنذِرٌ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

 

Translation

Katakanlah: Sesungguhnya aku hanyalah seorang Pemberi amaran, dan tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.



Surah Saad

 

Ayat 66

رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ

 

Translation

Tuhan yang mencipta langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang Maha Pengampun.



Surah Saad

 

Ayat 67

قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ

 

Translation

Katakanlah: Apa yang aku terangkan itu, adalah berita penting yang sangat-sangat besar faedahnya.



Surah Saad

 

Ayat 68

أَنتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ

 

Translation

Yang kamu terus mengingkarinya.



Surah Saad

 

Ayat 69

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

 

Translation

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi iaitu malaikat, semasa mereka bersoal jawab.



Surah Saad

 

Ayat 70

إِن يُوحَى إِلَيَّ إِلَّا أَنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Tiadalah diwahikan kepadaku melainkan kerana sesungguhnya aku seorang Rasul pemberi amaran yang nyata.



Surah Saad

 

Ayat 71

إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِن طِينٍ

 

Translation

Ingatkanlah peristiwa tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah.



Surah Saad

 

Ayat 72

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

 

Translation

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.



Surah Saad

 

Ayat 73

فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ

 

Translation

Setelah selesai kejadian Adam maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali.



Surah Saad

 

Ayat 74

إِلَّا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنْ الْكَافِرِينَ

 

Translation

Melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur serta menjadilah ia dari golongan yang kafir.



Surah Saad

 

Ayat 75

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ

 

Translation

Allah berfirman: Hai Iblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada apa yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaan-Ku? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?



Surah Saad

 

Ayat 76

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ

 

Translation

Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya; Engkau ciptakan aku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.



Surah Saad

 

Ayat 77

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ

 

Translation

Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripada syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.



Surah Saad

 

Ayat 78

وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي إِلَى يَوْمِ الدِّينِ

 

Translation

Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat!



Surah Saad

 

Ayat 79

قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

 

Translation

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! maka berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan.



Surah Saad

 

Ayat 80

قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ

 

Translation

Allah berfirman: Maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.



Surah Saad

 

Ayat 81

إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ

 

Translation

Hingga ke hari masa yang termaklum.



Surah Saad

 

Ayat 82

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Iblis berkata: Demi kuatkuasa-Mu wahai Tuhanku, aku akan menyesatkan mereka semuanya.



Surah Saad

 

Ayat 83

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

 

Translation

Kecuali hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.



Surah Saad

 

Ayat 84

قَالَ فَالْحَقُّ وَالْحَقَّ أَقُولُ

 

Translation

Allah berfirman: Maka yang benar adalah sumpah-Ku, dan hanya kebenaranlah yang Aku firmankan.



Surah Saad

 

Ayat 85

لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكَ وَمِمَّن تَبِعَكَ مِنْهُمْ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan jenismu dan dengan orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam semuanya.



Surah Saad

 

Ayat 86

قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ

 

Translation

Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sebarang bayaran atas dakwahku itu, dan bukanlah aku dari orang yang mengada-ada.



Surah Saad

 

Ayat 87

إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ

 

Translation

Al-Qur'an tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.



Surah Saad

 

Ayat 88

وَلَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ

 

Translation

Dan sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran Al-Quran yang diterangkannya, tidak lama lagi.