Surah Ar Ra'd

 

Ayat 1

المر تِلكَ ءايت الكتب وَالذِي انزِل اليْكَ منْ ربِّكَ الحَقُّ وَلكِنَّ اكْثَر النَّاسِ لا يُؤْمنُونَ

 

Translation

Alif, Laam, Miim, Raa. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur'an); dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mahu beriman.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 2

اللهُ الذِي رفَعَ السَّموَتِ بِغَيْر عَمدٍ تَروْنَهَا ثُم اسْتَوَى عَلى العَرشِ وَسَخَّر الشَّمسَ وَالقَمر كُل يَجْري لاجَل مسَمى يُدَبِّر الامر يُفَصِّل الاءيت لعَلكُم بِلقَاء ربِّكُم تُوقِنُونَ

 

Translation

Allah jualah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia menundukkan matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar untuk suatu masa yang ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk menerima balasan.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 3

وَهُوَ الذِي مدَّ الارضَ وَجَعَل فِيهَا روَسِيَ وَانْهَرا وَمنْ كُل الثَّمرتِ جَعَل فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ يُغْشِي اليْل النَّهَار انَّ فِي ذَلكَ لاءيت لقَوْم يَتَفَكَّرونَ

 

Translation

Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang dan sungai-sungai. Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan berpasangan dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 4

وَفِي الارضِ قِطَعٌ متَجَوِرتٌ وَجنت منْ اعْنَبٍ وَزَرعٌ وَنَخِيل صِنْوَنٌ وَغَيْر صِنْوَنٍ يُسْقَى بِماء وَحِدَ وَنُفَضِّل بَعْضَهَا عَلى بَعْضٍ فِي الاكُل انَّ فِي ذَلكَ لاءيت لقَوْم يَعْقِلونَ

 

Translation

Dan di bumi ada beberapa bahagian tanah yang berdekatan; dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain pada rasanya. Bahawa yang demikian itu ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berfikir serta memahaminya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 5

وَانْ تَعْجَبْ فَعَجَبٌ قَوْلهُم اءذَا كُنَّا تُربًا اءنَّا لفِي خَلقٍ جَدِيدٍ اوْلئِكَ الذِينَ كَفَروا بِربِّهِم وَاوْلئِكَ الاغْلل فِي اعْنَقِهِم وَاوْلئِكَ اصْحَبُ النَّار هُم فِيهَا خَلدُونَ

 

Translation

Dan jika kamu merasa hairan, maka sungguh menghairankan perkataan mereka: Adakah apabila kami telah menjadi tanah, apakah kami akan dijadikan yang baru? Mereka itulah yang kufurkan Tuhan mereka, dan mereka dibelenggu di leher mereka; dan merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 6

وَيَسْتَعْجِلونَكَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْل الحَسَنَةِ وَقَدْ خَلتْ منْ قَبْلهِم المثُلتُ وَانَّ ربَّكَ لذُو مغْفِرةٍ للنَّاسِ عَلى ظُلمهِم وَانَّ ربَّكَ لشَدِيدُ العِقَابِ

 

Translation

Dan mereka meminta kepadamu disegerakan kedatangan azab sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku contoh-contoh azab sebelum mereka. Dan sesungguhnya Tuhanmu Amat melimpah keampunan-Nya bagi manusia terhadap kezaliman mereka, dan sesungguhnya Tuhanmu juga Amatlah keras balasan azab-Nya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 7

وَيَقُول الذِينَ كَفَروا لوْلا انزِل عَليْهِ ءاية منْ ربِّهِ انَّما انْتَ منذِر وَلكُل قَوْم هَادٍ

 

Translation

Dan berkatalah orang yang kafir: Mengapa tidak diturunkan kepada Muhammad sesuatu mukjizat dari Tuhannya? Sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran, dan tiap-tiap umat ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 8

اللهُ يَعْلم ما تَحْمل كُل انثَى وَما تَغِيضُ الارحَام وَما تَزْدَادُ وَكُل شَيْء عِنْدَهُ بِمقْدَار

 

Translation

Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap ibu, dan apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan kadar yang tertentu.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 9

عَلم الغَيْبِ وَالشَّهَدَةِ الكَبِير المتَعَال

 

Translation

Dialah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 10

سَوَاء منْكُم منْ اسَر القَوْل وَمنْ جَهَر بِهِ وَمنْ هُوَ مسْتَخْفٍ بِاليْل وَسَاربٌ بِالنَّهَار

 

Translation

Sama sahaja bagi-Nya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 11

لهُ معَقِّبَتٌ منْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمنْ خَلفِهِ يَحْفَظُونَهُ منْ امر اللهِ انَّ اللهَ لا يُغَيِّر ما بِقَوْم حَتَّى يُغَيِّروا ما بِانفُسِهِم وَاذَا ارادَ اللهُ بِقَوْم سُوءا فَلا مردَّ لهُ وَما لهُم منْ دُونِهِ منْ وَال

 

Translation

Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 12

هُوَ الذِي يُريكُم البَرقَ خَوْفًا وَطَمعًا وَيُنْشِئُ السَّحَابَ الثِّقَال

 

Translation

Dialah yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan rasa takut dan harapan akan hujan; dan Ia yang menjadikan awan mendung.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 13

وَيُسَبِّحُ الرعْدُ بِحَمدِهِ وَالملئكة منْ خِيفَتِهِ وَيُرسِل الصَّوَعِقِ فَيُصِيبُ بِهَا منْ يَشَاء وَهُم يُجَدِلونَ فِي اللهِ وَهُوَ شَدِيدُ المحَال

 

Translation

Dan bertasbih guruh dan malaikat memuji-Nya, kerana takut kepada-Nya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu mengenakan panahannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Ia Amat keras azab seksa-Nya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 14

لهُ دَعْوَةُ الحَقِّ وَالذِينَ يَدْعُونَ منْ دُونِهِ لا يَسْتَجِيبُونَ لهُم بِشَيْء الا كَبَسِطِ كَفَّيْهِ الى الماء ليَبْلغَ فَاهُ وَما هُوَ بِبَلغِهِ وَما دُعَؤا الكَفِرينَ الا فِي ضَلل

 

Translation

Kuasa menerima ibadat yang benar tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah selain dari Allah, tidak dapat memberikan kepada mereka, sesuatu pun, melainkan seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 15

وَللهِ يَسْجُدُ منْ فِي السَّموَتِ وَالارضِ طَوْعًا وَكَرهًا وَظِللهُم بِالغُدُوِّ وَالاءصَال

 

Translation

Dan kepada Allah bersujud segala yang ada di langit dan bumi dengan sukarela atau terpaksa; dan juga bayang-bayang mereka di waktu pagi dan petang.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 16

قُل منْ ربُّ السَّموَتِ وَالارضِ قُل اللهُ قُل افَاتَّخَذْتُم منْ دُونِهِ اوْليَاء لا يَملكُونَ لانفُسِهِم نَفْعًا وَلا ضَرا قُل هَل يَسْتَوِي الاعْمى وَالبَصِير ام هَل تَسْتَوِي الظُلمتٍ وَالنُّور ام جَعَلوا للهِ شُركَاء خَلقُوا كَخَلقِهِ فَتَشَبَهَ الخَ

 

Translation

Katakanlah: Siapakah Tuhan langit dan bumi? Jawablah: Allah. Katakan lagi: Patutkah kamu mengambil dari yang selain Allah sebagai pelindung, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Katakanlah: Adakah sama orang buta dengan yang celik? Atau adakah sama gelap dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaan-Nya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 17

انزَل منْ السَّماء ماء فَسَالتْ اوْدِيَةٌ بِقَدَرهَا فَاحْتَمل السَّيْل زَبَدًا رابِيًا وَمما يُوقِدُونَ عَليْهِ فِي النَّار ابْتِغَاء حِليَةٍ اوْ متَعٍ زَبَدٌ مثْلهُ كَذَلكَ يَضْربُ اللهُ الحَقَّ وَالبَطِل فَاما الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاء وَاما ما يَنفَ

 

Translation

Ia menurunkan air dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah menurut kadarnya, kemudian banjir itu membawa buih yang mengembang. Dan dari apa yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakasan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia tak berharga, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal perbandingan.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 18

للذِينَ اسْتَجَابُوا لربِّهِم الحُسْنَى وَالذِينَ لم يَسْتَجِيبُوا لهُ لوْ انَّ لهُم ما فِي الارضِ جَميعًا وَمثْلهُ معَهُ لافْتَدَوْا بِهِ اوْلئِكَ لهُم سُوء الحِسَابِ وَماوَهُم جَهَنَّم وَبِئْسَ المهَادُ

 

Translation

Bagi orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang baik; dan orang yang tidak menyahut seruan-Nya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. Mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang buruk, serta tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 19

افَمنْ يَعْلم انَّما انزِل اليْكَ منْ ربِّكَ الحَقُّ كَمنْ هُوَ اعْمى انَّما يَتَذَكَّر اوْلوا الالبَبِ

 

Translation

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang yang berakal sempurna.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 20

الذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللهِ وَلا يَنقُضُونَ الميثَقَ

 

Translation

Iaitu orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak perjanjian itu.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 21

وَالذِينَ يَصِلونَ ما امر اللهُ بِهِ انْ يُوصَل وَيَخْشَوْنَ ربَّهُم وَيَخَافُونَ سُوء الحِسَابِ

 

Translation

Dan orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran hitungan amal.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 22

وَالذِينَ صَبَروا ابْتِغَاء وَجْهِ ربِّهِم وَاقَاموا الصَّلوةَ وَانفَقُوا مما رزَقْنَهُم سِرا وَعَلانِيَةً وَيَدْرءونَ بِالحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ اوْلئِكَ لهُم عُقْبَى الدَّار

 

Translation

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terang; dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 23

جنت عَدْنٍ يَدْخُلونَهَا وَمنْ صَلحَ منْ ءابَائِهِم وَازْوَجِهِم وَذُريَّتِهِم وَالملئكة يَدْخُلونَ عَليْهِم منْ كُل بَابٍ

 

Translation

Iaitu Syurga Adn, yang mereka akan memasukinya bersama orang yang soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka, sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 24

سَلم عَليْكُم بِما صَبَرتُم فَنِعْم عُقْبَى الدَّار

 

Translation

Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amalmu.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 25

وَالذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللهِ منْ بَعْدِ ميثَقِهِ وَيَقْطَعُونَ ما امر اللهُ بِهِ انْ يُوصَل وَيُفْسِدُونَ فِي الارضِ اوْلئِكَ لهُم اللعْنَةُ وَلهُم سُوء الدَّار

 

Translation

Dan orang yang merombak perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka membuat kerosakan di muka bumi, mereka itu beroleh laknat, dan bagi mereka pula balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 26

اللهُ يَبْسُطُ الرزْقَ لمنْ يَشَاء وَيَقْدِر وَفَرحُوا بِالحيوة الدُّنْيَا وَما الحيوة الدُّنْيَا فِي الاءخِرةِ الا متع

 

Translation

Allah meluas dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan mereka bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sedikit berbanding dengan kehidupan hari akhirat.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 27

وَيَقُول الذِينَ كَفَروا لوْلا انزِل عَليْهِ ءاية منْ ربِّهِ قُل انَّ اللهَ يُضِل منْ يَشَاء وَيَهْدِي اليْهِ منْ انَابَ

 

Translation

Dan orang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan kepada Muhammad satu mukjizat dari Tuhannya? Katakanlah: Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan memberi petunjuk sesiapa yang rujuk kepada-Nya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 28

الذِينَ ءامنوا وَتَطْمئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكْر اللهِ الا بِذِكْر اللهِ تَطْمئِنُّ القُلوبُ

 

Translation

Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 29

الذِينَ ءامنوا وَعَملوا الصَّلحَتِ طُوبَى لهُم وَحُسْنُ مءابٍ

 

Translation

Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 30

كَذَلكَ ارسَلنَكَ فِي امةٍ قَدْ خَلتْ منْ قَبْلهَا امم لتَتْلوا عَليْهِم الذِي اوْحَيْنَا اليْكَ وَهُم يَكْفُرونَ بِالرحْمنِ قُل هُوَ ربِّي لا الهَ الا هُوَ عَليْهِ تَوَكَّلتُ وَاليْهِ متَابِ

 

Translation

Demikianlah Kami utuskan kamu kepada satu umat, yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka apa yang Kami wahikan kepadamu, sedang mereka kufur kepada Ar-Rahman. Katakanlah: Dialah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Kepada-Nyalah tempat kembaliku.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 31

وَلوْ انَّ قُرءانًا سُيِّرتْ بِهِ الجِبَال اوْ قُطِّعَتْ بِهِ الارضُ اوْ كُلم بِهِ الموْتَى بَل للهِ الامر جَميعًا افَلم يَايْءَسْ الذِينَ ءامنوا انْ لوْ يَشَاء اللهُ لهَدَى النَّاسَ جَميعًا وَلا يَزَال الذِينَ كَفَروا تُصِيبُهُم بِما صَنَعُوا قَارعَةٌ او

 

Translation

Dan kalaulah ada bacaan Kitab Suci yang dengannya gunung-ganang terbongkar dari tempatnya, atau bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau kerananya orang yang mati dapat berkata-kata, bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya. Dan orang yang kafir itu sentiasa ditimpa bencana kerana perbuatan mereka; atau terjadi dekat kediaman mereka sehingga datang janji Allah; Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 32

وَلقَدْ اسْتُهْزِئَ بِرسُل منْ قَبْلكَ فَامليْتُ للذِينَ كَفَروا ثُم اخَذْتُهُم فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ

 

Translation

Dan sesungguhnya telah diejek-ejekkan Rasul-rasul sebelummu, lalu Aku tangguhkan kepada orang yang kafir itu, kemudian Aku timpakan mereka dengan azab; maka tidaklah terperi seksanya azab-Ku itu.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 33

افَمنْ هُوَ قَائِم عَلى كُل نَفْسٍ بِما كَسَبَتْ وَجَعَلوا للهِ شُركَاء قُل سَموهُم ام تُنَبِّءُونَهُ بِما لا يَعْلم فِي الارضِ ام بِظَهِر منْ القَوْل بَل زُيِّنَ للذِينَ كَفَروا مكْرهُم وَصُدُّوا عَنْ السَّبِيل وَمنْ يُضْلل اللهُ فَما لهُ منْ هَادٍ

 

Translation

Apakah patut disamakan Allah Tuhan yang mengawas tiap-tiap diri dengan yang tidak bersifat demikian? Mereka menjadikan bagi Allah beberapa sekutu. Katakanlah: Namakanlah mereka atau adakah kamu hendak memberitahu apa yang tidak diketahui-Nya di bumi? Atau adakah kamu menamakan dengan kata-kata yang lahir? Bahkan telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang kafir itu akan tipu daya mereka, dan dihalangi dari jalan yang benar. Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 34

لهُم عَذَابٌ فِي الحيوة الدُّنْيَا وَلعَذَابُ الاءخِرةِ اشَقُّ وَما لهُم منْ اللهِ منْ وَاقٍ

 

Translation

Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab Akhirat lebih menyeksakan; dan tiadalah bagi mereka pelindung dari azab Allah itu.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 35

مثَل الجَنَّةِ التِي وُعِدَ المتَّقُونَ تَجْري منْ تَحْتِهَا الانهر اكُلهَا دَائِم وَظِلهَا تِلكَ عُقْبَى الذِينَ اتَّقَوا وَعُقْبَى الكَفِرينَ النَّار

 

Translation

Sifat syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa itu ialah sungai-sungainya mengalir di bawahnya; makanannya kekal dan juga naungannya. Itulah kesudahan usaha orang yang bertakwa, sedang kesudahan orang yang kafir ialah neraka.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 36

وَالذِينَ ءاتَيْنَهُم الكتب يَفْرحُونَ بِما انزِل اليْكَ وَمنْ الاحْزَابِ منْ يُنكِر بَعْضَهُ قُل انَّما امرتُ انْ اعْبُدَ اللهَ وَلا اشْركَ بِهِ اليْهِ ادْعُو وَاليْهِ مءابِ

 

Translation

Dan orang yang telah Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu, dan di antara beberapa kumpulan dari orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah: Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan aku tidak pula menyekutukan-Nya dengan sesuatu; kepada-Nyalah aku menyeru dan kepada-Nyalah tempat kembaliku.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 37

وَكَذَلكَ انزَلنَهُ حُكْما عَربِيًّا وَلئِنْ اتَّبَعْتَ اهْوَاءهُم بَعْدَما جَاءكَ منْ العِلم ما لكَ منْ اللهِ منْ وَليٍّ وَلا وَاقٍ

 

Translation

Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Qur'an sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan sesungguhnya jika kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datang wahi pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau perolehi dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 38

وَلقَدْ ارسَلنَا رسُلا منْ قَبْلكَ وَجَعَلنَا لهُم ازْوَجًا وَذُريَّةً وَما كَانَ لرسُول انْ يَاتِيَ بِءاية الا بِاذْنِ اللهِ لكُل اجَل كتاب

 

Translation

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Dan tiada kuasa bagi seseorang Rasul mendatangkan mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh ada baginya hukum yang telah ditentukan.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 39

يَمحُوا اللهُ ما يَشَاء وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ ام الكتب

 

Translation

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan pada sisi-Nya ada Ummul Kitab iaitu Lauhul Mahfuzh.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 40

وَانْ ما نُريَنَّكَ بَعْضَ الذِي نَعِدُهُم اوْ نَتَوَفَّيَنَّكَ فَانَّما عَليْكَ البَلغُ وَعَليْنَا الحِسَابُ

 

Translation

Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka atau Kami wafatkanmu sebelum melihatnya, Maka tidaklah menjadi hal, kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan; dan Kamilah yang menghitung dan membalas amal mereka.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 41

اوَلم يَروْا انَّا نَاتِي الارضَ نَنْقُصُهَا منْ اطْرافِهَا وَاللهُ يَحْكُم لا معَقِّبَ لحُكْمهِ وَهُوَ سَريعُ الحِسَابِ

 

Translation

Mengapa mereka tidak mahu memerhatikan bahawa Kami sentiasa menakluk bumi dengan menjadikannya kurang dari kebaikannya dan kemuliaannya? Dan Allah menghukum menurut kehendak-Nya dan tiada siapa yang dapat menghalang hukum-Nya, dan Dialah yang amat cepat hitungan hisab-Nya.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 42

وَقَدْ مكَر الذِينَ منْ قَبْلهِم فَللهِ المكْر جَميعًا يَعْلم ما تَكْسِبُ كُل نَفْسٍ وَسَيَعْلم الكُفَّر لمنْ عُقْبَى الدَّار

 

Translation

Dan sesungguhnya orang kafir sebelum mereka telah mengadakan tipu-daya; maka bagi Allahlah kuasa semua tipu-daya. Ia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri; dan orang yang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan baik itu pada hari akhirat.



Surah Ar Ra'd

 

Ayat 43

وَيَقُول الذِينَ كَفَروا لسْتَ مرسَلا قُل كَفَى بِاللهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُم وَمنْ عِنْدَهُ عِلم الكتب

 

Translation

Dan orang kafir itu berkata: Kamu bukanlah seorang Rasul. Katakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku denganmu, dan juga disaksikan oleh orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah.