Surah Qaaf

 

Ayat 1

ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ

 

Translation

Qaaf. Demi Al-Qur'an yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya.



Surah Qaaf

 

Ayat 2

بَلْ عَجِبُوا أَن جَاءهُمْ مُنذِرٌ مِّنْهُمْ فَقَالَ الْكَافِرُونَ هَذَا شَيْءٌ عَجِيبٌ

 

Translation

Bahkan mereka hairan kerana datang seorang pemberi amaran dari kalangan mereka sendiri; lalu orang kafir itu berkata: Ini adalah suatu yang aneh!



Surah Qaaf

 

Ayat 3

أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا ذَلِكَ رَجْعٌ بَعِيدٌ

 

Translation

Adakah kita akan kembali hidup sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh dari kemungkinan berlaku.



Surah Qaaf

 

Ayat 4

قَدْ عَلِمْنَا مَا تَنقُصُ الْأَرْضُ مِنْهُمْ وَعِندَنَا كِتَابٌ حَفِيظٌ

 

Translation

Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang di makan oleh bumi sedikit demi sedikit dari mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang memelihara.



Surah Qaaf

 

Ayat 5

بَلْ كَذَّبُوا بِالْحَقِّ لَمَّا جَاءهُمْ فَهُمْ فِي أَمْرٍ مَّرِيجٍ

 

Translation

Bahkan mereka mendustakan kebenaran apabila sampai kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.



Surah Qaaf

 

Ayat 6

أَفَلَمْ يَنظُرُوا إِلَى السَّمَاء فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَزَيَّنَّاهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٍ

 

Translation

Maka tidakkah mereka memandang ke langit di atas mereka, bagaimana Kami membinanya serta Kami menghiasinya, dan tiada padanya retak-renggang?



Surah Qaaf

 

Ayat 7

وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ

 

Translation

Dan bumi ini, Kami hamparkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?



Surah Qaaf

 

Ayat 8

تَبْصِرَةً وَذِكْرَى لِكُلِّ عَبْدٍ مُّنِيبٍ

 

Translation

Sebagai perhatian dan peringatan, kepada tiap-tiap hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya.



Surah Qaaf

 

Ayat 9

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء مُّبَارَكًا فَأَنبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَحَبَّ الْحَصِيدِ

 

Translation

Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun tanaman dan biji-bijian yang dituai.



Surah Qaaf

 

Ayat 10

وَالنَّخْلَ بَاسِقَاتٍ لَّهَا طَلْعٌ نَّضِيدٌ

 

Translation

Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang berlapis-lapis, lagi lebat putiknya.



Surah Qaaf

 

Ayat 11

رِزْقًا لِّلْعِبَادِ وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَّيْتًا كَذَلِكَ الْخُرُوجُ

 

Translation

Sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula kejadian kebangkitan.



Surah Qaaf

 

Ayat 12

كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَأَصْحَابُ الرَّسِّ وَثَمُودُ

 

Translation

Sebelum mereka itu, kaum Nuh dan Ashaabur Rassi, serta Thamud, telah mendustakan Rasul mereka.



Surah Qaaf

 

Ayat 13

وَعَادٌ وَفِرْعَوْنُ وَإِخْوَانُ لُوطٍ

 

Translation

Dan juga Aad, kaum Nabi Hud dan Firaun serta kaum Nabi Lut.



Surah Qaaf

 

Ayat 14

وَأَصْحَابُ الْأَيْكَةِ وَقَوْمُ تُبَّعٍ كُلٌّ كَذَّبَ الرُّسُلَ فَحَقَّ وَعِيدِ

 

Translation

Dan penduduk Aikah, serta kaum Tubba; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul, lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.



Surah Qaaf

 

Ayat 15

أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِّنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ

 

Translation

Maka adakah Kami lemah dengan penciptaan yang pertama itu. Bahkan mereka berada dalam keraguan tentang penciptaan yang baharu.



Surah Qaaf

 

Ayat 16

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

 

Translation

Dan sesungguhnya, Kami ciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.



Surah Qaaf

 

Ayat 17

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ

 

Translation

Semasa dua malaikat menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan satu lagi di sebelah kirinya.



Surah Qaaf

 

Ayat 18

مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

 

Translation

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya.



Surah Qaaf

 

Ayat 19

وَجَاءتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ

 

Translation

Dan datanglah sakratulmaut dengan kebenaran. Inilah perkara yang engkau selalu lari daripadanya!



Surah Qaaf

 

Ayat 20

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ ذَلِكَ يَوْمُ الْوَعِيدِ

 

Translation

Dan ditiupkan sangkakala, saat itulah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.



Surah Qaaf

 

Ayat 21

وَجَاءتْ كُلُّ نَفْسٍ مَّعَهَا سَائِقٌ وَشَهِيدٌ

 

Translation

Dan datanglah tiap-tiap orang ke Padang Mahsyar, disertai dua malaikat pembawa, dan saksi.



Surah Qaaf

 

Ayat 22

لَقَدْ كُنتَ فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ

 

Translation

Sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam kelalaian tentang hal ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam.



Surah Qaaf

 

Ayat 23

وَقَالَ قَرِينُهُ هَذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ

 

Translation

Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah catatan amal orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia.



Surah Qaaf

 

Ayat 24

أَلْقِيَا فِي جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَنِيدٍ

 

Translation

Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.



Surah Qaaf

 

Ayat 25

مَّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ مُّرِيبٍ

 

Translation

Yang sangat-sangat menghalangi segala jenis kebajikan yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran.



Surah Qaaf

 

Ayat 26

الَّذِي جَعَلَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَأَلْقِيَاهُ فِي الْعَذَابِ الشَّدِيدِ

 

Translation

Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya.



Surah Qaaf

 

Ayat 27

قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِن كَانَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ

 

Translation

Syaitan yang menyertainya berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.



Surah Qaaf

 

Ayat 28

قَالَ لَا تَخْتَصِمُوا لَدَيَّ وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُم بِالْوَعِيدِ

 

Translation

Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi dihadapan-Ku; padahal Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu.



Surah Qaaf

 

Ayat 29

مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَا أَنَا بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ

 

Translation

Keputusan-Ku itu tidak dapat diubah, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Ku.



Surah Qaaf

 

Ayat 30

يَوْمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ امْتَلَأْتِ وَتَقُولُ هَلْ مِن مَّزِيدٍ

 

Translation

Di hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Ia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan?



Surah Qaaf

 

Ayat 31

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ

 

Translation

Dan di dekatkan syurga bagi orang yang bertaqwa,di tempat yang tidak jauh dari mereka.



Surah Qaaf

 

Ayat 32

هَذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ

 

Translation

Inilah yang dijanjikan kepadamu, kepada tiap-tiap hamba yang kembali kepada Allah, lagi yang sangat memelihara peraturan Allah.



Surah Qaaf

 

Ayat 33

مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ وَجَاء بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ

 

Translation

Iaitu orang yang takut kepada Yang Maha Pemurah, semasa tidak kelihatan, serta ia datang kepada Allah dengan hati yang tunduk taat.



Surah Qaaf

 

Ayat 34

ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ

 

Translation

Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari kehidupan yang kekal.



Surah Qaaf

 

Ayat 35

لَهُم مَّا يَشَاؤُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ

 

Translation

Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan.



Surah Qaaf

 

Ayat 36

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَشَدُّ مِنْهُم بَطْشًا فَنَقَّبُوا فِي الْبِلَادِ هَلْ مِن مَّحِيصٍ

 

Translation

Dan berapa banyak kaum sebelum mereka yang Kami binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya daripada mereka. Maka kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. Meskipun demikian keadaannya dapatkah mereka menyelamatkan diri?



Surah Qaaf

 

Ayat 37

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ

 

Translation

Sesungguhnya yang tersebut itu, benar-benar satu pengajaran bagi yang berakal, atau menggunakan pendengarannya sedang ia menyaksikan.



Surah Qaaf

 

Ayat 38

وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِن لُّغُوبٍ

 

Translation

Dan sesungguhnya! Kami telah ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak ditimpa keletihan.



Surah Qaaf

 

Ayat 39

فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ

 

Translation

Maka bersabarlah akan apa yang dikatakan oleh mereka, dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam.



Surah Qaaf

 

Ayat 40

وَمِنَ اللَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَأَدْبَارَ السُّجُودِ

 

Translation

Serta bertasbihlah kepada-Nya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.



Surah Qaaf

 

Ayat 41

وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ

 

Translation

Dan dengarlah, hari malaikat penyeru menyeru dari tempat yang dekat yang dapat didengar.



Surah Qaaf

 

Ayat 42

يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ بِالْحَقِّ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ

 

Translation

Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.



Surah Qaaf

 

Ayat 43

إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ

 

Translation

Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali.



Surah Qaaf

 

Ayat 44

يَوْمَ تَشَقَّقُ الْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ذَلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ

 

Translation

Pada hari bumi terbelah untuk mereka segera keluar. Perbuatan menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.



Surah Qaaf

 

Ayat 45

نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِجَبَّارٍ فَذَكِّرْ بِالْقُرْآنِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ

 

Translation

Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan, dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka. Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Qur'an ini kepada orang yang takutkan janji azab-Ku.