Surah Nuh

 

Ayat 1

إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنذِرْ قَوْمَكَ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Translation

Sesungguhnya Kami utus Nuh kepada kaumnya (dengan berfirman): Berikanlah peringatan kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang pedih.



Surah Nuh

 

Ayat 2

قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Ia pun (menyeru mereka dengan) berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata.



Surah Nuh

 

Ayat 3

أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ

 

Translation

Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertakwalah kepada-Nya, serta taatlah kamu kepadaku.



Surah Nuh

 

Ayat 4

يَغْفِرْ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاء لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

 

Translation

Allah mengampunkan bagimu sebahagian dari dosa-dosamu, dan memberi kamu hidup hingga ke suatu masa yang tertentu; Sesungguhnya ajal (yang ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui.



Surah Nuh

 

Ayat 5

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا

 

Translation

Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam.



Surah Nuh

 

Ayat 6

فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا

 

Translation

Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).



Surah Nuh

 

Ayat 7

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا

 

Translation

Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan jari mereka ke dalam telinga mereka dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau-lampau.



Surah Nuh

 

Ayat 8

ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا

 

Translation

Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang.



Surah Nuh

 

Ayat 9

ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا

 

Translation

Kemudian sesungguhnya aku menyeru mereka secara terang-terang dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.



Surah Nuh

 

Ayat 10

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

 

Translation

Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.



Surah Nuh

 

Ayat 11

يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

 

Translation

Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.



Surah Nuh

 

Ayat 12

وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

 

Translation

Dan Ia akan memberimu harta serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai.



Surah Nuh

 

Ayat 13

مَّا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا

 

Translation

Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaan-Nya).



Surah Nuh

 

Ayat 14

وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا

 

Translation

Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?



Surah Nuh

 

Ayat 15

أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا

 

Translation

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat.



Surah Nuh

 

Ayat 16

وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا

 

Translation

Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu.



Surah Nuh

 

Ayat 17

وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا

 

Translation

Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh sempurna.



Surah Nuh

 

Ayat 18

ثُمَّ يُعِيدُكُمْ فِيهَا وَيُخْرِجُكُمْ إِخْرَاجًا

 

Translation

Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi, dan mengeluarkan kamu daripadanya, dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?



Surah Nuh

 

Ayat 19

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ بِسَاطًا

 

Translation

Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan.



Surah Nuh

 

Ayat 20

لِتَسْلُكُوا مِنْهَا سُبُلًا فِجَاجًا

 

Translation

Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya.



Surah Nuh

 

Ayat 21

قَالَ نُوحٌ رَّبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِي وَاتَّبَعُوا مَن لَّمْ يَزِدْهُ مَالُهُ وَوَلَدُهُ إِلَّا خَسَارًا

 

Translation

Berkata Nuh: Tuhanku! Sesungguhnya mereka telah menderhakai aku, dan menurut orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambahinya melainkan rugi.



Surah Nuh

 

Ayat 22

وَمَكَرُوا مَكْرًا كُبَّارًا

 

Translation

Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya.



Surah Nuh

 

Ayat 23

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا

 

Translation

Dan mereka berkata: Jangan kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa, dan Yaghuth, dan Yauuq, serta Nasr.



Surah Nuh

 

Ayat 24

وَقَدْ أَضَلُّوا كَثِيرًا وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا ضَلَالًا

 

Translation

Dan sesungguhnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau menambahi orang yang zalim itu kecuali kesesatan.



Surah Nuh

 

Ayat 25

مِمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا فَأُدْخِلُوا نَارًا فَلَمْ يَجِدُوا لَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ أَنصَارًا

 

Translation

Oleh sebab kesalahan mereka, maka ditenggelamkan mereka kemudian dimasukkan ke dalam Neraka; mereka tidak beroleh penolong yang lain dari Allah.



Surah Nuh

 

Ayat 26

وَقَالَ نُوحٌ رَّبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْأَرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا

 

Translation

Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang kafir itu hidup di atas muka bumi!



Surah Nuh

 

Ayat 27

إِنَّكَ إِن تَذَرْهُمْ يُضِلُّوا عِبَادَكَ وَلَا يَلِدُوا إِلَّا فَاجِرًا كَفَّارًا

 

Translation

Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka, mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak melahirkan anak selain yang durhaka dan kufur.



Surah Nuh

 

Ayat 28

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

 

Translation

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi ibu bapaku, dan bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan beriman; dan bagi orang lelaki yang beriman, dan perempuan yang beriman; dan janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan!