Surah Maryam

 

Ayat 1

كهيعص

 

Translation

Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad.



Surah Maryam

 

Ayat 2

ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا

 

Translation

Ini ialah perihal limpah rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya Zakaria.



Surah Maryam

 

Ayat 3

إِذْ نَادَى رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا

 

Translation

Ingatlah peristiwa tatkala Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, dengan doa permohonan secara perlahan.



Surah Maryam

 

Ayat 4

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا

 

Translation

Ia berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulangku, dan berubanlah kepalaku; dan aku ya Tuhanku! tidak pernah hampa berdoa kepada-Mu.



Surah Maryam

 

Ayat 5

وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَلِيَ مِنْ وَرَاءي وَكَانَتْ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا

 

Translation

Dan sesungguhnya aku bimbangkan kaum kerabatku sepeninggalanku; dan isteriku seorang yang mandul; maka kurniakanlah daku dari sisimu seorang anak.



Surah Maryam

 

Ayat 6

يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ ءالِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

 

Translation

Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai.



Surah Maryam

 

Ayat 7

يَزَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَمٍ اسْمُهُ يَحْيَى لَمْ نَجْعَلْ لَهُ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا

 

Translation

Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira buatmu dengan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah namakan sebelumnya.



Surah Maryam

 

Ayat 8

قَالَ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي غُلَمٌ وَكَانَتْ امْرَأَتِي عَاقِرًا وَقَدْ بَلَغْتُ مِنْ الْكِبَرِ عِتِيًّا

 

Translation

Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku mandul, dan aku sendiri telah sampai umur yang amat tua?



Surah Maryam

 

Ayat 9

قَالَ كَذَلِكَ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَقَدْ خَلَقْتُكَ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ تَكُ شَيْءا

 

Translation

Penyeru itu berkata: Demikianlah! firman Tuhanmu: Hal itu mudah bagi-Ku, sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu sedangkan kamu belum ada.



Surah Maryam

 

Ayat 10

قَالَ رَبِّ اجْعَل لِي ءايَةً قَالَ ءايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَثَ لَيَالٍ سَوِيًّا

 

Translation

Zakaria berkata: Ya Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku. Allah berfirman: Tandamu ialah kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat.



Surah Maryam

 

Ayat 11

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ مِنْ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ أَنْ سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

 

Translation

Maka iapun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab, lalu ia memberi isyarat kepada mereka: Hendaklah kamu bertasbih pagi dan petang.



Surah Maryam

 

Ayat 12

يَيَحْيَى خُذْ الْكِتَبَ بِقُوَّةٍ وَءاتَيْنَهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا

 

Translation

Wahai Yahya, ambillah Kitab itu dengan sungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.



Surah Maryam

 

Ayat 13

وَحَنَانًا مِنْ لَدُنَّا وَزَكَوةً وَكَانَ تَقِيًّا

 

Translation

Dan Kami mengurniakannya rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia adalah seorang yang bertaqwa.



Surah Maryam

 

Ayat 14

وَبَرًّا بِوَلِدَيْهِ وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا عَصِيًّا

 

Translation

Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.



Surah Maryam

 

Ayat 15

وَسَلَمٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا

 

Translation

Dan sejahtera kepadanya pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula.



Surah Maryam

 

Ayat 16

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَبِ مَرْيَمَ إِذْ انتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا مَكَانًا شَرْقِيًّا

 

Translation

Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Qur'an ini perihal Maryam, tatkala ia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.



Surah Maryam

 

Ayat 17

فَاتَّخَذَتْ مِنْ دُونِهِمْ حِجَابًا فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا

 

Translation

Kemudian Maryam membuat tabir untuk melindungi dirinya dari mereka; lalu Kami hantarkan kepadanya Roh dari Kami, lalu ia menyamar diri sebagai seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya.



Surah Maryam

 

Ayat 18

قَالَتْ إِنِّي أَعُوذُ بِالرَّحْمَنِ مِنْكَ إِنْ كُنتَ تَقِيًّا

 

Translation

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah Ar-Rahman daripada gangguanmu; kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.



Surah Maryam

 

Ayat 19

قَالَ إِنَّمَا أَنَا رَسُولُ رَبِّكِ لِأَهَبَ لَكِ غُلَمًا زَكِيًّا

 

Translation

Ia berkata: Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak yang suci.



Surah Maryam

 

Ayat 20

قَالَتْ أَنَّى يَكُونُ لِي غُلَمٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ وَلَمْ أَكُْ بَغِيًّا

 

Translation

Maryam bertanya: Bagaimanakah aku akan beroleh anak lelaki, sedang aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku bukan perempuan jahat?



Surah Maryam

 

Ayat 21

قَالَ كَذَلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَلِنَجْعَلَهُ ءايَةً لِلنَّاسِ وَرَحْمَةً مِنَّا وَكَانَ أَمْرًا مَقْضِيًّا

 

Translation

Ia menjawab: Demikianlah Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagi-Ku; dan Kami hendak menjadikannya sebagai satu tanda kekuasaan Kami untuk manusia, dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlaku.



Surah Maryam

 

Ayat 22

فَحَمَلَتْهُ فَانتَبَذَتْ بِهِ مَكَانًا قَصِيًّا

 

Translation

Maka Maryam hamillah, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke suatu tempat yang jauh.



Surah Maryam

 

Ayat 23

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَلَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

 

Translation

Maka rasa sakit akan bersalin itu memaksanya bersandar ke pangkal tamar; sambil ia berkata: Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!



Surah Maryam

 

Ayat 24

فَنَادَيهَا مِنْ تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا

 

Translation

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.



Surah Maryam

 

Ayat 25

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا

 

Translation

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.



Surah Maryam

 

Ayat 26

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا فَإِمَّا تَرَيْنَ مِنْ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا

 

Translation

Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, Maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar berpuasa kerana Ar-Rahman; maka aku tidak akan berkata-kata kepada manusia pada hari ini.



Surah Maryam

 

Ayat 27

فَأَتَتْ بِهِ قَوْمَهَا تَحْمِلُهُ قَالُوا يَمَرْيَمُ لَقَدْ جِئْتِ شَيْءا فَرِيًّا

 

Translation

Maka baliklah ia kepada kaumnya dengan membawa anaknya. Kata mereka: Hai Maryam! Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang mungkar



Surah Maryam

 

Ayat 28

يَأُخْتَ هَرُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ امْرَأَ سَوْءٍ وَمَا كَانَتْ أُمُّكِ بَغِيًّا

 

Translation

Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!



Surah Maryam

 

Ayat 29

فَأَشَارَتْ إِلَيْهِ قَالُوا كَيْفَ نُكَلِّمُ مَنْ كَانَ فِي الْمَهْدِ صَبِيًّا

 

Translation

Maka Maryam segera menunjukkan kepada anaknya. Mereka berkata: Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan anak kecil yang masih dalam buaian?



Surah Maryam

 

Ayat 30

قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ ءاتَينِي الْكِتَبَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا

 

Translation

Ia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil, dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi.



Surah Maryam

 

Ayat 31

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ ‎وَأَوْصَنِي بِالصَّلَوَةِ وَالزَّكَوَةِ مَا دُمْتُ حَيًّا

 

Translation

Dan Ia jadikan aku seorang yang berkat di mana saja aku berada, dan diperintahkan aku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.



Surah Maryam

 

Ayat 32

وَبَرًّا بِوَلِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا

 

Translation

Serta mentaati dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur dan derhaka.



Surah Maryam

 

Ayat 33

وَالسَّلَمُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا

 

Translation

Dan kesejahteraan kepadaku pada hari aku diperanakkan, dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula.



Surah Maryam

 

Ayat 34

ذَلِكَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ قَوْلَ الْحَقِّ الَّذِي فِيهِ يَمْتَرُونَ

 

Translation

Itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-sebenarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.



Surah Maryam

 

Ayat 35

مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ سُبْحَنَهُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

 

Translation

Tiada bagi Allah seorang anak. Maha Suci Ia. Apabila Ia memutuskan suatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu jadilah ia.



Surah Maryam

 

Ayat 36

وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوه هَذَا صِرَطٌ مُسْتَقِيمٌ

 

Translation

Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul lurus.



Surah Maryam

 

Ayat 37

فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِنْ بَيْنِهِمْ فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ مَشْهَدِ يَوْمٍ عَظِيمٍ

 

Translation

Maka kaumnya itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang kafir itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.



Surah Maryam

 

Ayat 38

أَسْمِعْ بِهِمْ وَأَبْصِرْ يَوْمَ يَأْتُونَنَا لَكِنْ الظَّلِمُونَ الْيَوْمَ فِي ضَلَلٍ مُبِينٍ

 

Translation

Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka ketika datang mengadap Kami. Tetapi orang yang zalim pada hari ini, dalam kesesatan yang nyata.



Surah Maryam

 

Ayat 39

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Dan berilah amaran kepada manusia tentang hari yang diputuskan segala perkara ketika mereka berada dalam kelalaian, serta mereka tidak beriman.



Surah Maryam

 

Ayat 40

إِنَّا نَحْنُ نَرِثُ الْأَرْضَ وَمَنْ عَلَيْهَا وَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ

 

Translation

Sesungguhnya Kamilah mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.



Surah Maryam

 

Ayat 41

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَبِ إِبْرَهِيمَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا

 

Translation

Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Qur'an ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia menjadi seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.



Surah Maryam

 

Ayat 42

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَأَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنْكَ شَيْءا

 

Translation

Tatkala ia berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak dapat mendengar, melihat serta menolongmu sedikit pun?



Surah Maryam

 

Ayat 43

يَأَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنْ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَطًا سَوِيًّا

 

Translation

Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.



Surah Maryam

 

Ayat 44

يَأَبَتِ لَا تَعْبُدْ الشَّيْطَنَ إِنَّ الشَّيْطَنَ كَانَ لِلرَّحْمَنِ عَصِيًّا

 

Translation

Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.



Surah Maryam

 

Ayat 45

يَأَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِنْ الرَّحْمَنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَنِ وَلِيًّا

 

Translation

Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan ditimpa azab dari Ar-Rahman; maka kerananya ayah akan menjadi rakan bagi Syaitan.



Surah Maryam

 

Ayat 46

قَالَ أَرَاغِبٌ أَنْتَ عَنْ ءالِهَتِي يَإِبْرهِيمُ لَئِنْ لَمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا

 

Translation

Bapanya berkata: Patutkah kamu bencikan tuhanku, wahai Ibrahim? Jika engkau tidak berhenti, tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan lebih baik engkau tinggalkan daku sepanjang masa.



Surah Maryam

 

Ayat 47

قَالَ سَلَمٌ عَلَيْكَ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا

 

Translation

Ibrahim berkata: Selamat tinggallah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia amat melimpah ihsan-Nya kepadaku.



Surah Maryam

 

Ayat 48

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُوا رَبِّي عَسَى أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا

 

Translation

Dan aku akan membawa diri meninggalkanmu semua serta apa yang kamu sembah selain Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa seperti kamu.



Surah Maryam

 

Ayat 49

فَلَمَّا اعْتَزَلَهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَقَ وَيَعْقُوبَ وَكُلًّا جَعَلْنَا نَبِيًّا

 

Translation

Maka apabila ia meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain dari Allah itu, Kami kurniakan kepadanya Ishak dan Yakub; dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.



Surah Maryam

 

Ayat 50

وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِنْ رَحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّا

 

Translation

Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.



Surah Maryam

 

Ayat 51

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَبِ مُوسَى إِنَّهُ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَبِيًّا

 

Translation

Dan bacakanlah di dalam Kitab (Al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.



Surah Maryam

 

Ayat 52

وَنَدَيْنَهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَهُ نَجِيًّا

 

Translation

Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata-kata dengan Kami.



Surah Maryam

 

Ayat 53

وَوَهَبْنَا لَهُ مِنْ رَحْمَتِنَا أَخَاهُ هَرُونَ نَبِيًّا

 

Translation

Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun, yang juga berpangkat Nabi.



Surah Maryam

 

Ayat 54

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَبِ إِسْمَعِيلَ إِنَّهُ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَبِيًّا

 

Translation

Dan bacakanlah di dalam Kitab (Al-Qur'an) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar janjinya, dan adalah ia seorang Rasul lagi berpangkat Nabi.



Surah Maryam

 

Ayat 55

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَوةِ وَالزَّكَوةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا

 

Translation

Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya.



Surah Maryam

 

Ayat 56

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَبِ إِدْرِيسَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا

 

Translation

Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Qur'an ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar dan ia seorang Nabi.



Surah Maryam

 

Ayat 57

وَرَفَعْنَهُ مَكَانًا عَلِيًّا

 

Translation

Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.



Surah Maryam

 

Ayat 58

أُوْلَئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ النَّبِيِّنَ مِنْ ذُرِّيَّةِ ءادَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَهِيمَ وَإِسْرَءيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ ءايَتُ الرَّحْمَنِ خَرُّوا سُجّ

 

Translation

Mereka itulah Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat kepada mereka dari keturunan Adam dan dari keturunan orang yang Kami bawa bersama-sama Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan Israil; dan mereka itu adalah dari orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Ar-Rahmaan, mereka segera sujud serta menangis.



Surah Maryam

 

Ayat 59

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَوةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

 

Translation

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu; maka mereka akan menghadapi kebinasaan.



Surah Maryam

 

Ayat 60

إِلَّا مَنْ تَابَ وَءامَنَ وَعَمِلَ صَلِحًا فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْءا

 

Translation

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal salih, maka mereka akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahalanya sedikit pun.



Surah Maryam

 

Ayat 61

جَنَّتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيًّا

 

Translation

Syurga Adn yang telah dijanjikan oleh Ar-Rahman kepada hamba-hamba-Nya sekalipun syurga itu ghaib; sesungguhnya janji-Nya tetap akan berlaku.



Surah Maryam

 

Ayat 62

لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلَّا سَلَمًا وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

 

Translation

Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia kecuali perkataan yang baik-baik; dan bagi mereka rezeki di dalamnya, pagi dan petang.



Surah Maryam

 

Ayat 63

تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا

 

Translation

Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang yang bertakwa dari hamba-hamba Kami.



Surah Maryam

 

Ayat 64

وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَلِكَ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

 

Translation

Kami (Jibril) tidak turun melainkan dengan perintah Tuhanmu; Bagi-Nyalah apa yang di hadapan kita dan apa yang dibelakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa.



Surah Maryam

 

Ayat 65

رَبُّ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَدَتِهِ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا

 

Translation

Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya; maka sembahlah akan Dia dan bersabarlah dengan bertekun tetap dalam beribadat kepada-Nya; adakah kamu mengetahui sesiapa pun yang sebanding dengan-Nya?



Surah Maryam

 

Ayat 66

وَيَقُولُ الْإِنسَنُ أَءذَا مَا مِتُّ لَسَوْفَ أُخْرَجُ حَيًّا

 

Translation

Dan manusia yang kafir berkata: Apakah apabila aku mati, adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?



Surah Maryam

 

Ayat 67

أَوَلَا يَذْكُرُ الْإِنسَنُ أَنَّا خَلَقْنَهُ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ يَكُ شَيْءا

 

Translation

Tidakkah manusia itu memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apa pun?



Surah Maryam

 

Ayat 68

فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَالشَّيَطِينَ ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيًّا

 

Translation

Demi Tuhanmu sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka itu beserta syaitan-syaitan, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling Jahanam.



Surah Maryam

 

Ayat 69

ثُمَّ لَنَنزِعَنَّ مِنْ كُلِّ شِيعَةٍ أَيُّهُمْ أَشَدُّ عَلَى الرَّحْمَنِ عِتِيًّا

 

Translation

Sesudah itu, sesungguhnya Kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada Ar-Rahmaan, di antara mereka.



Surah Maryam

 

Ayat 70

ثُمَّ لَنَحْنُ أَعْلَمُ بِالَّذِينَ هُمْ أَوْلَى بِهَا صِلِيًّا

 

Translation

Kemudian sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang yang lebih patut dibakar dalam api neraka.



Surah Maryam

 

Ayat 71

وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا كَانَ عَلَى رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا

 

Translation

Dan tiada seorang pun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; adalah satu perkara yang mesti berlaku yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.



Surah Maryam

 

Ayat 72

ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّلِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا

 

Translation

Kemudian Kami akan selamatkan orang yang bertakwa, dan Kami akan biarkan orang yang zalim tinggal berlutut di dalam neraka itu.



Surah Maryam

 

Ayat 73

وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ ءايَتُنَا بَيِّنَتٍ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ ءامَنُوا أَيُّ الْفَرِيقَيْنِ خَيْرٌ مَقَامًا وَأَحْسَنُ نَدِيًّا

 

Translation

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang yang kafir kepada orang yang beriman: Puak yang manakah yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perkumpulannya?



Surah Maryam

 

Ayat 74

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنْ قَرْنٍ هُمْ أَحْسَنُ أَثَثًا وَرِءيًا

 

Translation

Dan berapa banyak kaum sebelum mereka telah Kami binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya dan lebih sedap dipandang mata.



Surah Maryam

 

Ayat 75

قُلْ مَنْ كَانَ فِي الضَّلَلَةِ فَلْيَمْدُدْ لَهُ الرَّحْمَنُ مَدًّا حَتَّى إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ إِمَّا الْعَذَابَ وَإِمَّا السَّاعَةَ فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضْعَفُ جُندًا

 

Translation

Katakanlah: Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, baik azab dunia atau azab kiamat, maka mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.



Surah Maryam

 

Ayat 76

وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى وَالْبَقِيَتُ الصَّلِحَتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ مَرَدًّا

 

Translation

Dan Allah akan menambah petunjuk bagi orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.



Surah Maryam

 

Ayat 77

أَفَرَءيْتَ الَّذِي كَفَرَ بِءايَتِنَا وَقَالَ لَأُوتَيَنَّ مَالًا وَوَلَدًا

 

Translation

Maka tidakkah engkau melihat orang yang kufur kepada ayat-ayat Kami berkata: Sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak?



Surah Maryam

 

Ayat 78

أَطَّلَعَ الْغَيْبَ أَمْ اتَّخَذَ عِنْدَ الرَّحْمَنِ عَهْدًا

 

Translation

Adakah ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib, atau adakah ia telah membuat perjanjian dengan Allah Ar-Rahman mengenainya?



Surah Maryam

 

Ayat 79

كَلَّا سَنَكْتُبُ مَا يَقُولُ وَنَمُدُّ لَهُ مِنْ الْعَذَابِ مَدًّا

 

Translation

Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya, dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa berganda-ganda.



Surah Maryam

 

Ayat 80

وَنَرِثُهُ مَا يَقُولُ وَيَأْتِينَا فَرْدًا

 

Translation

Dan Kami akan warisi apa yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada Kami seorang diri.



Surah Maryam

 

Ayat 81

وَاتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ ءالِهَةً لِيَكُونُوا لَهُمْ عِزًّا

 

Translation

Dan mereka yang kafir menyembah yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong kepada mereka.



Surah Maryam

 

Ayat 82

كَلَّا سَيَكْفُرُونَ بِعِبَادَتِهِمْ وَيَكُونُونَ عَلَيْهِمْ ضِدًّا

 

Translation

Tidak sekali-kali! Bahkan sembahan mereka itu akan mengingkari penyembahan mereka, dan akan menjadi musuh kepada mereka.



Surah Maryam

 

Ayat 83

أَلَمْ تَرَ أَنَّا أَرْسَلْنَا الشَّيَطِينَ عَلَى الْكَفِرِينَ تَؤُزُّهُمْ أَزًّا

 

Translation

Tidakkah engkau ketahui bahawa Kami telah menghantar Syaitan-syaitan kepada orang kafir, untuk mengganggu mereka dengan sesungguhnya?



Surah Maryam

 

Ayat 84

فَلَا تَعْجَلْ عَلَيْهِمْ إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمْ عَدًّا

 

Translation

Maka janganlah kamu segera marahkan mereka itu, kerana sesungguhnya Kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.



Surah Maryam

 

Ayat 85

يَوْمَ نَحْشُرُ الْمُتَّقِينَ إِلَى الرَّحْمَنِ وَفْدًا

 

Translation

Ingatlah hari Kami himpunkan orang yang bertakwa untuk menghadap Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasuk.



Surah Maryam

 

Ayat 86

وَنَسُوقُ الْمُجْرِمِينَ إِلَى جَهَنَّمَ وِرْدًا

 

Translation

Dan Kami akan menghalau orang yang bersalah ke Neraka Jahanam, dalam keadaan dahaga.



Surah Maryam

 

Ayat 87

لَا يَمْلِكُونَ الشَّفَعَةَ إِلَّا مَنْ اتَّخَذَ عِنْدَ الرَّحْمَنِ عَهْدًا

 

Translation

Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.



Surah Maryam

 

Ayat 88

وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا

 

Translation

Dan mereka yang kafir berkata: Allah Ar-Rahman, mempunyai anak.



Surah Maryam

 

Ayat 89

لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْءا إِدًّا

 

Translation

Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!



Surah Maryam

 

Ayat 90

تَكَادُ السَّمَوَتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا

 

Translation

Hampir-hampir langit pecah disebabkan anggapan mereka itu, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.



Surah Maryam

 

Ayat 91

أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا

 

Translation

Kerana mereka mendakwa mengatakan Allah Ar-Rahmaan mempunyai anak.



Surah Maryam

 

Ayat 92

وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا

 

Translation

Padahal tiadalah layak bagi Allah Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.



Surah Maryam

 

Ayat 93

إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَوَتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا ءاتِي الرَّحْمَنِ عَبْدًا

 

Translation

Tidak ada sesiapa di langit dan di bumi melainkan akan datang kepada Ar-Rahman, sebagai hamba.



Surah Maryam

 

Ayat 94

لَقَدْ أَحْصَيهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا

 

Translation

Demi sesungguhnya! Allah mengira mereka serta menghitung mereka satu persatu.



Surah Maryam

 

Ayat 95

وَكُلُّهُمْ ءاتِيهِ يَوْمَ الْقِيَمَةِ فَرْدًا

 

Translation

Dan mereka masing-masing akan datang menghadap-Nya pada hari Kiamat dengan sendirian.



Surah Maryam

 

Ayat 96

إِنَّ الَّذِينَ ءامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّلِحَتِ سَيَجْعَلُ لَهُمْ الرَّحْمَنُ وُدًّا

 

Translation

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang akan melimpahkan rahmat-Nya bagi mereka dengan perasaan kasih sayang.



Surah Maryam

 

Ayat 97

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ الْمُتَّقِينَ وَتُنذِرَ بِهِ قَوْمًا لُدًّا

 

Translation

Maka sesungguhnya Kami memudahkan Al-Qur'an ini dengan bahasamu, supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang yang bertakwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.



Surah Maryam

 

Ayat 98

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنْ قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُمْ مِنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًا

 

Translation

Dan berapa banyak telah Kami binasakan dari umat sebelum mereka; apakah kamu melihat seseorang di antara mereka atau mendengar suara samar-samar.