|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Alif, Laam, Raa. Inilah Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang yang kufur dari azab yang amat berat. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Orang yang mengutamakan kehidupan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok, mereka itulah orang yang sesat jauh. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Dan Kami tidak utuskan seorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan hukum-hukum Allah kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki, dan menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya Kami utuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan berkata: Keluarkanlah kaummu dari kegelapan kepada cahaya iman dan ingatkan mereka akan hari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi setiap orang yang sabar, lagi kuat bersyukur. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Dan tatkala Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari pengikut Firaun yang menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk, dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation Dan Musa berkata: Jika kamu dan orang yang ada di bumi seluruhnya berlaku kufur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang yang sebelummu, iaitu kaum Nuh, Aad dan Thamud serta orang yang sesudah mereka? Tidak ada yang mengetahui mereka kecuali Allah. Mereka telah didatangi Rasul-rasul yang membawa keterangan yang nyata, lalu mereka menutup tangan mereka ke mulut dan berkata: Sesungguhnya kami ingkarkan apa yang kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu ajak kami kepadanya. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Rasul-rasul mereka berkata: Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu untuk mengampunkan kamu dari dosamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, akan tetapi Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan tiadalah bagi kami berkuasa membawa kepada kamu bukti melainkan dengan izin Allah. Maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman berserah diri. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 12 | |
|
| |
|
Translation Dan mengapa kami tidak berserah diri kepada Allah, padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap perbuatanmu menyakiti kami. Dan kepada Allahlah hendaknya berserah diri orang yang mahu berserah. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 13 | |
|
| |
|
Translation Dan berkatalah orang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: Sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu kembali kepada agama kami. Lalu Tuhan wahikan kepada Rasul-rasul-Nya: Sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang yang zalim. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 14 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah mereka; yang demikian itu adalah bagi orang yang takut keadilan-Ku, dan ancaman-Ku. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 15 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka memohon kepada Allah untuk mendapat kemenangan; dan kecewalah tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bersikap degil. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 16 | |
|
| |
|
Translation Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam, dan ia akan diberi minum dari air nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 17 | |
|
| |
|
Translation Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir tidak dapat diterima tekaknya, dan Ia didatangi maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati; dan dibelakangnya ada lagi azab seksa yang lebih berat. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 18 | |
|
| |
|
Translation Bandingan orang yang kufur terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Demikian itu adalah kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 19 | |
|
| |
|
Translation Tidakkah engkau telah nampak bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat? Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakan-Nya kamu dan didatangkan pula dengan makhluk yang baharu. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 20 | |
|
| |
|
Translation Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah melakukannya. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 21 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka sekalian dihadapkan kepada Allah; kemudian orang yang lemah kepada orang yang sombong takbur itu akan berkata: Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? Mereka menjawab: Kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepadamu. Sama sahaja bagi kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri dari azab itu. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 22 | |
|
| |
|
Translation Dan berkatalah Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu melainkan bahawa aku mengajak kamu lalu kamu menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufurkan dengan apa yang kamu sekutukan daku dengan-Nya. Sesungguhnya orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 23 | |
|
| |
|
Translation Dan dimasukkanlah orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati di dalam syurga-syurga. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 24 | |
|
| |
|
Translation Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang akar tunjangnya tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 25 | |
|
| |
|
Translation Ia mengeluarkan buahnya pada setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 26 | |
|
| |
|
Translation Dan perbandingan kalimah yang buruk seperti pohon yang tidak berguna yang terjungkit akar-akarnya dari bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 27 | |
|
| |
|
Translation Allah menetapkan pendirian orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang yang berlaku zalim; dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 28 | |
|
| |
|
Translation Tidakkah engkau melihat orang yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan? |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 29 | |
|
| |
|
Translation Iaitu Neraka Jahanam yang mereka akan menderita bakarannya; dan itulah seburuk-buruk tempat tetap. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 30 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalan-Nya. Katakanlah: Bersenang-senanglah kamu, kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 31 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau terang-terang; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli dan sahabat handai. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 32 | |
|
| |
|
Translation Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan sebagai rezeki bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 33 | |
|
| |
|
Translation Dan Ia yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 34 | |
|
| |
|
Translation Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia sangat zalim, lagi sangat mengingkari nikmat Tuhannya. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 35 | |
|
| |
|
Translation Dan ingatlah tatkala Nabi Ibrahim berdoa: Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari menyembah berhala. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 36 | |
|
| |
|
Translation Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku, maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 37 | |
|
| |
|
Translation Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang dihormati. Wahai Tuhan kami, supaya mereka mendirikan sembahyang. Maka jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 38 | |
|
| |
|
Translation Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan zahirkan; dan tidak ada yang tersembunyi kepada Allah dari sesuatupun di bumi dan tidak juga di langit. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 39 | |
|
| |
|
Translation Segala puji bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku ketika tua, Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar doa permohonan. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 40 | |
|
| |
|
Translation Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 41 | |
|
| |
|
Translation Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal pembalasan. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 42 | |
|
| |
|
Translation Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 43 | |
|
| |
|
Translation Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 44 | |
|
| |
|
Translation Dan berilah amaran kepada manusia akan hari Kiamat yang mereka didatangi azab, maka orang yang zalim akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, beri tempohlah kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruan-Mu, dan mengikuti Rasul-rasul itu. Dikatakan kepada mereka: Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 45 | |
|
| |
|
Translation Padahal kamu telah mendiami tempat tinggal orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepadamu bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka, dan Kami telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 46 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka, sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walaupun rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 47 | |
|
| |
|
Translation Maka janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janji-Nya kepada Rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi sedia membalas. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 48 | |
|
| |
|
Translation Ingatlah hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan mereka berhimpun menghadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 49 | |
|
| |
|
Translation Dan engkau akan melihat orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 50 | |
|
| |
|
Translation Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 51 | |
|
| |
|
Translation Kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya. |
|
Surah Ibrahim |
|
|
Ayat 52 | |
|
| |
|
Translation Al-Qur'an ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. |