|
Surah Hud |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Alif, Laam, Raa. Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan rapi, kemudian dijelaskan secara terperinci dari sisi Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Supaya kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku adalah pemberi amaran dan pembawa berita gembira kepadamu daripada-Nya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; supaya Ia memberi kamu kesenangan hidup yang baik hingga ke suatu masa yang tertentu, dan Ia akan memberi kepada setiap orang yang ada kelebihan akan kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari Kiamat yang besar. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation Ketahuilah! Sesungguhnya mereka membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan daripadanya. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Dan tiadalah dari makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab yang nyata. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang Arasy-Nya berada di atas air untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan sesungguhnya! Jika engkau berkata: Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati, tentulah orang yang ingkar akan berkata: Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation Dan demi sesungguhnya! Jika Kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata: Apa yang menghalanginya? Ingatlah! dihari mereka didatangi azab, tidaklah dapat ditolak darinya dan mereka akan diliputi azab yang mereka ejekkan itu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik daripadanya, sesungguhnya dia amat berputus asa, lagi ingkar. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Dan jika Kami beri kesenangan setelah kesusahan, tentulah ia berkata: Telah hilanglah dariku segala kesusahan. Sesungguhnya ia gembira, lagi bangga. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Kecuali orang yang sabar dan mengerjakan amal salih, maka mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 12 | |
|
| |
|
Translation Kemungkinan kamu ingin meninggalkan sebahagian dari apa yang diwahikan kepadamu serta merasa sempit dada kerananya (disebabkan) mereka itu berkata: Mengapa tidak diturunkan kepadanya perbendaharaan, ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat? Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi amaran, dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 13 | |
|
| |
|
Translation Bahkan mereka mengatakan: Muhammadlah yang mereka-reka Al-Qur'an itu!. Katakanlah: maka datangkan sepuluh surah rekaan yang sebandingnya dan panggillah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah jika betul kamu orang yang benar. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 14 | |
|
| |
|
Translation Oleh itu, jika mereka tidak dapat melaksanakan permintaan kamu, maka ketahuilah bahawa Al-Qur'an itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Maka adakah kamu mengakui Islam dan berserah diri? |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 15 | |
|
| |
|
Translation Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 16 | |
|
| |
|
Translation Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 17 | |
|
| |
|
Translation Adakah sama mereka itu dengan orang yang sentiasa mempunyai bukti yang nyata dari Tuhannya, dan bacaan Al-Qur'an sebagai saksi daripada-Nya dan sebelum itu, telah ada Kitab Musa yang menjadi ikutan dan rahmat; mereka itu beriman dengannya; dan sesiapa di antara golongan kafir itu yang ingkar dengannya, maka nerakalah dijanjikan tempatnya. Oleh itu, janganlah kamu ragu-ragu padanya, kerana sesungguhnya Al-Qur'an itu adalah benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 18 | |
|
| |
|
Translation Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah! Orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap kepada Tuhan mereka, dan berkata saksi-saksi: Inilah orang yang berdusta ke atas Tuhan mereka. Ingatlah laknat Allah tertimpa kepada orang yang zalim! |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 19 | |
|
| |
|
Translation Orang yang menghalangi orang lain dari jalan Allah, dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok, sedang mereka pula ingkarkan hari Akhirat. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 20 | |
|
| |
|
Translation Mereka itu tidak mampu melepasi kekuasaan Allah didunia ini, dan tidak ada bagi mereka penolong selain dari Allah. Digandakan bagi mereka azab seksa-Nya, sehingga mereka tidak tahan mendengarnya, dan tidak dapat melihat tanda-tanda kebenarannya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 21 | |
|
| |
|
Translation Merekalah orang yang merugikan diri sendiri, dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 22 | |
|
| |
|
Translation Tidak syak lagi, bahawa sesungguhnya merekalah yang rugi serugi-ruginya, pada hari akhirat kelak. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 23 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 24 | |
|
| |
|
Translation Bandingan dua golongan itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; Adakah kedua-dua golongan itu sama keadaannya, maka tidakkah kamu mengambil peringatan? |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 25 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya! Kami utuskan Nabi Nuh kepada kaumnya; lalu ia berkata: Sesungguhnya aku adalah Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 26 | |
|
| |
|
Translation Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 27 | |
|
| |
|
Translation Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: Kami tidak memandang kamu melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang kami yang hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang pendusta. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 28 | |
|
| |
|
Translation Nabi Nuh berkata: Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisi-Nya, kemudian bukti itu menjadi kabur pada pandangan kamu, apakah Kami akan memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya? |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 29 | |
|
| |
|
Translation Dan wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu harta benda sebagai upah menyampaikan agama Allah, tiada upahku melainkan dari Allah semata-mata; dan aku tidak akan menghalau orang yang beriman, sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka; tetapi aku memandang kamu suatu kaum yang jahil. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 30 | |
|
| |
|
Translation Dan wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah? |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 31 | |
|
| |
|
Translation Dan aku tidak pernah berkata kepadamu, di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mengetahui perkara yang ghaib, dan aku tidak berkata bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa tidak akan diberi kepada mereka kebaikan oleh Allah, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika demikian, nescaya termasuk orang yang zalim. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 32 | |
|
| |
|
Translation Mereka berkata: Hai Nuh! Sesungguhnya kamu telah membantah kami lalu engkau banyakkan bantahanmu kepada kami; maka datangkanlah kepada kami azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang yang benar. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 33 | |
|
| |
|
Translation Nuh berkata: Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azab-Nya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak dapat melepaskan diri. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 34 | |
|
| |
|
Translation Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu. Jika sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu; Dialah Tuhan kamu dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 35 | |
|
| |
|
Translation Bahkan mereka mengatakan Nuh mereka-reka secara dusta. Katakanlah: Kalau aku yang mereka-rekanya maka aku akan menanggung dosa perbuatanku itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 36 | |
|
| |
|
Translation Dan diwahikan kepada Nuh bahawa sesungguhnya tidak akan beriman dari kaummu melainkan orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau bersedih tentang apa yang mereka lakukan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 37 | |
|
| |
|
Translation Dan buatlah bahtera dengan kawalan dan wahi Kami; dan janganlah merayu kepada-Ku untuk kaum yang zalim; sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 38 | |
|
| |
|
Translation Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami juga mengejek kamu sebagai balasan ejekan kamu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 39 | |
|
| |
|
Translation Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 40 | |
|
| |
|
Translation Sehingga apabila datang hukum Kami, dan air keluar memancut-mancut dari muka bumi, Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari setiap jenis haiwan berpasangan, dan ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman atasnya juga bawalah orang beriman. Dan tidak ada orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 41 | |
|
| |
|
Translation Dan Nuh berkata: Naiklah kamu ke dalamnya, dengan nama Allah ketika belayar dan berlabuh. Bahawa Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 42 | |
|
| |
|
Translation Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan Nabi Nuh memanggil anaknya, yang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang yang kafir. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 43 | |
|
| |
|
Translation Anaknya menjawab: Aku akan berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan daku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatu pun yang dapat berlindung dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani-Nya. Dan dipisahkan antara keduanya oleh ombak yang besar itu, lalu menjadilah ia dari orang yang ditenggelamkan oleh taufan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 44 | |
|
| |
|
Translation Dan difirmankan: Wahai bumi telanlah airmu, dan langit berhentilah dari hujanmu. Dan surutlah air, serta terlaksanalah perintah Allah. Dan bahtera itu berhenti di atas Gunung Judi, serta dikatakan bahawa kebinasaanlah bagi orang yang zalim. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 45 | |
|
| |
|
Translation Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janji-Mu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 46 | |
|
| |
|
Translation Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu; sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang salih, maka janganlah engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang engkau tidak ketahui. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 47 | |
|
| |
|
Translation Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang dengannya aku tidak ketahui; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang yang rugi. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 48 | |
|
| |
|
Translation Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan umat-umat yang bersamamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 49 | |
|
| |
|
Translation (Kisah Nabi Nuh) itulah dari perkara-perkara ghaib yang Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad), yang kamu dan kaummu tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 50 | |
|
| |
|
Translation Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka Nabi Hud. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! tiada bagi kamu Tuhan selain dari-Nya. Kamu hanyalah orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 51 | |
|
| |
|
Translation Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta upah darimu untuk seruanku ini. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan aku; maka tidakkah kamu berakal? |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 52 | |
|
| |
|
Translation Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, supaya Ia menghantarkan hujan yang lebat kepadamu serta menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu yang sedia ada; dan janganlah kamu berpaling kepada orang yang berbuat dosa. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 53 | |
|
| |
|
Translation Mereka berkata: Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami bukti yang nyata, dan kami tidak akan meninggalkan sembahan kami dengan sebab kata-katamu itu! Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu! |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 54 | |
|
| |
|
Translation Kami boleh berkata bahawa setengah dari sembahan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila. Hud jawab: Sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah tentang kebenaranku, dan kamu juga saksikanlah bahawa aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 55 | |
|
| |
|
Translation Menyembah yang lain dari Allah. Maka rancangkanlah tipu helah kamu semua terhadapku, janganlah kamu beri tempoh kepadaku mempertahankan diri. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 56 | |
|
| |
|
Translation Kerana sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu! Tiadalah suatu dari makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Dia yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 57 | |
|
| |
|
Translation Jika kamu membelakangkan seruanku, maka aku telah sampaikan apa yang diutus oleh Allah untuk menyampaikannya kepadamu dan digantikan oleh Tuhanku dengan kaum selain kamu; kamu tidak dapat membahayakan-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pemelihara tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 58 | |
|
| |
|
Translation Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan Hud dan orang yang beriman bersamanya dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 59 | |
|
| |
|
Translation Dan itulah kaum Aad, yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka, dan menderhakai Rasul-rasulnya; dan menurut perintah semua ketua yang degil lagi ingkar. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 60 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka ditimpa laknat dalam dunia ini dan pada hari Kiamat. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Aad itu telah kufur akan Tuhan mereka. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 61 | |
|
| |
|
Translation Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Salih. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 62 | |
|
| |
|
Translation Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Saleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap di kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 63 | |
|
| |
|
Translation Nabi Salih berkata: Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berada dalam kebenaran yang berdasarkan bukti yang nyata (mukjizat) dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan rahmat (pangkat Nabi) kepadaku sebagai pemberian daripada-Nya, maka siapakah yang akan menolongku dari azab Allah kalau aku menderhaka kepada-Nya? Oleh itu, kamu tidak menambah sesuatu kebaikan pun bagiku selain daripada perkara yang merugikan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 64 | |
|
| |
|
Translation Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 65 | |
|
| |
|
Translation Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Salih kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 66 | |
|
| |
|
Translation Maka tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Salih bersama umatnya yang beriman dengan rahmat dari Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 67 | |
|
| |
|
Translation Dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur ditempat tinggal masing-masing. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 68 | |
|
| |
|
Translation (Mereka punah ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 69 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang menggembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepadamu. Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka; seekor anak lembu yang di panggang. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 70 | |
|
| |
|
Translation Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka). |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 71 | |
|
| |
|
Translation Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang menggembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishaq, dan sesudah Ishaq, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 72 | |
|
| |
|
Translation Isterinya berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua, dan suamiku juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 73 | |
|
| |
|
Translation Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahan-Nya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 74 | |
|
| |
|
Translation Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang menggembirakan itu, (mulailah) ia membantah (utusan-utusan) Kami, tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 75 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya Nabi Ibrahim seorang yang penyabar, lembut hati, lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 76 | |
|
| |
|
Translation (Malaikat-malaikat itu berkata): Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan). |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 77 | |
|
| |
|
Translation Dan apabila datang utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka dan merasa tidak berdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: Ini adalah hari yang amat mencemaskan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 78 | |
|
| |
|
Translation Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku, mereka lebih suci bagimu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)? |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 79 | |
|
| |
|
Translation Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 80 | |
|
| |
|
Translation Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu). |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 81 | |
|
| |
|
Translation (Mendengarkan yang demikian), tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami adalah (malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepada mu (sebarang bencana). Oleh itu pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorang pun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat? |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 82 | |
|
| |
|
Translation Maka apabila datang perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang terbalik, dan Kami hujaninya batu-bata dari tanah terbakar bertalu-talu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 83 | |
|
| |
|
Translation Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, dan ia pula tidaklah jauh dari orang yang zalim itu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 84 | |
|
| |
|
Translation Dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Tiada bagi kamu Tuhan selain daripada-Nya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam keadaan baik; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 85 | |
|
| |
|
Translation Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu kurangkan kepada manusia benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 86 | |
|
| |
|
Translation Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik bagimu, jika kamu orang yang beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 87 | |
|
| |
|
Translation Mereka berkata: Hai Syuaib! Adakah sembahyangmu menyuruhmu perintahkan kami meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau kami tinggalkan apa yang kami lakukan tentang harta kami? Sesungguhnya engkau adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 88 | |
|
| |
|
Translation Nabi Syuaib berkata: Wahai kaumku! Bagaimana fikiranmu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku rezeki yang baik daripada-Nya sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada-Nya aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 89 | |
|
| |
|
Translation Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Salih. Dan kaum Nabi Lut pun tidaklah jauh dari kamu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 90 | |
|
| |
|
Translation Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 91 | |
|
| |
|
Translation Mereka berkata: Ya Syuaib, kami tidak banyak mengerti apa yang kamu katakan, dan sesungguhnya kami melihatmu seorang yang lemah di antara kami. Dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah kami telah merejammu. Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia di kalangan kami!. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 92 | |
|
| |
|
Translation Berkata Syuaib: Wahai kaumku! Apakah keluargaku lebih mulia daripada Allah dan kamu letakkan Dia di-belakang punggungmu? Sesungguhnya Tuhanku Pengetahuan-Nya meliputi apa yang kamu lakukan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 93 | |
|
| |
|
Translation Dan wahai kaumku, buatlah sedaya upaya kamu, sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kamu akan ketahui siapa yang akan didatangi azab yang hina, dan siapa pula yang berdusta. Dan tunggulah, sesungguhnya aku juga turut menunggu bersama-sama kamu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 94 | |
|
| |
|
Translation Dan tatkala datang perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang yang zalim itu dibinasakan oleh suara yang keras, lalu jadilah mereka mayat yang tersungkur di rumah mereka. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 95 | |
|
| |
|
Translation Seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 96 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, dan keterangan yang nyata. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 97 | |
|
| |
|
Translation Kepada Fir'aun dan kaumnya; lalu mereka menurut perintah Fir'aun sedang perintahnya itu tidaklah betul. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 98 | |
|
| |
|
Translation Fir'aun mendahului kaumnya di hari kiamat, kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan itulah seburuk-buruk tempat yang dimasuki. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 99 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia dan di hari kiamat. Laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 100 | |
|
| |
|
Translation Demikianlah sebahagian dari berita penduduk negeri yang telah dibinasakan Kami ceritakan kepadamu. Di antaranya masih wujud, dan ada yang telah musnah. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 101 | |
|
| |
|
Translation Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka tidaklah bermanfaat bagi mereka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 102 | |
|
| |
|
Translation Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa penduduk negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu amat pedih, lagi keras. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 103 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda-tanda pengajaran bagi orang yang takutkan azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan itulah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 104 | |
|
| |
|
Translation Dan tiadalah Kami lambatkan hari kiamat itu melainkan untuk suatu tempoh yang tertentu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 105 | |
|
| |
|
Translation (Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorang pun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 106 | |
|
| |
|
Translation Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (sepaerti suara keldai). |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 107 | |
|
| |
|
Translation Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 108 | |
|
| |
|
Translation Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu, sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 109 | |
|
| |
|
Translation Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu tentang sia-sianya apa yang disembah oleh mereka yang musyrik itu. Mereka tidak menyembah melainkan sama seperti yang disembah oleh datuk nenek mereka yang musyrik dahulu. Dan sesungguhnya Kami akan menyempurnakan bagi mereka bahagian mereka (dari azab yang telah ditentukan) dengan tidak dikurangi. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 110 | |
|
| |
|
Translation (Janganlah engkau merasa bimbang wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu) kerana sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan kalau tidaklah kerana terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran Al Quran) itu. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 111 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 112 | |
|
| |
|
Translation Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 113 | |
|
| |
|
Translation Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderongan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 114 | |
|
| |
|
Translation Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada ketka yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 115 | |
|
| |
|
Translation Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 116 | |
|
| |
|
Translation Maka sepatutnya ada di antara umat-umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi; tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 117 | |
|
| |
|
Translation Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 118 | |
|
| |
|
Translation Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengkehendaki, tentulah Ia menjadikan manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 119 | |
|
| |
|
Translation Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu (mereka bersatu di dalam ugama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa). |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 120 | |
|
| |
|
Translation Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hati kamu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman. |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 121 | |
|
| |
|
Translation Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: Buatlah apa yang kamu sanggup melakukan (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran yang Tuhan berikan kepada kami). |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 122 | |
|
| |
|
Translation Dan tunggulah (akibat yang buruk yang akan menimpa kamu)! Sesungguhnya kami juga menunggu (akan kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah kepada kami). |
|
Surah Hud |
|
|
Ayat 123 | |
|
| |
|
Translation Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi, dan kepada-Nyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah) Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. |