|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Haa, Miim. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya; Bacaan dalam bahasa Arab bagi faedah orang yang mengetahui dan memahami kandungannya. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Sebagai berita yang gembira dan peringatan; tetapi kebanyakan mereka berpaling ingkar, maka dengan sebab itu mereka tidak mahu mendengar. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka berkata: Hati kami tertutup daripada apa yang engkau seru kami kepadanya, dan pada telinga kami ada penyumbat, serta di antara kami denganmu ada sekatan; oleh itu, bekerjalah engkau untuk agamamu, sesungguhnya kami juga tetap bekerja untuk mempertahankan kepercayaan kami! |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka tetaplah kamu di atas jalan yang lurus, serta pohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan besar bagi orang yang mempersekutukan-Nya. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Iaitu orang yang tidak memberi zakat dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal yang salih, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya! Yang demikian ialah Allah Tuhan sekalian alam. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Dan Ia menjadikan di bumi gunung-gunung yang kukuh di atasnya, dan Ia memberkati padanya; dan Ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta oleh mereka; semuanya itu berlaku dalam empat masa. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Kemudian Ia menujukan kehendak-Nya ke arah langit sedang langit itu masih berupa asap. lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami datang dengan sukarela. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 12 | |
|
| |
|
Translation Lalu Ia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan masing-masing. Dan Kami hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta Kami memeliharanya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 13 | |
|
| |
|
Translation Maka jika mereka berpaling, maka katakanlah: Aku memberi amaran kepada kamu dengan petir, seperti petir yang menyambar kaum Aad dan Thamud! |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 14 | |
|
| |
|
Translation Ketika mereka didatangi Rasul-rasul dari hadapan dan belakang sambil menyeru: Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, mereka menjawab: Jika Tuhan kami kehendaki, tentulah Ia menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur akan apa yang kamu katakan; kamu diutus membawanya! |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 15 | |
|
| |
|
Translation Adapun kaum 'Aad, maka mereka berlaku sombong di bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: Siapakah yang lebih kuat dari kami? Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) lebih besar kekuatan-Nya dari mereka. Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuasaan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya). |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 16 | |
|
| |
|
Translation Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab yang hina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 17 | |
|
| |
|
Translation Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka menyukai kesesatan dari petunjuk; lalu mereka disambar petir azab yang hina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 18 | |
|
| |
|
Translation Dan Kami selamatkan orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 19 | |
|
| |
|
Translation Dan ingatlah hari dihimpunkan musuh-musuh Allah untuk dibawa ke Neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 20 | |
|
| |
|
Translation Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi atas mereka tentang apa yang mereka kerjakan. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 21 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka berkata kepada kulit mereka: Mengapa kamu menjadi saksi atas kami? Kulit menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 22 | |
|
| |
|
Translation Tidaklah kamu dapat berselindung dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulit-kulit badanmu terhadapmu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan secara bersembunyi itu. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 23 | |
|
| |
|
Translation Dan yang demikian itulah sangkaanmu terhadap Tuhanmu; itulah yang telah membinasakan kamu; maka menjadilah kamu dari orang yang rugi! |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 24 | |
|
| |
|
Translation Jika mereka bersabar, maka Nerakalah tempat tinggal mereka; jika mereka minta dikasihani, mereka bukanlah dari orang yang diterima permintaannya. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 25 | |
|
| |
|
Translation Dan Kami adakan untuk mereka teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, dan perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman azab atas mereka bersama-sama dengan umat-umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 26 | |
|
| |
|
Translation Dan orang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar Al-Qur'an ini dan tentanglah dia, supaya kamu berjaya mengganggu bacaan mereka! |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 27 | |
|
| |
|
Translation Maka sungguh! Kami rasakan orang kafir itu dengan azab yang berat, dan Kami balas mereka dengan balasan yang buruk bagi apa yang mereka kerjakan. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 28 | |
|
| |
|
Translation Demikianlah balasan musuh-musuh Allah, iaitu Neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal didalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 29 | |
|
| |
|
Translation Dan orang kafir berkata: wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 30 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap di atas jalan yang betul, turunlah kepada mereka malaikat dengan berkata: Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 31 | |
|
| |
|
Translation Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 32 | |
|
| |
|
Translation Sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 33 | |
|
| |
|
Translation Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan beramal salih, sambil berkata: Sesungguhnya aku dari orang Islam! |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 34 | |
|
| |
|
Translation Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan yang jahat. Tolaklah kejahatan dengan cara yang baik; apabila tiba-tiba orang yang di antara kamu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah dia seorang sahabat karib. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 35 | |
|
| |
|
Translation Dan tidaklah diterima kebaikan itu melainkan orang yang sabar, dan tidak dapat diterima juga melainkan orang yang mempunyai kebahagiaan yang besar. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 36 | |
|
| |
|
Translation Dan jika kamu dihasut oleh hasutan dari Syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 37 | |
|
| |
|
Translation Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan; dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 38 | |
|
| |
|
Translation Oleh itu, jika mereka tetap sombong maka malaikat yang di sisi Tuhanmu bertasbih kepada-Nya di malam dan siang hari, dengan tidak mereka merasa jemu. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 39 | |
|
| |
|
Translation Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, engkau melihat bumi kering dan tandus, maka apabila Kami turunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah. Sesungguhnya Dia menghidupkannya tentulah berkuasa menghidupkan makhluk yang mati; sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 40 | |
|
| |
|
Translation Sebenarnya orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat Kami, tidak terselindung dari Kami. Maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam Neraka lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman pada hari kiamat? Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 41 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang kufur terhadap Al-Qur'an ketika sampai kepada mereka, akan di azab. Dan sesungguhnya ia sebuah Kitab Suci yang mulia. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 42 | |
|
| |
|
Translation Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 43 | |
|
| |
|
Translation Apa yang dikatakan kepadamu hanyalah seperti yang pernah dikatakan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 44 | |
|
| |
|
Translation Dan kalaulah Al-Qur'an itu Kami jadikan dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasulnya berbangsa Arab? Katakanlah: Al-Qur'an itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang yang beriman; Dan orang yang tidak beriman, di telinga mereka ada penyumbat; dan ia suatu kegelapan pada mereka. Mereka itu, seperti diseru dari tempat yang jauh. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 45 | |
|
| |
|
Translation Dan (janganlah engkau merasa kecewa wahai Muhammad tentang keingkaran kaum mu) demi sesungguhnya! tentang sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan (janganlah engkau tidakkalau tidak kerana ketetapannya Dan sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan kalau tidak kerana ketetapan |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 46 | |
|
| |
|
Translation Sesiapa yang mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada durunya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 47 | |
|
| |
|
Translation Kepada-Nyalah dikembalikan soal ilmu masa datangnya hari kiamat; dan tidak keluar buah dari kelopaknya, dan tidak mengandung seorang ibu dan tidak melahirkan anak, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Dan pada hari Tuhan menyeru mereka: Dimanakah sekutu-sekutu-Ku itu? Mereka menjawab: Kami mengakui kepada-Mu, bahawa tidak ada di antara kami seorang pun yang mahu menjadi saksi! |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 48 | |
|
| |
|
Translation Dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka sembah dahulu, dan yakinlah mereka bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka melepaskan diri. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 49 | |
|
| |
|
Translation Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi putus harapan. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 50 | |
|
| |
|
Translation Dan sesungguhnya! Jika Kami rasakan rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa kesusahan, berkatalah ia: Ini adalah hakku, dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku tentu aku akan beroleh kebaikan di sisi-Nya! Maka sungguh! Kami akan memberitahu orang kafir itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan rasakan mereka azab yang keras. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 51 | |
|
| |
|
Translation Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia dan menjauhkan diri; dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa dengan panjang. |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 52 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Qur'an ini yang datangnya dari Allah kemudian kamu mengingkarinya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran? |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 53 | |
|
| |
|
Translation Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata kepada mereka bahawa Al-Qur'an adalah benar. Belumkah cukup bagi mereka bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? |
|
Surah Fussilat |
|
|
Ayat 54 | |
|
| |
|
Translation Ingatlah! Sesungguhnya mereka itu dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu. |