Surah 'Abasa

 

Ayat 1

عَبَسَ وَتَوَلَّى

 

Translation

Ia memasamkan muka dan berpaling.



Surah 'Abasa

 

Ayat 2

أَن جَاءهُ الْأَعْمَى

 

Translation

Kerana ia didatangi orang buta.



Surah 'Abasa

 

Ayat 3

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى

 

Translation

Dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya!



Surah 'Abasa

 

Ayat 4

أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَى

 

Translation

Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.



Surah 'Abasa

 

Ayat 5

أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى

 

Translation

Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Qur'an).



Surah 'Abasa

 

Ayat 6

فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّى

 

Translation

Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.



Surah 'Abasa

 

Ayat 7

وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّى

 

Translation

Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).



Surah 'Abasa

 

Ayat 8

وَأَمَّا مَن جَاءكَ يَسْعَى

 

Translation

Adapun orang yang segera datang kepadamu.



Surah 'Abasa

 

Ayat 9

وَهُوَ يَخْشَى

 

Translation

Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah).



Surah 'Abasa

 

Ayat 10

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّى

 

Translation

Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.



Surah 'Abasa

 

Ayat 11

كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ

 

Translation

Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).



Surah 'Abasa

 

Ayat 12

فَمَن شَاء ذَكَرَهُ

 

Translation

Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.



Surah 'Abasa

 

Ayat 13

فِي صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ

 

Translation

(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskah-naskah yang dimuliakan.



Surah 'Abasa

 

Ayat 14

مَّرْفُوعَةٍ مُّطَهَّرَةٍ

 

Translation

Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan).



Surah 'Abasa

 

Ayat 15

بِأَيْدِي سَفَرَةٍ

 

Translation

(Terpelihara) ditangan malaikat - malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz.



Surah 'Abasa

 

Ayat 16

كِرَامٍ بَرَرَةٍ

 

Translation

(Malaikat-malaikat) yang mulia lagi yang berbakti.



Surah 'Abasa

 

Ayat 17

قُتِلَ الْإِنسَانُ مَا أَكْفَرَهُ

 

Translation

Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya.?



Surah 'Abasa

 

Ayat 18

مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ

 

Translation

(Tidakkah ia memikirkan ) dari apakah ia diciptakan oleh Allah.?



Surah 'Abasa

 

Ayat 19

مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ

 

Translation

Dari air mani diciptakan-Nya, serta dilengkapkan dengan persediaan untuk bertanggungjawab.



Surah 'Abasa

 

Ayat 20

ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ

 

Translation

Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya.



Surah 'Abasa

 

Ayat 21

ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ

 

Translation

Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan.



Surah 'Abasa

 

Ayat 22

ثُمَّ إِذَا شَاء أَنشَرَهُ

 

Translation

Kemudian apabila Allah kehendaki, dibangkitkannya (hidup semula).



Surah 'Abasa

 

Ayat 23

كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَا أَمَرَهُ

 

Translation

Janganlah ia kufur lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.



Surah 'Abasa

 

Ayat 24

فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَى طَعَامِهِ

 

Translation

Maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya).



Surah 'Abasa

 

Ayat 25

أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاء صَبًّا

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.



Surah 'Abasa

 

Ayat 26

ثُمَّ شَقَقْنَا الْأَرْضَ شَقًّا

 

Translation

Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan.



Surah 'Abasa

 

Ayat 27

فَأَنبَتْنَا فِيهَا حَبًّا

 

Translation

Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian.



Surah 'Abasa

 

Ayat 28

وَعِنَبًا وَقَضْبًا

 

Translation

Dan buah anggur serta sayur-sayuran.



Surah 'Abasa

 

Ayat 29

وَزَيْتُونًا وَنَخْلًا

 

Translation

Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma.



Surah 'Abasa

 

Ayat 30

وَحَدَائِقَ غُلْبًا

 

Translation

Dan tanam-tanaman yang menghijau subur.



Surah 'Abasa

 

Ayat 31

وَفَاكِهَةً وَأَبًّا

 

Translation

Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput.



Surah 'Abasa

 

Ayat 32

مَّتَاعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ

 

Translation

Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.



Surah 'Abasa

 

Ayat 33

فَإِذَا جَاءتِ الصَّاخَّةُ

 

Translation

Kemudian (Ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat.



Surah 'Abasa

 

Ayat 34

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ

 

Translation

Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya.



Surah 'Abasa

 

Ayat 35

وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ

 

Translation

Dan ibunya serta bapanya.



Surah 'Abasa

 

Ayat 36

وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ

 

Translation

Dan isterinya serta anak-anaknya.



Surah 'Abasa

 

Ayat 37

لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

 

Translation

Kerana setiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.



Surah 'Abasa

 

Ayat 38

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ

 

Translation

Muka orang yang beriman pada hari itu berseri-seri.



Surah 'Abasa

 

Ayat 39

ضَاحِكَةٌ مُّسْتَبْشِرَةٌ

 

Translation

Tertawa, lagi bersuka ria.



Surah 'Abasa

 

Ayat 40

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ

 

Translation

Dan muka (orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu.



Surah 'Abasa

 

Ayat 41

تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ

 

Translation

Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.



Surah 'Abasa

 

Ayat 42

أُوْلَئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ

 

Translation

Mereka itu ialah orang yang kafir, yang derhaka.