|
Tun Abdul
Razak
Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein
(1922-1976) adalah
Perdana Menteri
Malaysia Ke 2, dan mulai memegang
jawatan pada tahun 1970. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan
Malaysia.
Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
memimpin Malaysia untuk tempoh yang agak pendek, iaitu sekitar 6
tahun sahaja. Tetapi di era beliaulah, kita dapati bermulanya
Dasar Ekonomi Baru
(Malaysian New Economic Policy) yang
dilancarkan pada tahun 1971. Beliau meninggal akibat sakit
leukemia pada tahun 14 Januari 1976 sewaktu masih berkhidmat
sebagai Perdana Menteri.
Latar Belakang
Allahyarham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau
Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Beliau merupakan
anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh
Fatimah bt Daud.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah
seorang yang prihatin dan mempunyai kesedaran yang tinggi tentang
kehidupan masyarakat Melayu yang serba miskin.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Kampung Jambu, Langgar. Kemudia beliau
meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan
seterusnya di Raffles Kolej,
Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan
beliau terpaksa berhenti belajar buat sementara waktu. Justeru,
beliau menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit
tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke
Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun.
Beliau menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika
Jepun menyerah.
Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial
sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang
undang-undang di
England. Pada tahun 1950, beliau
menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's
Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun
1950. Sewaktu di
England, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scholar'.
Semasa menuntut lagi, Tun Abdul Razak telah menunjukkan
kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau
telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti
Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada
anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga
menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang yang cerdas. Dalam
masa 18 bulan sahaja beliau berjaya menamatkan pengajian
undang-undang dan dalam masa yang sama beliau aktif menjadi
pemimpin pelajar. Beliau juga menubuhkan 'Forum Tanah Melayu',
sebuah persatuan yang menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah
Melayu.
Di
England jugalah Allahyaraham Tun Abdul
Razak berkenalan dengan
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari
England, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia
sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, beliau
memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service.
Allahyaraham Tun Abdul Razak mula melibatkan diri dalam politik
tanah air pada tahun 1950 apabila beliau dipilih sebagai Ketua
Pemuda UMNO. Ini berlaku setelah empat bulan beliau menyertai UMNO.
Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak dipilih sebagai
Timbalan Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein bertanggungjawab membawa
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya
sendiri.
Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham
mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam
Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan
masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi
kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.
Pada Februari 1955
Allahyaraham dilantik sebagai Menteri Besar Pahang.
Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatan
beliau dalam kabinet di mana Allahyaraham telah dilantik sebagai
Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955.
Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah
memperkenalkan 'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu.
Allahyaraham Tun Abdul Razak berkahwin dengan Toh Puan Rahah dan
memperoleh anak sulung, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga
berjaya dalam karier politiknya.
Peranan Dan Sumbangan
Tun
Razak bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari
1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau
telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan
untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Beliau terkenal sebagai tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada
pembangunan kebangsaan dan luar bandar. Bahkan beliau merupakan
seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk
kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara
Malaysia. Justeru Allahyaraham Tun Abdul
Razak lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
dihormati di peringkat antarabangsa. Sebagai Menteri Pelajaran,
beliau telah merombak sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan
dasar pecah dan perintah. Beliau melihat sekolah-sekolah Melayu
serta sekolah-sekolah vernakular
Cina dan Tamil tidak diberi sebarang
kelebihan.
Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata
Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya
menyatukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu
padu dengan harapan:
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
akan menjadi bahasa penghantar utama.
Selain itu,
Allahyaraham juga merupakan salah seorang
ahli Parti Perikatan yang telah ke
London bersama rombongan kemerdekaan dan
pulang membawa kejayaan.
Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri, Allahyaraham memegang portfolio Kementerian Pertahanan,
iaitu pada tahun 1957. Di sini beliau juga membawa perubahan
kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang
moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham yang
mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik
pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan
jayanya sehingga 'darurat'
diisytiharkan tamat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan
Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin
keselamatan rakyat.
Kemudian Allahyarham mendapat tugas penting 'mengisi keamanan
dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan
Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham
Tun Abdul Razak telah berjaya mengurangkan kadar buta huruf di
kalangan tiga juta rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program
pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan. Di
sini beliau menitikberatkan penambahan prasarana asas luar bandar
serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta
ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan
tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk
pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar
pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali
sebagai 'Buku Merah'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab
menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan
parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah
bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk
ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Di peringkat antarabangsa, Allahyaraham Tun
Abdul Razak juga merupakan orang yang bertanggungjawab berunding
dengan
Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi'
yang dilancarkan oleh negara itu ke atas
Malaysia yang didalangi oleh Parti
Komunis Indonesia (PKI).
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan
Manila 1963. Allahyaraham juga telah mengadakan beberapa lawatan
keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan
Amerika Syarikat.
Sebagai
Perdana Menteri
Pada 13 Mei 1969, apabila negara dikejutkan
dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum,
perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat
diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
ditubuhkan dan mengambilalih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam
berjaya dipulihkan.
Allahyaraham Tun Abdul Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang
mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui
Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Ini dilakukan
atas kesedaran masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan
sosio-ekonomi. Oleh itu beliau berusaha meningkatkan taraf hidup
golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta
pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini
membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.
Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri yang kedua setelah
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari
dalaman UMNO sendiri.
Pada tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22.
Sebagai Perdana Menteri matlamat utamanya ialah menangani
sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum hingga ke
peringkat akar umbi . Ada dua sebab utama yang menjadi punca
ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya
perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham telah
melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.
'Dasar
Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu
falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara
pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan
matlamat utamanya:
·
Membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum
·
Menghapuskan identifikasi
kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.
'Rancangan Pembangunan
Malaysia' bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua.
Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham
Tun Abdul Razak namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara
kolektif dan pragmatik. Amalan yang diasaskan oleh beliau ini
diteruskan sehingga ke hari ini dengan beberapa siri Rancangan
Malaysia ke-7, 8 dan ke 9.
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar
Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari
1970-1990. Ia merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara
harus mencapai 30% di akhir tempoh itu. Suatu peratusan yang sukar
dicapai hingga ke hari ini.
Antara institiusi yang paling penting hasil
dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu
badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk
tujuan pembagunan. Program ini dikenali sebagai program reformasi
tanah yang paling besar dan berjaya di dunia. Ia menjadikan
Malaysia pengeluar terbesar getah dan
minyak kelapa sawit.
Sumbangan Lain
Allahyaraham seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau gemar
melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang
rakyat alami. Beliau turut berjaya menghidupkan semangat
bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan
pentadbir Melayu.
Dalam memupuk perpaduan antara kaum,
Allahyaraham Tun Abdul Razak juga bertanggungjawab melancarkan 'Rukunegara'
pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang
mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan
negara
Malaysia yang demokratik, adil, saksama,
liberal dan progresif.
Rujukan:
Mohamed Yosri Mohamed Yong
Wikipedia
|