Tun Dr. Mahathir

Tun Dr Mahathir bin Mohammad (popular dengan
gelaran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi PM)
dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Beliau adalah anak kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan
binti Wan Hanafi. Pada masa itu,Encik Mohamad telah pun mempunyai lapan
orang cahaya mata. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang
ke-empat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai, 1981 sehingga 31
Oktober, 2003, beliau telah membawa Malaysia ke mercu kemodenan dan
kemajuan dengan pantas.
Aada pendapat mengatakan bahawa beliau berjaya
mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang
bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau
bagaimanapun, beliau sentiasa dikritikkan atas gaya pemerintahannya yang
autokratik dan mengutamakan kroni.
Dr Mahathir juga merupakan seorang tokoh politik
antarabangsa yang berterus terang dan banyak menimbulkan kontroversi.
Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia. Wikipedia
melaporkan bahawa beliau bertindak sebagai alternatif kepada faham
individualisma (yang di pelopori Amerika Syarikat) dan kapitalisma, iaitu
dasar tidak campur tangan (laissez-faire).
Nama Tun Dr Mahathir terus diingati sebagai "Bapa
Pemodenan Malaysia". Juga sebagai negarawan ulung yang telah menjadikan
Malaysia sebuah negara moden, makmur, dan terkehadapan dalam era
globalisasi. Beliau dianugerahkan pangkat Tun pada 25 Jun, yakni pangkat
kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan perkhidmatan sebagai Perdana
Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling lama
memegang jawatan di Asia Tenggara.
Masa muda
Dalam autobiografinya, Dr Mahathir mengatakan bahawa
dia adalah adalah dari keturunan orang India (daripada bapanya) yang
mempunyai kaitan dengan Kerala, India, sementara ibunya adalah orang
Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau tetap
mengganggapkan dirinya sebagai Melayu yang tulin.
Dr Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Seberang Perak, Kedah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab
Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir
menghabiskan masanya dengan berniaga cendul, diikuti dengan membuka kedai
kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau
menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura,
dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada
tahun 1953.
Selepas mendapat ijazah perubatan, Dr Mahathir
berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan
Perlis dari 1954 hingga 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan
dengan Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan lima
cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan dua perempuan. Anak-anak beliau ialah :
- Marina Mahathir
- Mirzan Mahathir
- Melinda Mahathir
- Mokhzani Mahathir
- Mukhriz Mahathir
- Maizura
- Mazhar
Pada 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan
kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Setar.
Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak
1945 yang mana beliau turut sama terlibat dalam kempen menentang
Malayan Union. Apabila United Malayan National Organisation (UMNO)
ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama
mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan
Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengaja menimbulkan
perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri
Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria
kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Justeru
tidak puas hati atas tuduhan bahawa beliau hendak memilih calon-calon yang
rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya
tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr
Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calun
Parti Islam (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli
Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau
ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja,
selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang
Cina untuk mencapai kerusinya. (Mengikut berita Wikipedia, "sebagai ejekan,
Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum 1999 dengan undi-undi orang Cina,
apabila kaum Melayu dipecah disebabkan perselisehannya dengan Datuk Seri
Anwar Ibrahim".)
Berikutan peristiwa 13 Mei, 1969, Dr Mahathir
dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai,
selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya,
beliau telah mengkritikkan cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr
Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Dr Mahathir mengarang buku "Dilema
Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversial itu, yang mendedah
dan menganalisis perwatakan orang Melayu. Buku itu telah diharamkan pada
tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Dr
Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai
senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan
raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan
raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun
Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib
presiden UMNO pada tahun 1975.
Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal
dunia secara mengejut dan diganti oleh Datuk Hussein Onn. Penggantinya,
Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya. Beliau juga
masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama
selepas itu Dr Mahathir dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Datuk Hussein
Onn mengumumkan untuk bersara. Semasa persaraannya, beliau menamakan Dr
Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai
Menteri Pertahanan.
Pernah berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan
parti dalam tahun 1987, beliau dicabar oleh Tengku Razalegh Hamzah. Namun
Tun Dr. Mahathir berjaya mengalahkan pencabar beliau dan mengekalkan
kerusi Presiden. Demikian juga pada tahun 1990 dan 1993, beliau terus
dapat mengekalkan sebagai Presiden parti dan seterusnya sebagai Perdana
Menteri Malaysia. Di zamannya juga, didapati Barisan Nasional pernah
hilang dua buah negeri kepada pembangkang, iaitu Kelantan dan Terengganu. Selepas 22 tahun memimpin Malaysia, pada 31
Oktober 2002, Dr Mahathir mengambil keputusan untuk bersara dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai penggantinya.
Era Dr. Mahathir merupakan satu era yang penuh
kontroversi dan polemik baik dari segi pembangunan, politik, agama maupun
anjakan pemikiran. Usaha-usaha beliau untuk mengubah cara berfikir dan
bekerja orang Melayu tidak selesai sepenuhnya sehingga pada saat beliau
melepaskan jawatan Perdana Menteri. Pernyataan beliau mengenai kekecewaan
itu boleh diimbas dalam beberapa kenyataan beliau menjelang persaraan. Hal
itu juga jelas dalam siri mesyuarat agung UMNO sebelum persaraan yang
penuh dengan linangan air mata. Benarkah begitu?
Juga masyarakat masih tidak lupa di mana di zamannya
berlaku beberapa kali pertukaran Timbalan Perdana Menteri dengan pelbagai
tandatanya. Sedang beliau unggul di tampuk no satu. Antara mereka yang
sempat menjadi Timbalan (tetapi gagal naik ke tangga PM kecuali Pak Lah)
di era beliau ialah:
- Musa Hitam (1981 - 1986)
- Ghafar Baba (1986 - 1993)
- Anwar Ibrahim (1993 - 1998)
- Abdullah Ahmad Badawi (1998 - 2003)
Senario itu juga menunjukkan suatu perbezaan
yang jelas di antara zaman beliau dengan perdana menteri
sebelumnya.
Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad ;
http://www.sandroses.com/cgi-
http://www.pmo.gov.my/
|