|
Tun Hussein
Onn
Tun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke
3, memimpin negara dari tahun 1976 hingga 1981. Beliau dilahirkan
di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 dan merupakan
cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.
Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri yang ke 3 hanya selama 5
tahun. Beliau meletakkan jawatan atas sebab kesihatan. Beliau
kembali ke rahmatuLlah pada 29 Mei 1990 dan disemadikan di Makam
Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Tun
Hussein Onn dikenang sebagai Bapa Perpaduan kerana segala jasa dan
usahanya dalam memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
LATAR BELAKANG
Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn adalah anakanda kepada Allahyaraham Dato' Onn bin Jaafar
yang bertanggungjawab ke arah penubuhan UMNO. Beliau dilahirkan di
Johor Bahru pada 12 Februari 1922. Ibunya bernama Datin Halimah
Hussein.
Allahyaraham mula mendapat
pendidikan di English College (yang kini dikenali sebagai
Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Beliau hanya sempat
menamatkan Senior Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia
ke II. Berikutan itu, Allahyaraham Tun Hussein terus menyertai
Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan menjalani
latihannya di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India.
Selepas ditauliahkan, beliau menyertai pula Regimen Hyderabad ke
19. Perkhidmatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sebagai
Kapten tentera membawa beliau ke Mesir, Syria, Palestine, Iran dan
Iraq.
Bermula tahun 1942 Allahyaraham Tun
Hussein terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria,
Palestin dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau
Asia, Allahyaraham Tun Hussein ditempatkan di Cawangan Perisikan
Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi.
Selepas peperangan, pihak British
telah mengambil beliau beliau sebagai jurulatih di Pusat Rekrut
dan Latihan Polis Malaya di Rawalpindi.
Tun Hussein
kembali ke Malaysia pada tahun 1945 dan dilantik sebagai Komandan
Polis Depot Johor Bahru. Pada tahun berikutnya beliau menyertai
Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pentadbir di Segamat,
Johor. Kemudiannya, beliau dipindahkan ke Selangor sebagai Pegawai
Daerah Kelang dan Kuala Selangor.
KEMBALI DALAM POLITIK
Tun Hussein berasal dari keluarga
yang begitu mendalam semangat nasionalisme dan kecenderungan aktif
dalam politik. Justeru, beliau berhenti dari perkhidmatan awam
untuk menyertai politik. Pada 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda
UMNO yang pertama, iaitu parti yang ditubuhkan dengan bantuan
bapanya. Pada 1950, beliau dipilih sebagai Setiausaha Agong UMNO.
Bagaimanapun, Tun Hussein meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk
menyertai bapanya menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan
Malaya (IMP).
Malangnya
IMP tidak mendapat sambutan dan Tun Hussein kembali ke London
untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di
Lincoln's Inn, serta melayakkan diri sebagai
Barrister-at-Law. Beliau kembali sebagai seorang peguam
bertauliah dan bekerja di Kuala Lumpur.
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
ketika itu memujuk beliau menyertai semula UMNO. Lalu, Tun Hussein
kembali ke arena politik pada tahun 1968 . Pada pilihanraya Umum
1969, beliau bertanding dan menang. Seterusnya beliau dilantik
sebagai Menteri Pendidikan. Dan pada 13 Ogos 1973, Tun Hussein
telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan
tempat Allahyarham Tun Dr Ismail yang kembali ke rahmatuLlah lebih
awal.
SEBAGAI PERDANA MENTERI
Beliau dilantik sebagai Perdana
Menteri Malaysia pada 15 Januari 1976, iaitu selepas
kematian Tun Abdul Razak. Sebagai lanjutan usaha Tun Razak
sebelumnya, beliau juga menekankan isu-isu perpaduan. Ini dapat
dilihat melalui polisi-polisi yang menjurus ke arah matlamat
perpaduan negara dengan mengimbangkan kedudukan ekonomi antara
kaum.
Sebagai contoh, pada 20 April 1981
kita dapat saksikan kewujudan Skim Amanah Saham Nasional. Beliau
juga memberi perhatian yang serius terhadap konsep Rukun Tetangga
dan usaha-usaha memerangi dadah.
Tun
Hussein, yang berkahwin dengan Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd
Noah menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Beliau memutuskan
untuk bersara dari politik pada 17 Julai 1981 dan sekaligus
meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau
meninggal dunia pada 29 Mei 1990 pada usia 68 tahun
di San Francisco,
Amerika Syarikat kerana
serangan sakit jantung. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
Peranan Dan Sumbangan
Ketika menjadi Perdana Menteri
Allahyaraham Tun Hussein telah meneruskan agenda pembangunan yang
telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak khususnya dalam
menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.
Di bawah pentadbirannya, angkatan
bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan
Lebih-lebih lagi apabila rantau Asia Tenggara ketika itu
digemparkan dengan kejatuhan Vietnam Selatan ke tangan komunis dan
termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis.
Semasa pentadbirannya usaha
membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa
tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati
dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan
pengitipan (inteligen) yang berjaya.
Usaha beliau dalam memajukan
Malaysia tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.
Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan
ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein berjaya mengawal keadaan
dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.
Allahyaraham Tun Hussein pernah
menjalani rawatan jantung pada awal 1981. Namun beliau sempat
melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981.
Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein sentiasa mencuba
meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan
jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi
ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu
peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein
yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Justeru
keamanan negara yang diperkukuhkannya, ia telah berjaya menarik
pelabur luar. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil
politik dan ekonominya buat seketika.
PELETAKAN JAWATAN
Akibat kesihatan beliau yang merosot,
Allahyaraham Tun Hussein menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri
dari kepimpinan negara. Allahyaraham meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas alasan kesihatan
dan diambilalih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18
Julai 1981.
Meskipun begitu beliau masih aktif
dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan
ISIS.
Beliau pergi dalam suasana rakyat
masih belum puas berada dalam pimpinan beliau. Beliau mewariskan
kerajaan kepada Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan parti
UMNO juga dalam keadaan yang kukuh.
Rujukan:
Mohamed Yosri Mohamed Yong
Wikipedia
|