|
AL-KINDI
Nama penuh beliau
ialah Abu Yusuf Ya’qub ibn Ishaq ibn Sabbah ibn ‘Imran ibn Isma’il ibn
alAsh’ath ibn Qais al-Kindi. Kindah adalah puak Arab yang besar
sebelum Islam. Al-Kindi (185h/801m) merupakan ahli falsafah Islam yang
pertama. Pada abad ke 8 masehi pengajian falsafah banyak tersebar di
kalangan orang-orang Syria-Kristian yang kebanyakannya adalah doktor.
Adalah disebutkan bahawa pembelajaran ilmu falsafah bermula dengan
penterjemahan buku-buku Latin ke bahasa Arab atas dorongan Khalifah
ketika itu. Oleh kerana al-Kindi merupakan orang Arab pertama yang
mempelajari sains dan falsafah, beliau diberi julukan “ahli falsafah
orang-orang Arab”. – HBI
Seterusnya……
Al-Kindi dikenal sebagai sebuah kamusanika kerana
banyaknya bidang-bidang ilmu pengetahuan yang ditulisnya dan banyaknya
buku-buku yang dikarangnya. Menurut cerita, beliau telah mengarang
sebanyak 265 buah buku di dalam berbagai bidang pengajian. Beliaulah
ahli falsafah pertama yang berpendapat perlunya mencari pertolongan
matematika untuk menyelesaikan masalah falsafah, iaitu satu pendapat
yang disalahhubungkan dengan Descartes sebagai orang yang pertama
mengeluarkan pendapat ini.
Al-Kindi telah menulis sebuah buku lengkap untuk
membuktikan kebenaran teori ini, tetapi aplikasinya terhadap teori ini
malangnya teah rosak kerana dipengaruhi oleh aliran Pythagoras.
Al-Kindi telah menulis sebuah buku mengenai ilmu
optika (optics) yang dianggap sebagai buku asas dalam pengajian ini.
Dan buku ini telah menjadi buku rujukan penting kepada para pengkaji
dalam bidang optika, baik di Timur ataupun di Barat. Roger Bacon dan
Cardanus telah memperlihatkan minat mereka yang sungguh terhadap
hasil-hasil penyelidikan dan fikiran-fikiran al-Kindi. Cardanus
bersetuju dengan pendapat al-Kindi yang mengatakan alam ini sebagai
satu unit yang mempunyai pertalian yang begitu rapat hingga apabila
kita telah dapat mengenal sebahagiannya dengan sungguh-sungguh, maka
ini bererti kita mendapat sebuah cermin yang tergambar di dalamnya
seluruh alam dan dengan demikian dapatlah kita mengenal seluruh alam.
Al-Kindi mempunyai satu teori pengetahuan yang
masih diperhatikan oleh aliran pemikiran Kant hingga sekarang. Beliau
berpendapat bahawa sumber-sumber pengetahuan itu ialah panca indera ,
akal dan imaginasi (khayal). Pancaindera menanggap hal-hal juz’I dan
gambaran-gambaran benda, akal pula bertugas menanggap hal-hal umum
atau universal dan gambarn-gambaran mental, sedangkan imaginasi pula
memegang tugas pertengahan di antara dua perkara itu, iaitu menanggap
hal-hal juz’i yang universal (universal particular) hingga baru-baru
ini Kant (1804m) telah disangka sebagai orang yang meletakkan
imaginasi di tengah-tengah di antara pancaindera dan akal, kemudian
ternyata di sana ada ahli-ahli falsafah lain mendahului Kant dalam
masalah ini. Mereka ialah Addison (1719m), Muraturi (1750m) dan Lord
Kames (1782m)
Tetapi yang sebenar bukannya Kant dan ahli-ahli
falsafah tadi yang mula-mula menelurkan pendapat ini, malah yang
mula-mula menelurkannya ialah al-Kindi yang hidup sebelum Kant
kira-kira sembilan abad lamanya.
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|