e-Com Powered by Active IQ

Sumbangan

Homeopathy Malaysia  - Info Islam

IBNI AL-HAYTHAM

Abu 'Ali al-Hasan ibn al-Haytham atau dikenali juga sebagai Alhazen adalah seorang filasof, ahli matematik dan pakar astronomi yang handal, serta banyak pula memberi sumbangan mengai prinsip-prinsip Optik dan eksperimen saintifik. HBI.

Seterusnya... 

Ibni al-Haytham seorang ahli falsafah yang terkenal dari aliran falsafah Aristotle. Seperti intelek-intelek yang sezaman dengan beliau iaitu Ibni Sina dan al-Bayruni, Ibni al-Haitham telah mendahului Kant kira-kira tujuh abad dalam mengemukakan satu teori yang disalahhubungkan kepada Kant. Teori itu ialah kebenaran itu tidak boleh dicapai melainkan melalui fikiran-firiran, yang terdiri dari unsur-unsur yang ditanggap oleh pancaindera dan unsure-unsur yang ditanggap oleh akl. Ibni al-Haytham bersetuju dengan Aristotle kerana menurut beliau, Aristotle adalah seorang yang paling bijak menghubungkan perasaan-perasaan dan menyatupadukan di antaranya untuk mewujudkan sesuatu pengetahuan aqli.

Pengajian Ibni al-Haytam juga telah menghasilkan satu pendapat yang tidak diketahu oleh Barat melainkan di dalam abad yang lepas. Intisari dari pendapat ini, ialah sesuatu pengertian itu adalah lahir dari perasaan-perasaan dan dari hasil-hasil perbandingan di antara perasaan yang baru dengan perasaan-perasaan lama yang serupa yang telah sedia tergambar di dalam ingatan seseorang, setelah itu ia menilai bahawa perasaan yang baru itu serupa dengan gambaran perasaan-perasaan lama yang telah terlukis di dalam ingatannya.

Berhubung dengan ilmu jiwa, Ibnu al-Haytham telah menemui satu undang-undang yang sangat penting, iaitu perasaan-perasaan yang muncul berturut-turut dengan teratur satu demi satu itu akan membentuk satu perasaan yang bersambung-sambung. Apabila penemuan ini disemak semula di zaman baru, maka rekaan wayang gambar dapat dilaksanakan, kerana filem wayang itu sebenarnya adalah terjadi dari gambar-gambar yang berturut-turut, tetapi kelihatan seolah-olah satu gambar saja. Seandainya kaedah kimia mengenai cara mencuci gambar telah diketahui di masa-masa lampau, sudah tentu zaman-zaman pertengahan dapat menyaksikan filem-filem wayang gambar.

 

Sumbangan Islam Kepada DuniaM.M.Shariff. Terjemahan Yusoff Zaky Yacob

Lihat jua:

http://www-groups.dcs.st-and.ac.uk/~history/Mathematicians/Al-Haytham.html

http://www.britannica.com/eb/article-9005710

http://www.infoplease.com/ce6/people/A0824826.html

 

Ó DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library

  

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005