|
IMAM AL-GHAZALI
|
al-Ghazali dilahirkan
di
Tus, Iran pada
1058m. Nama sebenar beliau ialah
Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad At-tusi Al-ghazali.
Beliau merupakan seorang ulama, tokoh
sufi, dan ahli falsafah yang disegani. Beliau menghasilkan banyak
karya, terbesar antaranya ialah Ihya' 'ulum uddin (“The
Revival of the Religious Sciences”). Beliau meninggal pada 18 Dis
1111m. |
 |
Seterusnya.....
Imam al-Ghazali
mempunyai tempat istimewa dalam sejarah perkembangan pemikiran Islam
dan menduduki ruangan puncak di antara tokoh-tokoh aliran Asya’ari,
begitu juga beliau menduduki kedudukan yang terkemuka di antara
tokoh-tokoh sufi. Beliau seolah-olah sebuah matahari benderang yang di
waktu lahirnya akan melenyapkan bintang-bintang yang lain. Dari itu
kita dapati kelahiran al-Ghazali di Timur telah melenyapkan ramai
ahli-ahli pemikir di zamannya. Pengaruh pemikiran beliau telah meluas
ke Barat, tetapi Barat di waktu itu sedang asyik dengan ilmu falsafah
yang tercetus dari pemikiran Ibnu Rushd
Al-Imam al-Ghazali
telah bertugas selaku selaku pengetua Sekolah Tinggi al-Nizamiah di
Baghdad di antara tahun 1092 dan 1096, kemudian beliau bersara dri
jawatannya dan lantas mengembara ke pelbagai pelusuk bumi untuk
mencari “hakikat”. Penjelajahannya berakhir di Tus tempat tumpah
darahnya. Kemudian beliau dipaksa oleh Sultan supaya mengajar di
Sekolah Tinggi al-Nizamiah di Naysabur. Tetapi tak lama selepas itu
beliau meletakkan jawatan dan kembali menetap di rumah kediamannya
yang kemudian berubah menjadi sekolah kepada para penuntut ilmu dan
pusat ibadat kepada para sufi dan ‘abid.
Keunggulan
falsafah al-Ghazali dan fikirannya dapatlah dinilaikan apabila kita
memperhatikan satu hakikat yang penting, iaitu al-Ghazalilah yang
telah meletakkan garis-garis pokok falsafah Barat mulai dari Descartes
hingga kepada Bergson.
Dalam
bukunya, “Sejarah Falsafah” (History of Philosophy), George
Henry Lewis telah memperkatakan tentang kitab al-Ghazali “Ihya-Ulumuddin”,
dalam mana beliau menegaskan sejauh mana ahli-ahli falsafah Barat
berpegang dengan fikiran-fikiran al-Ghazali di dalam
pengajian-pengajian mereka. Kata beliau, “Pengarang ini (al-Ghazali)
telah mengemukakan pendapat-pendapat ilmiah dan metode kajian yang
kemudiannya lahir begitu jelas di dalam buku Descartes, “Discourse
Sur Iu Methode” sehingga jika ada naskhah terjemahan kitab Ihya
Ulumuddin di waktu itu, sudah tentu tulisan Descartes ini merupakan
satu cebakan atau penciplakan yang nyata.
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
Lihat juga:
http://www.ghazali.org/articles/gz1.htm
http://www.humanities.mq.edu.au/Ockham/x52t07.html
http://www.islam.org.br/al_ghazali.htm
http://www.cyberistan.org/islamic/ghazali.html
http://www.britannica.com/eb/article-9036672
http://www.trincoll.edu/depts/phil/philo/phils/muslim/ghazali.html
|