|
PENGAJIAN FEQAH DAN
PERUNDANGAN
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. |
 |
Umat
Islam telah memperlihatkan kecekapan yang nyata di dalam pengajian
feqah (perundangan Islam) dan perundangan hingga feqah Islam dapat
meladeni serumit-rumit masalah dalam masyarakat hidup manusia.
Orientasi-orientasi perundangan Islam yang penting yang membezakannya
dari perundangan Roman ialah perundangan Islam melindungi kebebasan
individu, hak-hak wanita dan kanak-kanak. Perundangan Islam adalah
satu perundangan internasional yang lengkap. Ujar Edmund Burke,
“Undang-undang Islam adalah berjalan kuatkuasanya ke atas seluruh umat
Islam tanpa membezakan antara raja yang bermahkota dengan jongos yang
miskin. Undang-undang Islam telah digubahkan serapi-rapi dan
sekemas-kemasnya hingga undang-undang itu benar-benar merupakan
sebagai sedalam-dalam dan segemilang undang-undang yang ernah
diketahui manusia”.
Di antara
ilmu-ilmu yang diadakan oleh umat Islam kerana hubungannya dengan
perundangan ialah ilmu kaji hadis (Mustalah al-Hadith). Dengan
perantaraan ilmu ini mereka dapat menentukan sama ada hadis itu
benar-benar dapat dihubungkan kepada Rasulullah. Hadis itu mengandungi
sabda-sabda Rasulullah, perbuatan dan amalan-amalannya yang berupa
perundangan, dan hadis inilah yang bertugas menerangkan banyak
masalah-masalah yang rumit dalam kehidupan manusia.
Di antara
tokoh-tokoh yang begitu handal dalam usaha-usaha pengumpulan hadis dan
ilmu kaji hadis ialah al-Imam –al-Bukhari yang telah menjelajah selama
16 tahun di berbagai-bagai negeri Islam untuk menemui ulama-ulama dan
mencatitkan hadis-hadis yang dihafal oleh mereka. Dalam penjelajahan
itu beliau telah dapat mencatatkan dari mereka kira-kira 600 ribu
hadis, tetapi setelah hadis-hadis itu diperiksa oleh beliau
berdasarkan ukuran-ukuran ilmu kaji hadis, maka hanya 7,275 hadis saja
yang dianggap sahih disisinya.
Di antara
dasar-dasar perundangan dalam undang-undang Islam ialah keputusan
sepakat (ijma’) dengan erti jika tidak terdapat apa-apa nas dari al-Qur’an
atau hadis untuk menerangkan kemusykilan-kemusykilan yang dihadapi
oleh orang-orang Islam, maka terserahlah kepada keputusan sepakat para
ulama. Dasar keputusan sepakat ini amat penting, kerana ia menjaminkan
kemajuan dan perkembangan undang-undang Islam agar sesuai dengan
segala zaman dan tempat.
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|