|
PENGAJIAN SEJARAH DAN
ILMU MASYARAKAT
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. |
 |
Dari
ilmu kaji hadis, umat Islam dapat mengambil faedah dalam usaha
pengajian mereka di bidang ilmu sejarah, kerana ilmu kaji hadis telah
memberi pengalaman kepada mereka tentang cara-cara menilai dan
mengenal mana-mana hadis sahih dan mana-mana hadis palsu. Pengalaman
yang seumama ini mempunyai kesan yang besar dalam usaha menilai
pemerian-pemerian sejarah dan mengenalkan fakta-fakta sebenar yang
boleh dipercayai hingga pernah dikatakan bahawa selepas Herodotus
tidak ada ahli sejarah yang dapat menandingi ahli-ahli sejarah Islam
tentang kecermatan dan dan kehematan mereka dalam penulisan sejarah.
Banyak di
antara ahli-ahli sejarah Islam bersusah payah mengembara begitu jauh
untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah dan mencari bukti-bukti
kebenarannya. Di antara pengembara-pengembara Islam itu ialah Ibni
Battutah (1377M) yang telah menjelajahi kebanyakan negeri-negeri di
dunia terutama negeri-negeri India. Ibni Batutah sendiri bukanlah
seorang ahli sejarah, tetapi beliau telah menulis satu catitan
pengembaraan yang lengkap mengenai apa yang dilihat, didengar dan
dialami olehnya. Catitan itu merupakan sebaik-baik pertolongan kepada
pengkaji-pengkaji sejarah India di Zaman Pertengahan.
Di antara
ahli-ahli sejarah Islam di zaman pertama ialah at-Tabari (923M). Ahli
sejarah ini telah menjelajah dari Parsi ke Iraq, Sham dan Mesir. Dalam
penjelahan itu beliau pernah terpaksa menjual pakaian-pakaiannya untuk
membeli makanan-makanan yang diperlukannya.
Sejarah al-Tabari
telah sampai kepada kita, tetapi tidak lengkap. Ia mengandungi sejarah
negeri Timur sebelum Islam dan selepasnya hingga sampai kepada tahun
915M. Tebal sejarah ini ialah 2,501 halaman. Menurut satu keterangan,
sejarah al-Tabari yang sampai kepada kita itu hanya merupakan
sepersepuluhan saja dari hasil tulisan yang ditulis oleh beliau.
Menurut satu keterangan lagi mengenai kegiatan al-Tabari ialah beliau
rata-rata menulis 40 halaman dalam satu hari dan beliau terus berbuat
demikian selama empat puluh tahun.
Di antara
ahli-ahli sejarah Islam lagi ialah al-Mas’udi (956M) yang telah
digelar sebagai “Herodotus Arab”. Beliau telah menjelajah hampir
seluruh negeri Asia termasuk China dan Madagaskar. Beliau telah
meninggal kepada kita satu karya ilmiah yang besar yang terkandung di
dalam tiga puluh jilid, mengenai sejarah dunia sebelum kedatangan
Islam sehingga tahun 947M.
Ahli-ahli
sejarah zaman baru sama ada dari Timur atau Barat memandang dengan
penuh kepercayaan kepada hasil-hasil penulisan sejarah yang
disusahakan oleh ahli-ahli sejarah Islam di zaman pertama itu dan
menyifatkannya sebagai penulisan-penulisan yang hemat dan teliti.
Di antara
ahli sejarah Islam lagi ialah Ibn Hayyan (1076M). Beliau telah menulis
sebanyak 50 buah buku, salah satunya mengenai sejarah Asia yang
berjudul “al-Matin” mengandungi 60 jilid.
Abu al-Faraj
al-Isfahani (967M) pula telah mencatit kumpulan lagu-lagu Arab dan
menulis riwayat hidup penggubah-penggubah dan penyanyi-penyanyinya
yang terkandung dalam sebuah buku besar sebanyak dua puluh satu jilid.
Al-Bayruni
buat pertama kalinya telah menulis tentang prinsip-prinsip yang
konkrit untuk memeriksa dan menilaikan bahan-bahan sejarah. Beliau
telah menghuraikan satu cara yang konkrit yang membolehkan seseorang
itu menentukan sama ada satu bahan sejarah itu betul atau karut atau
keterlaluan.
Ahli
sejarah Andalusia, Ibni al-Khatib (1376M) teah menghasil sebanyak 60
karangan dalam berbagai-bagai maudho’. Di antara karangannya yang
apling terkemuka ialah “Sejarah Lengkap Granada”.
Umat
muslimin juga….
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|