|
PENGAJIAN MUZIK
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia.
Bantu juga famili anda. |
 |
Kemajuan umat muslimin dalam bidang muzik
mempunyai hubungan yang rapat dengan kemajuan yang dicapai mereka
dalam bidang ilmu matematik. Umat muslimin mengenal skala-skala nada,
skel-skel tali alat muzik dan irama-irama seni sebelum dikenali oleh
orang-orang Eropah beberapa abad lamanya.
Orang-orang
Eropah mengenali teori-teori musik dalam masa pengaruh kebudayaan
Islam menjalar ke Eropah.
Sumber-sumber musik Islam adalah bertunjang kepada musik-musik
Byzantine dan Farsi di samping musik-musik Arab sebelum Islam.
Tokoh-tokoh yang berjasa membancuhkan tiga sumber ini ialah Said Bin
Misjah (683M) yang telah mempelajari seni-seni musik itu dan
mengkombinasikannya , dan dengan demikian beliaulah yang meletakkan
batu asas pertama bangunan musik Islam.
Muridnya
Ibni Muhriz (715M) telah maju lagi beberapa langkah ke depan dalam
bidang ini. Kemudian muncul pula Yunus al-Katib kira-kira tahun 742M.
Beliau seorang ahli musik dari juru-juru iring Khalifah al-Walid yang
ke II. Beliau telah menulis buku-buku Arab yang paling tua dalam ilmu
musik, di antaranya sebuah buku yang berjudul “Kitab al-Qian”.
Dalam
period kegiatan penterjemahan yang aktif di zaman pemerintahan
al-Rashid dan al-Ma’mun, banyak karangan-karangan dalam bahasa Greek
di dalam lapangan ilmu musik telah disalin ke bahasa Arab. Selepas itu
muncul pula period karangan-karangan dalam bahasa Arab mengenai ilmu
musik. Ishak al-Mawsili yang menjadi penyeri istana Harun al-Rashid
telah menulis beberapa buah buku mengenai musik. Ahli falsafah
terkenal al-Kindi …juga telah menulis tujuh buah buku mengenai ilmu
musik. Di dalam buku itu beliau telah menulis dengan terperinci
peraturan-peraturan irama musik……..
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library |