|
PENGAJIAN ILMU
MATEMATIKA
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. Bantu famili anda. |
 |
Khalifah al-Mansur al-Abbasi telah
dikunjungi oleh seorang intelek India membawa sebuah buku mengenai
matematik. Buku ini dikatakan menjadi asas kepafa pengajian matematika
yang dilakukan oleh orang-orang Arab. Ia telah disalin ke bahasa Arab
oleh Ibrahim al-Fazari (di akhir abad ke VIII atau permulaan abad IX).
Dari buku inilah orang-orang Arab tahu menggunakan sifar dan
angka-angka India. Oleh sebab itu angka-angka ini oleh orang-orang
Arab dipanggil angka-angka India. Kemudian angka-angka ini di pindah
dari bahasa Arab ke negeri Eropah. Dari itu orang-orang Eropah
menamkannya sebagai angka-angka Arab, kerana putusnya hubungan mereka
dengan sumber asal di mana angka-angka itu diambil.
Kadang-kadang orang-orang Barat hubungkan angka-angka iu kepada al-Khawarizmi,
seorang intelek dan tokoh ilmu matematika Islam, kerana beliaulah yang
pertama mengarang sebuah buku dalam bahasa Arab mengenai ilmu hisab
dan algebra, dalam mana beliau menggunakan angka-angka dari India itu.
Seterusnya dari buku inilah ilmu matematika sampai ke Barat, dan di
sinilah buat pertama kalinya orang-orang Eropah melihat angka-angka
itu, lalu mereka namakan dengan nama al-Khwarizmi (algorisms)
nisbah kepada pengarang buku itu.
Buku al-Khwarizmi
tersebut adalah dianggap sebagai asas ilmu hisab yang kita kenal hari
ini.
Selepas al-Khwarizmi
dating pula Ahmad al-Nasawi (1040M). Beliaulah yang menjelaskan kaedah
membahagikan angka-angka pecahan dan mengeluarkan punca ganda (square-root)
dan isi padu iaitu satu kaedah yang begitu dekat dengan cara moden
sekarang.
Orang-orang
Islam Sepanyol telah memajukan angka-angka yang terkenal dengan
Angka-angka Ghubar atau Ghubar Numerals. Kata-kata itu adalah
diambil dari kata-kata Arab al-Ghubar. Angka-angka ini sedikit
saja berbeza dari angka-angka India. Angka-angka Eropah yang dipakai
sekarang lebih hampir kepada Angka-angka Ghubar dari angka India.
Barat telah
meminjam dari Arab kata-kata sifar (Cipher), atau zero ketika
mereka meminjam alamat sifar itu sendiri bersama-sama angka-angka
India yang lain. Amatlah jelas bahawa penggunaan sifar itu begitu
penting sekali di dalam masalah hisab.
Kita
kembali kepada al-Khwarizmi untuk kita tegaskan bahawa beliaulah
pengasas ilmu algebra. Bukunya yang bernama “Hisab
al-Jabr wal-Mukabalah” (Hisab Algebra
dan Persamaan) merupakan sebuah buku yang paling tua mengenai ilmu
tersebut. Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard
of Cremona. Dengan buku ini beliau telah mengemukakan ilmu algebra
ke Negara Eropah dengan istilah “algebra”, iaitu nama Arab
untuk buku itu. Dan istilah itu sampai hari ini dipakai dalam
bahasa-bahasa Eropah. Buku ini juga telah menjadi buku referens dalam
pengajian-pengajian matematika di universiti-universiti Eropah
sehingga abad XVI.
Al-Khwarizmi
juga dikatakan telah mengemukakan sain (sines) menggantikan
garis rentas (chords) yang diciptakan oleh Ptolemy di dalam
kira-kira trigonometry. Begitu juga beliau telah mereka kaedah
kira-kira bulatan dan persamaan (equations) tingkat dua.
Berdasarkan kaedah inilah Ibni Ibrahim al-Fazari dapat menyumbangkan
satu kemajuan dalam kira-kira isi padu yang dirintiskan olehnya.
Umar
Khayyam telah membawa ilmu-ilmu matematika mara ke hadapan beberapa
langkah lagi. Beliau telah mengarang di dalam ilmu itu sebuah buku
yang diterbitkan di Amerika pada tahun 1932M. Di dalam buku ini beliau
telah membawa satu pembaharuan berhubung dengan kaedah-kaedah yang
lazim dipakai dalam kira-kira trigonometri, persamaan algebra tingkat
tiga dan empat iaitu satu hasil yang paling tinggi yang telah dicapai
oleh orang-orang Arab dalam ilmu algebra.
Di antara
tokoh-tokoh lain yang telah mencipta kejayaan dan kemajuan dalam
pengajian-pengajian ini ialah Abu Bakar Muhammad (1029M), begitu juga
Thabit bin Qurrah (901M). Beliau telah mencipta kan kemajuan yang
memberi kemasyhuran yang luas dan kemuliaan yang tinggi kepadanya.
Beliau adalah seorang ahli Falak yang hidup di istana al-Mu’tadhid
yang telah mengemukakan satu pengajian yang penting mengenai
sudut-sudut. Beliau telah menggunakan ilmu algebra dalam menyelesaikan
masalah-masalah ilmu ukur, dan dengan demikian beliau telah meletakkan
batu asas kepada ilmu ukur secara analisa, ilmu mekanika dan falak (Thabit
bin Qurrah dikatakan telah mengirakan panjang tahun iaitu 365 hari, 6
jam, 9 minit, dan 10 detik, dan kiraannya terlebih sedikit saja, iaitu
kurang dari setengah detik dari kiraan panjang tahun yang sebenar.)
Di antara
sumbangan-sumbangan yang dikatakan diberi oleh Abi Ja’afar al-Khazin
ialah beliau telah memastikan kemiringan ikliptik dan menghuraikan
satu masalah yang sukar yang pernah dibicarakan oleh Archemedes yang
akhirnya membawa kepada persamaan (equations) isi padu.
Sebagaimana
orang-orang Arab….
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library |