|
PENGAJIAN KIMIA
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia.
Bantu juga famili anda. |
 |
Umat muslimin telah merakamkan kejayaan-kejayaan
yang luas dalam bidang pengajian nature, dalam mana mereka telah
mengemukakan gagasan ujian amali. Kumpulan Ikhwan al-Safa telah
menulis tujuh belas bab mengenai pengajian-pengajian ini dari jumlah
bab yang terkandung di dalam tujuh puluh dua tesis yang dikarang
mereka.
Penyelidik
besar dan ulung dalam ilmu kimia ialah al-Razi (923m). Buku besarnya
yang berjudul “Kitabul Asrar” telah telah diterjemahkan ke bahasa
Latin oleh Gerard of Cremona. Buku ini terus merupakan sumber paling
penting dalam pengajian Kimia sehingga munculnya karangan-karangan
Jabir bin Hayyan (766m). Selepas lahirnya karangan-karangan yang akhir
ini ia telah berjaya mengambil tempat paling tinggi sekali, malah
selepas abad yang ke empat belas ia telah menjadi sumber terpenting
dalam pengajian Kimia dan sumber paling berpengaruh dan kuat dalam
mengarahkan pemikiran-pemikiran ilmiah baik di Timur maupun di Barat.
Ini benar-benar merakamkan nama Jabir selaku tokoh yang ulung dalam
barisan pelopor yang menajakan ilmu kimia dan memperkembangkannya
dalam jurusan teori dan amali.
Di antara
yang dipeloporinya olehnya ialah penyelidikan-penyelidikan tentang
kalsinasi (calcination) dan mengembalikan logam kepada asalnya
dengan menggunakan oksigen. Begitu juga beliau telah memperbaiki
cara-cara penguapan, sublimasi, peleburan, dan penghabluran atau
kristalisasi. Beliaulah yang telah membancuh asid asitik, asid
sulfurik dan asid nitrik. Beliau juga telah menemui bahawa emas dan
perak boleh hancur dalam campuran asid sulfurik dan nitrik.
Antara
kejayaan-kejayaannya lagi ialah Jabir telah menemui berbagai-bagai
bahan kimia. Beliau telah berjaya mengasingkan batu cetak (antimony)
dan warangan (Arsenic) dari sulfide.
Teori
beliau mengenai unsur-unsur galian mengatasi teori yang dikemukakan
oleh Aristotle. Teorinya telah diterima oleh Barat dan terus menjadi
dasar pengajian-pengajian di Eropah setelah melalui sedikit pindaan
sehingga abad yang ke delapan belas.
Al-Jahiz
(868m) dalam penyiasatan-penyiasatan kimianya telah berjaya
menghasilkan ammonia dari tahi binatang menerusi distilasi kering.
Al-Tifasyi
(1253m) telah menulis sebuah tesis yang berjudul “Azhar-ul-Afkar di
Jawahir Ahjar” dalam mana beliau mengupaskan unsur-unsur dua puluh
empat jenis batu-batu permata dan tabiatnya. Al-Bayruni telah
melakukan penyiasatan dalam bidang ini dan beliau telah mengemukakan
dalam buku-bukunya yang membicarakan tentang ilmu fizika, beberapa
hasil pengajian yang boleh dikatakan lengkap tentang kepadatan
spesifik (specific gravity) delapan belas jenis logam dan
batu-batu permata.
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library |