e-Knowledge Powered by Active IQ

Sumbangan

Homeopathy Malaysia  - Info Islam

PENGAJIAN GEOGRAFI

Klik untuk produk Active IQ atau Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia.

Dalam bidang pengajian Geografi, umat Islam juga telah memperlihatkan kebolehan-kebolehan yang nyata. Di separuh pertama abad yang ke sembilan  Masehi di zaman pemerintahan alMa’mun, al-Khwarizmi bersama rakan-rakannya seramai 99 orang telahpun melukis peta langit dan bumi. Mereka juga telah berjaya dalam percubaan mengukurkan lingkaran atau lilit bumi untuk membuktikan kebulatan bentuknya. Percubaan itu telah dilakukan di atas tanah datar Sinjar (di Utara Sungai Furat) dan di satu tempat yang berdekatan dengan Palmysa. Percubaan mereka telah menlurkan satu ukuran iaitu panjang darjah Zawaliyah ialah 56 dua per tiga batu.

Ukuran ini amat menarik sekali kerana ia tidak melebihi ukuran panjang darjah zawaliyah yang sebenar yang diukur kemudian kecuali sekadar 959 ela saja.. Berdasarkan ukuran panjang darjah zawaliyah itu, mereka dapat pula membuat kesimpulan bahawa ukuran lingkaran bumi ialah 20,400 batu, dan ukuran garisan pusatnya iaah 6,500 batu. Pendapat-pendapat yang seumpama ini adalah lahir di Negara-negara Timur Islam, sedangkan orang-orang Eropah di masa itu masih menganggapkan bumi ini leper.

Di pertengahan abad yang ke sembilan, al-Maqdisi telah melakukan satu pengembaraan yang lama dan menelan waktu selama dua puluh tahun, dalam mana beliau telah menjelajah  berbagao-bagai negeri di dunia, kemudian beliau telah mencatitkan hasil-hasil pengembaraannya itu dalam satu buku yang dapat disifatkan sebagai kamusanika atau ensiklopedia geografi, dalam mana beliau menggambarkan tempat-tempat yang dilawatinya dengan ditel.

Di akhir abad yang ke sembilan….

 

Sumbangan Islam Kepada DuniaM.M.Shariff. Terjemahan Yusoff Zaky Yacob

Ó DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005