e-Knowledge Powered by Active IQ

Sumbangan

Homeopathy Malaysia  - Info Islam

PENGAJIAN ILMU FIZIKA

Klik untuk produk Active IQ atau Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. Bantu juga famili anda.

Dalam penyelidikan-penyelidikan ilmu fizika, umat muslin telah mencapai sasaran yang tidak kurang dari sasaran yang dicapai mereka dalam bidang pengajian kimia dan matematika. Filasof al-Kindi yang terkenal pernah menulis  dalam ilmu cahaya sebagaimana beliau menulis dalam berbagai-bagai bidang ilmu lain. Antara buku-buku karangannya yang terkenal di Timur dan di Barat ialah buku-buku mengenai ilmu optika (optics) yang diselaraskan dengan teori-teori geometri dan fisiologi. Terjemahan dari buku ini yang berjudul De Aspectibus mempunyai kesan yang amat besar dalam pengajian Roger Bacon.

Tetapi Ibni al-Haytham (1039m) telah mengatasi al-Kindi dalam bidang pengajian ini. Beliau telah membuktikan, iaitu di samping kepintarannya dalam pengajian-pengajian matematika dan falsafah, Ibn al-Haytham merupakan tokoh Islam yang tunggal dalam pengajian optika dan ilmu cahaya. Beliau dikatakan telah mengarang dua ratus buah buku mengenai pengajian ini.

Di antara pendapat-pendapat baru al-Haytam ialah beliau menolak teori Euclide dan Ptolemy mengenai persoalan di manakah sumber yang membuat seseorang itu dapat melihat. Beliau menegaskan bahawa penglihatan itu adalah terlaksana dengan perantaraan cahaya-cahaya yang tercetus dari benda-benda yang kita lihat, bukannya tercetus dari mata seperti yang dikatakan oleh Euclide dan Ptolemy. Begitu juga beliau telah membuktikan dengan eksperimen mengenai refleksi cahaya dan pembiasannya. Beliau telah meletakkan undang-undang perjalanan cahaya yang berjalan membulat (atau melengkung seperti melengkungnya dataran permukaan bumi) dan menemui prinsip-prinsip kepadatan spesifik.

Seterusnya beliau menemui bahawa berat tubuh itu berbeza-beza menurut perbezaan kepadatan udara dan mengemukakan ukuran berat udara sebelum diketahui  oleh orang-orang Eropah selama lima abad. Begitu juga beliau telah mengemukakan undang-undang graviti.

Ibni al-Haytham juga dikatakan telah menemui dengan usaha-usaha eksperimen teori mengenai cermin-cermin pembesar, dan cermin-cermin ini telah direka kira-kira tiga abad selepas penemuan itu.

Al-Jazari telah menulis sebuah buku penting mengenai ilmu mekanik dan beliau telah memberi deskripsi tentang jam air, yang menurut beliau telah dibuat oleh ayahnya.

Ibni Sina telah menulis sebuah tesis mengenai perlombongan dan cara-cara mengeluarkan logam dan tesis ini telah menjadi sumber paling penting yang dipegang oleh pengkaji-pengkaji Barat dalam pengajian bumi (geology).

  

Sumbangan Islam Kepada DuniaM.M.Shariff. Terjemahan Yusoff Zaky Yacob

Ó DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005