|
PENGAJIAN ILMU FALAK
| Klik untuk produk Active IQ atau
Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. |
 |
Pada
tahun 773M seorang pengembara India telah mengemukakan kepada dunia
Islam sebuah buku yang berjudul Sidhanta yang mengandungi
jadual-jadual falak mengikut pendapat India. Khalifah al-Mansur telah
memerintah agar buku itu diterjemahkan ke bahasa Arab. Dan tugas
penterjemahan itu telah dilaksanakan oleh al-Fazari (yang meninggal di
antara tahun 796-806M) dan dengan usaha itu al-Fazari telah menjadi
ahli falak yang pertama dalam Islam.
Sesudah al-Fazari
datang pula al-Khwarizmi (850M) yang menjadi ketua ahli-ahli falak di
istana al-Ma’mun. Al-Khwarizmi telah membuat jadual-jadual falak yang
tersendiri dan beliau telah menyunting usaha-usaha sumbangan yang
telah diberikan oleh al-Fazari dalam bidang ini. Beliau juga telah
mempelajarai sistem ilmu falak India dan Greek dan menambahkan
pengajian-pengajian itu dengan pendapatnya yang cemerlang.
Di samping
teleskop yang didiri dan diselenggarakan oleh Khalifah al-Ma’mun, di
sana terdapat tiga teleskop di Baghdad dan beberapa teleskop lagi di
Mesir, al-Rayy, al-Syiraz, Naysabur, Samarqand, Jundi-Syapur, Delhi,
Seville, Wasit dan lain-lain. Penyelidikan-penyelidikan yang telah
dilakukan oleh Abu Ja’afar al-Khazin telahpun sampai kepada
usaha-usaha hendak mempastikan kemiringan ikliptik dan cuba
menyelesaikan satu masalah yang sukar yang telahpun diolahkan oleh
Archimedes tanpa mendapat hasil yang konkrit.
Ketika
memperkatakan tentang teleskop di Seville, Draber berkata bahawa
teleskop itu sesudah tamatnya zaman umat muslimin di sana, telah
menjadi tempat di mana digantungnya loceng sebuah gereja kerana
orang-orang Kristian di Sepanyol tidak tahu hendak menggunakan
teleskop untuk satu tujuan yang lain.
Al-Khwarizmi
telah berjaya merekakan satu jadual falak yang cermat sekali. Dan
jejak langkahnya telah diikuti pula oleh ahli-ahli falak yang lain,
iaitu Habash bin Hasib (831m), Yahya bin al-Mansur yang hidup dalam
period antara 870 dan 970, al-Nirizi (922m), al-Majriti(1029-1087m),
al-Razqali yang terkenal di Barat dengan nama Arzachel dan Nasiruddin
al-Tusi yang meninggal pada tahun 1274m.
Di antara
penemuan-penemuan al-Razqali ialah beliau dapat menentukan masa
gerhana matahari dan menentukan panjang masanya. Beliau juga telah
merekeciptakan satu alat falak yang moden, iaitu Astrolabe. Dengan
alat ini beliau dapat menentukan jarak di antara bintang-bintang yang
lain, juga jarak di antara bumi dan bulan. Patut disebutkan di sini
bahawa perbezaan yang terdapat di antara pendapat-pendapat al-Zarqali
dengan fakta yang sebenar adalah terlalu kecil.
Di antara
hasil penemuan anak-anak Musa bin Syakir ialah pendapat mereka tentang
condongnya paku alam (pivot) di mana bumi beredar sekelilingnya,
juga tentang jauh dekatnya bumi dari matahari. Semua pendapat-pendapat
ini tidak dikenali oleh orang-orang Greek.
Di atas
asas-asas inilah al-Kohi mengaturkan langkahnya pula. Beliau telah
berjaya menentukan titik perubahan matahari ketika berada di kemuncak
musim panas dan kemuncak musim dingin ke arah musim buah selepas musim
panas atau menuju ke arah musim bunga selepas musim sejuk. Abu Ma’syar
telah mengemukakan kepada Eropah bagi pertama kalinya undang-undang
pasang surut air dan hubungannya dengan peredaran bulan.
Di antara
tokoh ilmu falak Islam lagi ialah Ibni Jabir al-Battani (929M).
Penyelidik-penyelidik Barat telahpun mengakui bahawa beliau banyak
membetulkan pendapat-pendapat Ptolemy. - Antaranya, Ptolemy
berpendapat bahawa bumi itu tetap dan dialah pusat bagi keluarga
matahari, tetapi sangkaan itu telah ditolak oleh ahli-ahli ilmu falak
Arab. Mereka telah melangkah begitu jauh dan berpendapat bahawa
matahari itu tetap, sedangkan bumi beredar di sekeliling matahari dan
serentak dengan itu juga beredar di sekeliling dirinya pula.
Beliau (Ibni
Jabir al-Battani) juga telah dapat mempastikan kira-kira orbit di mana
beredarnya bulan dan bintang-bintang yang lain, dan membuktikan
kemungkinan berlakunya gerhana matahari secara total (menyeluruh).
Seterusnya beliau telah mempastikan kadar kemiringan ikliptik dan
menentukan panjang tahun di daerah tropika dan panjang musim-musim
yang empat dan sebagainya dari penemuan-penemuan ilmu falak yang
tinggi.
Di antara
ahli-ahli ilmu falak yang terkenal bijak di istana raja-raja Fatimiah
ialah Ali bin Yunus (1009m). Beliau telah menyusun sebuah buku yang
terkenal untuk Raja al-Hakim yang berjudul “Al-Jiz-ul-Akbar al-Hakim”
dalam mana beliau mengemukakan berbaga-bagai masalah ilmu falak yang
membuktikan bahawa beliau adalah lebih handal dari Ptolemy. Buku ini
amat berguna dan lengkap sekali. Ia telah disalinkan ke bahasa Farsi
oleh Umar Khayyam dan oleh Co Cheong King ke bahasa China. Malah buku
ini amat besar sekali gunanya di istana-istana kerajaan Moghol dengan
perantaraan Nasiruddin al-Tusi.
Sind bin
Ali, Yahya bin Mansor dan Khalid bin Abdul Malik telah membuat
penjelasan-penjelasan yang penting mengenai equinox matahari dan
bintang-bintang berekor, juga mengenai cara-cara mengukur cahaya dan
sebagainya dari gejala-gejala falak.
Al-Bayruni
(1048m) yang pernah disebutkan sebelum ini telah mengemukakan satu
teori yang amat penting di waktu itu, iaitu teori peredaran bmi di
sekeliling paku alam, begitu juga beliau telah membuat batas-batas
yang jelas bagi garisan-garisan bujur dan linbtang.
Umar
Khayyan juga telah membuat satu kalendar yang lebih baik dari calendar
Georgean yang terkenal itu. Perbezaan yang terdapat dalam
kalendar Umar Khayya,…..
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library |