|
Sumbangan
Homeopathy Malaysia - Info Islam |
IBNI TUFAYL
|
Ibn Tufail
lahir
di Guadix berhampiran Granada pada 1105m, Nama penuh beliau
ialah Abu Bakr Muhammad ibn Abd al-Malik ibn Muhammad ibn
Tufail al-Qaisi al-Andalusi أبو بكر محمد بن عبد الملك بن محمد بن
طفيل القيسي الأندلسي )
Dalam Latin beliau dikenali sebagai
Abubacer. Ibn Bajjah merupakan guru kepada Ibn Tufayl. Beliau
meninggal pada 1185m.
– HBI. |
|
Seterusnya....
Ibni Tufayl seorang filosof yang
terkenal di merata pelusuk dan kemasyhurannya berhubung rapat dengan
bukunya yang gemilang “Hayy bin Yaqzan” yang menjalin sebuah kisah
falsafah yang khayali, yang bertujuan untuk menegaskan bahawa manusia
mampu mengenal Allah, berhubung dengan Nya dan fana dalam percintaan
dengan Nya tanpa wahyu dan tanpa guru. Kisah yang indah ini telah
diterjemahkan ke bahasa Latin dan disiar bersama naskhah Arabnya di
Oxford pada tahun 1671m, selepas itu diterjemahkan pula ke dalam
kebanyakan bahasa-bahasa Eropah. Berhubung dengan kisah ini, Paul
Bronnie berkata, “Dalam masa yang pendek saja kisah ini telah berjaya
menarik minat orang ramai seolah-olah seperti ribut besar yang dirasa
oleh semua orang dan kekal disanjung tinggi beberapa lama”.
Minat orang terhadap kisah itu
belum lagi berakhir setakat itu, kerana dalam abad ini kisah itu
telahpun disalin ke bahasa Rusia dalam tahun 1920 dan ke bahasa
Sepanyol dalam tahun 1934.
Orang Eropah bukan saja sekadar
menterjemahkan kisah ini, malah ada di antara penulis-penulis mereka
yang cuba menirukannya. Memang diketahui umum bahawa George Kant telah
menyalin kisah ini ke bahasa Inggeris dalam tahun 1674m, kemudian
George Ashwell pula menyalinkannya sekali lagi ke bahasa Inggeris
dalam tahun 1708m dan kira-kira sebelas tahun selepas terjemahan ini,
barulah Daniel Defoe menerbitkan cerita Robinson Crusoe, dan memang
jelas kepada setiap pengkaji bahawa Daniel terhutang budi kepada ahli
falsafah Ibni Tufail, kerana unsur-unsur kisah “Hayy bin Yaqzan”
kelihatan begitu ketara dalam cerita Daniel itu.
Ibni Tufayl pernah menjadi wazir
kepada Khalifah Abi Ya’akub Yusoff seorang khalifah golongan al-Muwahidin
yang terkenal dan beliau juga bertugas sebagi ketua doctor-doktor
baginda. Kedudukan yang istimewa ini telah disanjung oleh filasof di
zamannya Ibni Rushd, iaitu seorang tokoh terakhir dari ahli-ahli
falsafah yang terkemuka yang telah mengharumkan nama Sepanyol. Tidak
dapat disangsikan lagi bahawa Ibni Rushd merupakan guru yang paling
terkenal, orang-orang Eropah menjadi murid kepadanya dan kepada
fikiran-fikirannya selama beberapa abad.
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|