|
IBNI RUSHD
|
Ibn Rushd atau Abu al-Walid Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn
Rushd dilahirkan di Cordova pada 520h/1126m. Keluarganya
terkenal mahir dalam pengetahuan fiqh. Tetapi di masa beliau
banyak berlaku pertelingkahan politik. Beliau banyak membuat
komentari berkaitan buku-buku tulisan Aristotle. Beliau memang
terkenal di Barat, dan meninggal pada 595h/1198m di Marrakush
–
HBI. |
 |
Seterusnya....
Ibni Rushd adalah seorang ahli
falsafah Islam yang paling agung yang mengikut metode pengajian
Aristotle dan mendokong aliran pemikirannya. (seperti yang dilakukan
oleh banyak ahli-ahli falsafah Islam yang lain, Ibni Rushd juga cuba
menyesuaikan di antara pemikiran Islam dengan falsafah Greek. Tetapi
percubaan beliau yang sedemikian dilakukan atas perbelanjaan falsafah
Greek, dengan erti beliau cuba mempertundukkan falsafah Aristotle di
bawah pemikian Islam.) Beliau juga adalah seorang ahli falsafah Islam
yang paling banyak pengaruhnya dalam pemikiran Eropah.
Dalam pembuktian wujudnya Allah,
Ibni Rushd berpegang kepada sentimen yang bersemarak di dalam jiwa
manusia. Menurut beliau, dalam jiwa manusia terdapat rasa cinta dan
rindu kepada Allah. Dan ini merupakan satu bukti kejiwaan tentang
wujudnya Allah. Seandainya di sana tidak ada Tuhan, maka tidak ada
jiwa yang merindu dan memanggil Nya dari satu masa ke satu masa, dan
menaruh harapan kepada Nya di saat-saat kritis.
Ibni Rushd bersetuju dengan
Aristotle tentang bukti gerak (harakat). Beliau berpendapat bahawa
alam ini selalu bergerak dengan gerak yang abadi, dan di sana tentulah
ada penggerak yang menggerakkannya, sedangkan penggerak itu sendiri
tidak bergerak. Penggerak yang pertama itulah Allah, tetapi Ibni Rushd
tidak bersetuju dengan pendapat Aristotle yang mengatakan gerak
bintang-bintang itu adalah gerak abadi, malah Ibni Rushd berpendapat
bahawa seluruh bintang-bintang dan gerak-geri, peredarannya adalah
ciptaan Allah belaka.
Di antara bukti-bukti yang
dikemukakan oleh Ibni Rushd ialah bukti-bukti inayah atau pembelaan
Ilahi. Intisari bukti ini ialah peraturan alam ini memberi bukti yang
begitu jelas bahawa segala bahagiannya adalah tersusun begitu rapi dan
kemas. Dan peraturan yang rapi itu berguna kepada manusia. Namun
peraturan yang rapi bukanlah berlaku secara kebetulan saja, malah di
sana pasti ada kuasa yang bijaksana yang mengatur dan
menyelenggarakannya.
Ibni Rushd tidak menerima dalil
yang dikemukakan oleh al-Farabi dan Ibni Sina untuk membuktikan adanya
Allah. Kedua-dua tokoh itu telah berkata…..
Sumbangan Islam Kepada
Dunia –
M.M.Shariff. Terjemahan
Yusoff Zaky Yacob
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
Lihat:
http://www.ibn-rushd.org/English/BiographicalInfoIbnRushd.htm
http://www.muslimphilosophy.com/ir/default.htm
http://www.muslimphilosophy.com/ei/ei-ir.htm
http://www.trincoll.edu/depts/phil/philo/phils/muslim/rushd.html
http://www.aljadid.com/classics/0422salloum.html |