e-Knowledge Powered by Active IQ

Sumbangan

Homeopathy Malaysia  - Info Islam

LUQMAN AL-HAKIM

   

 Maksud ayat ke 19:

    "Dan bersederhanalah dalam berjalan dan rendahkanlah (lembutkan lah) suara engkau itu! Sesungguhnya suara yang amat buruk itu ialah suara himar (keledai)."

   Akhirnya, Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling. Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang, beraqal dan diri yang cergas dan sihat.

   Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan. Diterangkan dalam wasiat ini, bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk, dikecam, tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikutnya bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.

 

Sumber: Wasiat Luqman al-Hakim kepada Puteranya - Syed Ahmad Semait.

 

Ó DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005