|
LUQMAN AL-HAKIM
Ayat
ke 18 surah Luqman bermaksud:
"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana
kesombongan, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan angkuh!
Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong dan angkuh (membanggakan
diri)."
Seterusnya
Luqman menasihati anaknya agar jangan
takabbur dengan apa-apa pergerakan
sekalipun yang menunjukkan kesombongan dan ketinggian diri di depan
manusia.
Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan
manusia kerana ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina (merendah-rendahkan
seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan
memaling muka, membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan
tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri), berlembut, manis bicara,
senang diajak berbicara, seronok diajak berbicara, riak muka yang
gembira, seronok, ramah dan menjadi pendengar yang baik.
Selanjutnya Luqman nasihati anaknya agar
tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan
yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di
dalam pergerakannya,
dan supaya membezakan kelakuannya dengan manusia lain.
Sumber: Wasiat Luqman al-Hakim kepada Puteranya
- Syed Ahmad Semait.
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|