|
LUQMAN AL-HAKIM
Diterangkan
melalui ayat 17 surah Luqman yang
bermaksud:
"Wahai
anakku! Dirikanlah sembahyang (solat), serulah mengerjakan yang baik
dan cegahlah perbuatan yang jahat, dan bersabarlah terhadap apa yang
menimpa engkau, sesungguhnya yang demikian itu termasuk
perkara-perkara yang berat tanggungannya."
Di dalam ayat ini Luqman menyuruh anaknya
agar menunaikan solat/sembahyang kerana
solat merupakan fardhu yang difardhukanNya
melalui utusanNya
di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).
Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengan Ilmu Allah
dan QudratNya
yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa, datanglah arahan supaya
beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid
iaitu antaranya bersolat / sembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil
keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri
kepadaNya
dan
membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.
Selain itu Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf /
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa
arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari
'tugasan' yang terkandung di dalam seruan
Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi.
Luqman juga menasihatkan anaknya agar
bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri sama
ada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri, harta, suami
isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya
dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa
hidayat, pemberi ingatan, pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru
ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah
mengajak manusia kepada Agama Allah
iaitu Islam
serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.
Sumber: Wasiat Luqman al-Hakim kepada Puteranya
- Syed Ahmad Semait.
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|