|
LUQMAN AL-HAKIM
Di ayat ke 16
"(Kata
Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika amalan engkau seberat biji sawi
sekalipun, kemudian ia disembunyikan di dalam batu, ataupun di petala
langit atau di dalam bumi, nescaya akan didedahkan oleh
Allah,
sesungguhnya
Allah
itu Maha Teliti (mengerti hal-hal yang halus) dan Maha Mengetahui."
Di
sini Luqman menerangkan kepada anaknya akan betapa lengkapnya
Ilmu Allah melewati ilmu manusia.
Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja
tanpa ada halangan. Allah s.w.t. boleh
mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya
dari segenap tempat yang tak mampu dilakukan oleh makhluk.
Sesuatu kebaikan, kejahatan, kezaliman dan
kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi sekalipun, dan
walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat
yang tinggi seperti langit atau jauh berada sedalam-dalam tempat
seperti di dasar bumi akan dibentangkan oleh
Allah s.w.t.
jua pada Hari Qiamat untuk dihisab atau dihitung. Baik akan diberi
pahala
dan yang jahat akan mendapat ganjaran dosa.
Sumber: Wasiat Luqman al-Hakim kepada Puteranya
- Syed Ahmad Semait.
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|