|
LUQMAN AL-HAKIM
Di
dalam ayat ke 15 pula:
"Dan
kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku dengan apa
yang tiada engkau ketahui, maka janganlah engkau turuti mereka. Dan
pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara baik. Dan turutlah
jalan orang yang kembali kepada Ku. Kemudian kepada Akulah tempat kamu
sekalian akan kembali, maka akan Aku beritahu kamu apa yang telah kamu
kerjakan."
Di
sini Luqman mendidik anaknya dengan
mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak
supaya mensyirikkan Allah s.w.t.
dan segala macam perbuatan maksiat yang
dilarang Allah s.w.t.
Bagaimanpun,
sebagai anak, kedua ibubapanya harus dilayani, ditemani dan
digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak
juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua termasuk menjaga
hal ehwal kewangan, menghormati dan berkhidmat kepada mereka.
Juga Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui
oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah
s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan
meredah jalan yang lurus (jalan yang
Allah s.w.t. anugerahkan nikmat
kepada mereka). Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai
Allah s.w.t.
dan mereka yang sesat!
Mereka yang kembali kepada
Allah
s.w.t
ini
terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang yang benar dan sesiapa
sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan, yakni dari kalangan
orang mukmin.
Sumber: Wasiat Luqman al-Hakim kepada Puteranya
- Syed Ahmad Semait.
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|