|
LUQMAN AL-HAKIM
Melalui ayat
ke 14 surah Luqman pula, Allah menyampaikan
pesan maksudnya:
"Dan
kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di
atas kelemahan dan menceraikan menyusunya dalam masa 2 tahun.
Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapamu! Hanya kepadaku
tempat kembali."
Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa
di atas susah payah dan jerit perih mereka
membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan
kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada
ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari
proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat
tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang
dan malam.
Sesungguhnya
ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti
kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal
ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati
perintah itu.
Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui
wasiat ini. Terima kasih / kesyukuran kepada ibubapa datang selepas
syukur kepada
Allah
s.w.t..
Sumber: Wasiat Luqman al-Hakim kepada Puteranya
- Syed Ahmad Semait.
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|