|
LUQMAN AL-HAKIM
Inilah yang diperkatakan melalui
ayat 13 surah Luqman
yang bermaksud:
"Dan ketika berkata Luqman kepada puteranya, sedang dia menasihatinya:
"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan
Allah s.w.t..
Sesungguhnya mempersekutukan
Allah s.w.t.
itu adalah kezaliman yang amat besar"."
Syirik dikatakan sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti
meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Mengapa syirik
dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa
Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk
semesta alam. Allah s.w.t.
jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak
kita samakan kekuasaan Allah s.w.t.
ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang
menyamakan kekuasaan Allah s.w.t.
dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!
Allah
s.w.t.
sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya
itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang
diagungkan, maka inilah kezaliman. Iaitulah meletakkan sesuatu bukan
di tempat yang sepatutnya.
Sesungguhnya perbuatan mempersekutukan Tuhan itu atau apa yang
dinamakan syirik boleh menyebabkan manusia menyeleweng. Menyeleweng
dari yang hak dan menyebabkan ia memperhambakan diri kepada syaitan
dan kehendak-kehendaknya.
Dalam
kaitan ini, Allah s.w.t. juga telah menegaskan di dalam surah an-Nisa',
ayat ke 116 yang bermaksud:
"Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampuni (dosa) ,jika dia dipersekutukan (syirik). Tetapi
dia mengampuni dosa selain itu."
Sumber: Wasiat Luqman al-Hakim kepada Puteranya
- Syed Ahmad Semait.
Ó
DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library
|