e-Com Powered by Active IQ

Perubatan Alternatif

Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

 

RAWATAN ALTERNATIF / KOMPLEMEN

Radiestesia [Radiesthesia]
Dalam amalan radiestesia, mereka menggunakan amalan dowsing untuk mendiagnos dan memilih remedi. Ramai pengamal termasuk homeopati juga akhir-akhir ini cenderung menggunakan kaedah ini bagi tujuan mendiagnos dan merawat pelbagai penyakit, khususnya apabila mereka kesukaran menemui remedi menerusi kaedah yang mereka amalkan.

Refleksologi [Reflexology]
Refleksologi (atau zone therapy) ialah amalan yang dalam praktiknya merangsang titik-titik tertentu pada tapak kali, tangan atau telinga yang diistilahkan sebagai reflex zones. Dengan cara ini ia dijangka memberi kesan yang baik ke bahagian lain tubuh dan seterusnya memulihkan kesihatan pesakit. Bagi pengamal refleksologi, tapak kaki itu boleh dibahagikan kepada zon-zon tertentu yang merujuk kepada bahagian-bahagian tubuh.

Remedi Bunga Bach [Bach Flower Remedy]
Sistem rawatan ini dicipta oleh Dr. Edward Bach iaitu seorang doktor perubatan, bakteriologis dan pengamal homeopati. Beliau mengenalpasti beberapa jenis bunga yang sesuai bagi merawat individu berasaskan simptom tertentu. Seperti homeopati, kesembuhan dicapai dengan cara merawat gangguan fizikal dan mental sekaligus berasaskan simptom bunga. Banyak simptom seperti bimbang, kemurungan, ketakutan, dan sebagainya yang berbentuk psikologi dapat dibantu. Terdapat 38 remedi digunakan dalam rawatan Dr. Bach seperti Agrimony, Aspen, Cherry plum, Chestnut, Mimulus dan Rock rose.

Shiatsu
Satu kaedah rawatan accupressure, yang diamalkan di Jepun lebih 1,000 tahun yang lalu. Seperti urut akupunktur juga, ia merawat sakit dan penyakit-penyakit bagi memberi kelegaan kepada pesakit menggunakan teknik urut untuk merangsang chi.

Tele Therapy
Dalam sistem rawatan ini, penyakit-penyakit yang dikenalpasti dirawat dari jarak jauh. Pengamal dan pesakit boleh berada di dalam jarak yang jauh. Pengamalnya hanya memerlukan barang milik pesakit seperti gambar, kad pengenalan, beg tangan dsbnya untuk membolehkannya menyusulkan rawatan.

Terapi Gem/Permata [Gem Essence Therapy]
Penemuan baru dalam perubatan alternatif di mana pesakit boleh dibantu untuk mengembalikan kesihatan emosi dan spiritual. Dalam rawatan ini, getaran (vibrations) daripada batu permata tertentu boleh digunakan untuk merawat masalah individu. Contohnya emerald dikatakan dapat menguatkan ingatan.  

Terapi Magnet [Magnetotherapy]
Ini adalah seni kesembuhan yang menggunakan magnet (sama ada yang asli atau tiruan) ke atas tubuh manusia  bagi merawat penyakit-penyakit yang diidapi.

Terapi Urut [MassageTherapy]
Ia merupakan satu amalan mengurut yang biasa terdapat dalam masyarakat. Dalam sesetengah masyarakat ianya menjadi begitu sistematik sehingga kaedahnya begitu terperinci. Ia diamalkan sejak zaman Greek kuno dan ada disebutkan oleh Hippocrates.

Terapi vitamin [Vitamin Therapy]
Terapi menggunakan vitamin diamalkan oleh ramai pengamal perubatan alternatif. Ia merupakan komplemen kepada sistem rawatan lain. Melalui saranan tambahan pengambilan vitamin tertentu, ia membantu sistem pertahanan badan dan mempercepatkan proses kesembuhan.

Terapi Warna [Chromotherapy / Colour Therapy]
Ini merupakan seni menyembuhkan penyakit dengan cara menggunakan cahaya berwarna, di mana pengamalnya percaya sesetengah penyakit tertentu boleh disembuhkan dengan mengatur atau menginput warna tertentu terhadap tubuh. Kaedah lama ini mulai diperbaharui dengan menggunakan pelbagai teknik terbaru yang lebih moden.

 

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005