e-Com Powered by Active IQ

Perubatan Alternatif

Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

 

RAWATAN ALTERNATIF / KOMPLEMEN

Kesembuhan Piramid [Pyramid Healing]
Kaedah kesembuhan yang menggunakan struktur piramid.  potential healing method using pyramidal structures.

Kiropraktik [Chiropractic]
Pengamal kiropraktik melihat spina sebagai tulang belakang bagi kebanyakan masalah pesakit. Menerusi usaha manipulasi apina pesakit, penyakit-penyakit yang berhubungan dengan masalah spina dapat dirawat.

Naturopati [Naturopathy]
Naturopati adalah amalan perubatan yang berusaha memperbaiki kesihatan menerusi daya kesembuhan tubuh pesakit sendiri dan aplikasi remedi semulajadi. Semua saluran termasuk pemakanan dan pelbagai kaedah rawatan alternatif digunakan bagi mencapai tujuan tersebut. Istilah "naturopathy" mula diperkenalkan oleh Benedict Lust. Majoriti ahli naturopati menganggap kaedah mereka sebagai pelengkap kepada perubatan konvensional/moden.

Nujum Air [Dowsing]
Kaedah seni kuno yang mencari benda tersembunyi (air, logam berharga, dsbnya) dengan menggunakan deria yang kebanyakan manusia tidak menyedari bahawa mereka memilikinya. Adalah dipercayai 80% daripada kita memiliki hadiah istimewa ini - iaitu kemampuan merasa benda-benda tertentu yang tak dapat ditanggap oleh orang lain. Sesetengah pengamal alternatif yang lain mengambil faedah dari kebolehan ini untuk memperluaskan rawatan mereka.  

Osteopati [Osteopathy]
Pengamal osteopati menggunakan tangan untuk tujuan diagnos, merawat dan menghalang penyakit. Dalam rawatannya, mereka memberi perhatian terhadap sendi-sendi, tulang-tulang, otot-otot dan saraf. Osteo itu sendiri merujuk kepada "tulang". Ia diasaskan oleh Andrew Taylor Hill dari Virginia. Penjagaan mereka hampir lengkap untuk penyakit-penyakit tertentu. Mutakhir ini, mereka juga menggunakan ubatan dan surgeri dalam rawatan.

Perubatan Biokimia [Biochemic Medicines]
Mengikut sistem biokimia kebanyakan penyakit dapat dikaitkan dengan gangguan terhadap salah satu dari 12 garam tisu yang diperlukan badan. Sistem ini ditemui oleh Dr. Schuessler dari German, yang juga merupakan seorang pengamal homeopati. Sistem ini banyak digunakan dan popular di Barat dan Asia, khususnya di kalangan pengamal homeopati.

Perubatan China Chinese [(Oriental) Medicine]
Dalam perubatan Oriental, pengamalnya dilatih menggunakan pelbagai kaedah kuno dan modern untuk merawat pesakit. Ini termasuk masaj, herba, akupunktur, pemakanan dan kaunseling bagi merawat penyakit akut dan kronik.

Perubatan Holistik [Holistic Medicine]
Merujuk kepada falsafah perubatan yang meninjau pesakit secara keseluruhan, dan bukan sebagai pembawa penyakit. Dalam rawatannya pengamal mengambilkira aspek emosi, rohani, pemakanan, persekitaran dan gaya hidup pesakit yang dikatakan mempengaruhi penyakit. Pengamal perubatan holistik kerapkali mengadunkan perubatan komvensional dengan rawatan alternatif atau tabii.

Psikoterapi [Psychotherapy / Counseling]
Pengamal yang dikenali sebagai psikoterapi dan kaunselor mengguna pelbagai kaedah dalam skop ilmu mereka bagi merawat masalah seperti kemurungan, stres, ketagihan, pekerjaan dan masalah emosi.  Ada rawatannya dilakukan secara individu dan ada yang dibuat secara kumpulan.

Radionik [Radionics]
Suatu terapi yang menggunakan amalan radiestesia bersama instrumen lain bagi membantu mendiagnos penyakit-penyakit dan kemudian membuat rawatan dari jauh, tanpa perlu kehadiran pesakit.

 

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005