PUISI CINTA ANAuntuk pencari sakinah

Bersama puisi menarik CINTA SEMUSIM

Laman Nurani IX, Dataran Bitara

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

Malaysia Alternative (Sastera) Cyber Library

Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.

~~~~~~~~~~~~~

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

~ ~ ~ ~ ~

Ke Mana Pergi SMS Ku

Meski ketenangan

hampir menyelinap sekitar jiwa

suatu yang relaks

tapi gatalnya jemariku

menghantar sms

yang entah kau baca

menjadi tanda tanya

mengalunkan gelombang harapan

yang tidak sepatutnya

 

Namun aku yakini diri

ku iringi doa

moga Tuhan terus mengurniakan

salam keberkatan

dan ketenangan

seperti apa kuperoleh

setiap solat sepertiga malam

sejak

hari-hari terkebelakang ini

 

Ke mana perginya

sms rinduku

jatuhkah ia di ribaanmu

atau lesap dalam arus mimpi

bebayangmu.

 

 

Anonymous

B Trendak

16 Dis 2005

 

~ ~ ~ ~

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

~ ~ ~ ~

 Di Manakah Noktah Permainan Cinta Ini

Sejak dinihari

aku berlari dari padang ke padang

mengejar pelangi cinta

yang mula redup warna

dan aku berputar

dalam roda rindu

tiada sempadan

 

Di manakah noktah

bagi kepiluan menagih sakinah

cinta yang telah terpenjara

dalam ikatan pemergianmu

 

Sejak kerdip matamu lirik mengunjung

menanam senyum manja

dalam sanubari firasat

mengajak aku menghunus sujud

di kebeningan malam

aku terus tenggelam

dalam ibadah harapan

yang tak sudah

 

Di manakah noktah

bagi setitis cinta yang tertinggal

di anjung zaman

taman permainanmu.

 

Anonymous

B Trendak

16 Dis 2005

 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD