PUISI CINTA ANAuntuk pencari sakinah

Bersama puisi menarik CINTA SEMUSIM

Laman Nurani VIII, Dataran Bitara

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

Malaysia Alternative (Sastera) Cyber Library

Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.

~~~~~~~~~~~~~

Ilahi Tempat Aku Berpaut

Mendengar deru manja

suara nakalmu di corong talian

meski menanyakan urusan semalam

segera mengubati rindu

pada hilai tawa dan merdu suara

yang selalu

memekarkan jantung

seakan melihat lirik senyummu

di paparan visual

 

Meyakinkan mu

bukanlah kerja sukar

tetapi kau begitu takut pada lumrah semasa

bimbang menguasai kejutan semalam

lalu kau mengungkap pertanyaan berulang

memaksa aku

 menghantar bisik keyakinan

bahawa kau tersenarai

penerima tanpa ragu

 

Sukarkah bagimu

mempercayai kepada kemustahilan

yang hanya laku pada persepsi manusia kerdil

sedang aku meratap dalam tahajjud malam sepi

mengharap nur kasih di dalam kelam

mengimpikan imbasan sakinah dari matamu

yang tiada rasional merindui di alam materi

tapi perancangan Ilahi

tempat aku berpaut.

 

 

Anonymous

B Trendak

15 Dis 2005

(keesokannya, apakah kau belum yakin?

 

~ ~ ~

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa ada kalanya apa yang kita inginkan tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Walaupun pohon itu kering ia masih menjadi tempat yang baik untuk pungguk melepas rindu. jangan jadi pohon yang terkulai yang hanya layak dibuat kayu api.

 

~ ~ ~ ~

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD