PUISI CINTA ANAuntuk pencari sakinah

Bersama puisi menarik CINTA SEMUSIM

Laman Nurani VI, Dataran Bitara

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

Malaysia Alternative (Sastera) Cyber Library

Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.

~~~~~~~~~~~~~

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
 Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan. Namun pada Allah jangan sekali-kali kamu lupakan.

~ ~ ~

Kembali Ke Dakapan Taubat MU

Pertama dalam hayatku

Kau ilhamkan pasrah

sujud tahajjud

sedang air mata bening

mengalir tak tertahan

menggenangi legar wajah

yang tiada lagi arah mengadu

melainkan kembali

mengetuk pintu memohon sakinah

pemilik alam jagat

dan takdir alam

 

Di sini aku turut bertanya

mengapa dia menjadi sumber

penyerahan hati ini

di manakah hikmahnya

sedang seram sejuk dan remang bulu romaku

tidak lekang sepanjang seminggu

tidak mampu kutepis

dengan sebarang ubat dan penawar

berilah petunjuk Mu

apakah hikmahnya?

apakah kelebihannya?

 

Tidak dapat aku menanggung

derita emosi ujian rindu

kepada wajah

kekaburan

yang Kau sembunyikan,

apakah rahmatnya?

 

Hanyasanya

Kau utuskan rasa cinta itu

melalui lirik matanya

menambat aku

kembali ke dakapan taubat MU.

 

Anonymous

B Trendak

11 Dis 2005

~ ~ ~

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan  

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD