|
Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.
~~~~~~~~~~~~~
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
- sumber
laman Anna Abadi
~ ~ ~ ~
Dan Ku Hulur Tangan Persahabatan
Mengangkatmu ke Paras Alfa
Redup matamu
dengan gopoh berlari
berkejar mengendong anak
meredah bitara, lalu
betapa peritmu kuukur
percubaan membina bahagia
Dan kuhulur
tangan persahabatan
untuk menarikmu ke paras
alfa
Memahami kepayahan mu
mengurus sendiri segala
di bawah gugusan emosi
tidak lagi kulihat
ekor mata licikmu
keayuan paras senyum
dan petah bicaramu
Lalu kuhulur
salam persahabatan
untuk mengangkatmu ke paras
alfa
Mengenang nasibmu
sedang mengejar pelangi damai
doa ku iring
bersama persahabatan
agar kau temui kekuatan
sebuah pencarian
Lalu kubina lagi
bait-bait puisi
yang di dalamnya
berdiri sakinah
untuk menjunjungmu
ke paras alfa.
Anonymous
Jumaat, 9 Dis 2005
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala
kamu
tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
- sumber laman Anna Abadi
© Mohamed Hatta Abu
Bakar, HMD |