|
Be Positive - Your attitude is YOU.
~~~~~~~~~~~~~
Ingatan:
Kadang-kadang kerana runtunan perasaan anda tidak pernah
memikirkan siapa diri anda yang sebenarnya, maka anda terjerumus ke lembah
cinta kasih yang
tidak berbijak di bumi nyata.
Memang telah menjadi tujuan hidup setiap insan apa yang
dicarinya ialah kebahagiaan, ....tetapi,,,, kebahagiaan hari ini tidak
semestinya kebahagiaan hari esok dan seterusnya.
Sikap
menyintai
diri sendiri itu bukanlah sikap mementingkan diri sendiri, tetapi adalah sikap
berhati-hati dalam apapun tindak-tanduk yang anda lakukan. Jika anda
berhati-hati anda tentu dapat meneliti diri anda yang sebenarnya, di mana
harus anda letakkan diri anda dalam sesuatu masalah.
petikan 7 Dis, 2005 - Nina Kirana, Sikap Anda Adalah Diri Anda.
~ ~ ~
Kau Hanya Perlu
Kau hanya perlu hadir
bukan untuk menyiapkan lakaran elektronik
bukan maksudku, membiarkan kau lama menunggu
kau hanya perlu hadir dan
melayangkan lirik matamu
dan kepakkan senyum bicaramu
lalu titiskan kenakalanmu
di kehausan bayi rindu
paling tidak
sms mu sudah menyejukkan resah seramku
yang meronta di hari-hari terakhir
di dalam hutan kelam ini.
percayalah
percutian ini cukup menakutkan
tiada teman bicara
tanpa senyummu membidik,
lagi mendarah
kau hanya perlu menjengah
paling tidak
layangkan sms mu
memadailah bagiku.
Anonymous,
6 Dis 2006
~ ~ ~
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.
Perkahwinan menjanjikan
tanggungjawab, dan kasih bila dipupuk selalu. Namun
sakinah boleh dilihat
dalam sinaran mata
cinta.
- Anonymous, MHAB, 6 Dis 2006
~ ~ ~
Hari ini aku kembali
Hari ini aku kembali kepada realiti
dari mimpi semalam
meski kesannya cukup tajam
menikam minda dan emosi
justeru imej bersilih ganti
dalam tidurku
sehingga menggagalkan prestasi
fizikalku
Hari ini aku kembali kepada realiti
meski aku terpaksa merantau fantasi
berbisik dengan bayangmu
di bawah rimbun ketidakpastian
meninggalkan tandatanya
yang hanya dikau
bisa menjawabnya
Hari ini aku berpijak di alam materi
memahami di mana aku berada
yang tidak memungkinkan
aku memiliki
maupun mewajarkan
cita-cita
mengejar sakinah
di laluan pelayaranmu
Hari ini aku kembali kepada realiti
dari mengharap,
kepada mengadap Ilahi
arah semua insan sujud
agar melontar sakinah
dalam umur sedekad ini
kalau benar ia berada
di belakang kejujuran
gadis itu.
Anonymous,
7 Dis 2006
~ ~ ~
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya
lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Seandainya kamu ingin mencintai
atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
-----------------------
© Mohamed Hatta Abu
Bakar, HMD |