PUISI CINTA ANAuntuk pencari sakinah

Bersama puisi menarik CINTA SEMUSIM

Laman Nurani XVII, Dataran Bitara

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

Malaysia Alternative (Sastera) Cyber Library

Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.

~~~~~~~~~~~~~

Satu-satunya perkara yang menjadikan orang itu muda ialah cintanya, bila ia berputik dan bercahaya kembali dalam sanubari hidupnya.

Jika anda gagal mendapatkan cintanya, bersyukurlah justeru anda dapat merasa nikmat menyintai, biarpun anda tidak sempat merasa nikmat bahagianya. Justeru ada insan yang tidak berkesempatan untuk mengutip biarpun sebutir bunga cinta, sedang ada pula yang menemui cinta tetapi tiada madu sakinah di dalamnya. 

-- Anonymous, Banting 2006

~ ~ ~ ~ ~

PASRAH

 

Beberapa hari ini

aku cuba menyepi

dan menyendiri menghanyutkan

emosi yang membuak

sambil dipayungi ratapan

 

Namun semakin aku menjauh

hati kian diguris sunyi

rindu pada bayangan

dan suara manja itu

 

Aku meninggalkan hutan

melarikan diri ke kota

di mana kesibukan menggoda

malangnya di situ

aku bertemu duka rindu

yang mengalir jernih

 

Rupanya semakin aku menjauh

hati kian diusik pilu

rindu pada keayuan

dan suara manja itu

 

Aku bertanya

inikah mutiara yang tersesat

dalam pendakian musim ke musim

sedang ia terukir dalam lirik

senyum senja

yang tak mungkin kukejar lagi

 

Tersedar aku rupanya

penampilan itu sekadar

secebis peringatan

di penghujung hayat

 

Dan aku

harus kembali sujud

di kebeningan suram malam

pasrah dan redha.

 

 

- Anonymous, Banting 29 Januari 2006

 ~ ~ ~ ~ ~

 

 © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD