PUISI CINTA ANAuntuk pencari sakinah

Bersama puisi menarik CINTA SEMUSIM

Laman Nurani XV, Dataran Bitara

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

Malaysia Alternative (Sastera) Cyber Library

Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.

~~~~~~~~~~~~~

Apabila kasih cinta telah berputik di hati, tiada siapa dapat menahan walau dalam usia berapapun, walau untuk siapapun kasih itu dicurahkan.

Cinta tidak menentukan masa untuk hadir, apabila ia tiba terimalah sebagaimana adanya kerana itulah anugerah Ilahi.

- Suri Bitara 2006

~ ~ ~ ~ ~

PANTUN HAMBA UNTUK PUAN

 

Seuntai senyum di wajah ilusi

 Mataku terbuka dari kehibaan

Betapa pilu di dada sepi

Bungaku jauh dari jambangan

 

Telah kupintal seloka puisi

Tiap bibirmu menoreh rindu

Betapa manis kau wariskan mimpi

Membuat aku seharian terpaku

 

Telekung biru membatik bunga

Gemar kau pakai bertemu tuan

Lirik matamu buat ku tertanya

Sehari-hari tidak keruan

 

Lincah berjalan pantas berkata

Apa diucap dilupa jangan

Rupa puan rindunya hamba

Siang malam berangan-angan

 

Menyapa teman se dari pagi

Baru bersembang berlari pulang

Sekejap singgah lamanya pergi

Akhirnya hamba tinggal seorang

- Anonymous, Terendak 12/1/06

 ~ ~ ~ ~

Hanya orang yang dilamun cinta yang sudi melihat kenalannya ceria selalu meskipun hatinya gundah di belakang mesej positfnya. Bukanlah cinta namanya kalau dia sanggup melakukan apa saja untuk memperoleh cintanya, tanpa menimbang perasaan hati temannya.

Berilah cinta itu kepada orang tahu menghargainya, tapi jika ia jatuh pada seorang yang sekadar bersimpati, jangan pula kamu lupa mensyukurinya, kerana sekurang-kurangnya dia masih menilai harga cintamu.

Orang yang suci cintanya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kekasihnya walau di mana kekasihnya berada atau di samping siapa dia berada. Dia hanya pemberi yang setia, baik cintanya maupun doanya, tanpa mengharap sebarang balasan bagi cinta dan doa yang dipohon.

- Anonymous MRSM 2006

 

 

 © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD