PUISI CINTA ANAuntuk pencari sakinah

Bersama puisi menarik CINTA SEMUSIM

Laman Nurani XIV, Dataran Bitara

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

Malaysia Alternative (Sastera) Cyber Library

Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.

~~~~~~~~~~~~~

Cinta tidak menanam prasangka meskipun kita tidak dapat memilikinya. Dan Cinta tetap hidup walaupun dalam kesengsaraan. Kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah lagi hebat. Cinta yang ikhlas mungkin akan mendapat restu dan bantuan Ilahi.

~ ~ ~ ~ ~

Tidakkah Kepingin Sambut Salam Percintaan

Siapakah dapat memalsukan

kejernihan sakinah yang terpancar

mewarna petanda

cinta pertama yang kau sembunyikan

dari dunia seisinya

sedang bisikan matamu

membayangkan seribu mimpi

tentang status kalbumu

di sudut jantungku

 

Siapakah yang menipu

dirinya di waktu

gelisah bersama bermain kata

di laluan maya

berpura tiada riak mengusik

walau betapa getir rindu

terbuku di sebalik jelinganmu

yang menembusi redup tudung

kegemaranmu

 

Siapakah yang bermain cinta

tetapi takut berkolek

dan memejamkan mata

sejak mula menapak

di perairan madu

yang menjanjikan percaturan musim

di langit harapan

dan penantian

 

Mengapa harus kutelan

segalanya bersendirian

dan menyembunyikan diri di belakang

cerminan kelam

 

Tidakkah engkau kepingin

keluar dari kedinginan rindu

dan menyambut salam percintaan

milik anugerah.

 

 

Anonymous

Kem Terendak

31 Dis 2005

 

 ~ ~ ~ ~ ~

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

 ~ ~ ~ ~ ~

 © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD