|
Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.
~~~~~~~~~~~~~
Cinta tidak menanam
prasangka meskipun kita tidak dapat memilikinya. Dan
Cinta
tetap hidup walaupun dalam
kesengsaraan. Kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah lagi hebat.
Cinta
yang ikhlas mungkin akan mendapat restu dan bantuan Ilahi.
~
konsultan.
~ ~ ~ ~ ~
Kututup
Diari 2005
Kututup diari 2005
yang deru Disembernya menggapai kasih
nostalgia semusim nan gemersik
melagukan
cinta
muda bestari
di pentas budi permaisuri
Sekian lama kutunggu
sekuntum senyum mekar di wajah ilusi
bila saja mataku terbuka dari kehibaan
betapa pilu di dada sepi
bungaku jauh dari jambangan
Sejak aku musafir di sini
telah kupintal seloka puisi
membarisi bibirmu menoreh rindu
mengalun sendu mewariskan mimpi
namun
masih aku seharian terpaku
Sejak kau berdiri di situ
bertelekung biru membatik bunga
gemar kau pakai tiap bertemu
sedang lirik matamu mengumpan tanya
lihatlah daku
sebak tangis di pinggiran kalbu
Diari 2005 menghanyutkan segala
suka duka bak tsunami
memanjangkan ragam
cinta
di penghujung tasik ketagihan
pada kematangan usia
Kututup diari ini
yang nostalgia Disembernya
mengepil selingkar
cinta
sejuk dimamah sejarah.
Anonymous
Banting
27 Dis 2005
~ ~ ~ ~
Cintailah seseorang itu atas dasar
siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu
diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada
hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa
berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih
orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala
musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai,
kerana sungai mengalir selamanya.
~ ~ ~ ~
AIR MATA PERTAMA MU
Kusimpan airmatamu
dan kutitiskan bagai emas
melakarkan manis manja
lirik senyum aneka rupa
sedang jauh di sudut matamu
menikam kalbu
dengan pancaran gemerlap
sakinah
cinta
Kau tidak mengerti
betapa kesibukanmu merampas
warna
sakinah
yang tidak jemu kutatap
airnya pernah mengalir
jatuh di penjuru kalbuku
menyemai sebak
di pergunungan rindu
Jika kau menyedari betapa
milik kau bukan di lembah
asakan gangguan kealpaan
pasti kupancut kembali air mutiara
memutihkan keabuan
yang menyorot rupamu
di belakang kegundahan
semangatmu
Lambai saja namaku
pasti ku renangi
lautan pemisahan
meraikan suatu pertautan
gema
cinta
di hilir
airmata pertamamu.
Anonymous
Kem Terendak
25 Dis 2005
~ ~ ~ ~
Memberikan
seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia
akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan
cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak,
berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
~ ~ ~ ~ Mohamed Hatta Abu
Bakar, HMD
|