PUISI CINTA ANAuntuk pencari sakinah

Bersama puisi menarik CINTA SEMUSIM sebuah eksperimen

Laman Nurani XI, Dataran Bitara

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

Malaysia Alternative (Sastera) Cyber Library

Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.

~~~~~~~~~~~~~

Tiada kasih yang lebih manis dari kasih cinta. Tiada kasih yang lebih pahit selain dari kasih kehilangan cinta. Tapi sakinah hanya datang dari kasih cinta sejati. - konsultan HBI.

~ ~ ~ ~ ~

Lantas Ku Layar Laman Nurani

 

Kukuak mendung 2006

melayarkan laman nurani

menerobos jaringan maya

meneropong angkasa raya

yang menambat mutara sakinah

di punca menara cinta

 

Mutiara itu memancar cahaya

dari lelangit imaginasi

di penjuru mimpi

 

Telah kujejak dari dekad ke dekad

Menemui mutiara itu tergolek

menitik dari tajam manja matanya

menagih simpati

lalu aku menyambut penuh harapan

mengemudi dengan pengorbanan

 

Rupanya cinta itu bukan mutiara sakinah

hanya aku tersalah tafsir

musnahlah impian

 

Lantas kulayar laman ini

sebagai suatu pengalaman

eksperimen cinta bersulam rindu

sakinah yang dibayangi

kengiluan abadi.

 

Eastin Hotel

P. Jaya

20 Dis 2006

~ ~ ~

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi lebih indah jika cinta ada bersama, walaupun ia mencantumkan dua orang yang mana satunya dikasihi dan satu lagi dicintai.

~ ~ ~

 Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD