PUISI CINTA ANAuntuk pencari sakinah

Bersama puisi menarik CINTA SEMUSIM

Laman Nurani X, Dataran Bitara

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

Malaysia Alternative (Sastera) Cyber Library

Be Positive - SIKAP ANDA adalah ANDA.

~~~~~~~~~~~~~

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
 Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

~ ~ ~ ~

Sakinah cinta di ufuk matamu,

Kunci emas di rahsia hatiku

 

Mereka menjunjung dulang permata

bersama pantun seloka wangi

mengiring raja dari Timur

dan kau membiarkan diri disarung

fatamorgana maya

sedang

sakinah cinta di ufuk matamu

kunci rahsia di hatiku

 

Kau membiarkan dia menari

di taman sepi sunyi

sehingga engkau sibuk

dengan kepura-puraan

melengkapkan infrastruktur hiasan

demi sebuah keabadian

material

 

Sebenarnya dia tidak tahu

kau juga di bawah separa sedar

bahawa suci nilai tawamu

tiada di haruman mawar taman

kerana

sakinah cintamu tidak terpancar

di sebalik sebuah ikatan

yang termeteri

 

Kau sekadar terpaksa

melayari jaringan duniawi

melalui tetikus rindu

tanpa menemui

titik cinta

yang tersembunyi

di tapak laman nurani

 

Sebenarnya kau sudah lama terasing

dalam gerimis kesibukan

sehingga alpa pada pencarianmu

sedangkan di sebalik tirai matamu

terbujur mutiara sakinah

terpahat di sanubariku

 

Kau hanya harus kembali

bertandang di serambi sejarah

di mana

lirik sakinah masih berlari

kunci emas di rahsia hatiku.

 

Anonymous

B Trendak

18 Dis 2005

 

~ ~ ~

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

 

~ ~ ~
 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD